Saturday, July 31, 2010

Kasot Cinderella belom beli


Semalam...

adik manis call mintak aku wakilkan menjempot "geng kecoh" menyertai rombongan bertandang ke sebelah lelaki di TTDI hari ni. Aiseymen...Last minit sangat bagitau...

Aku terus sms "geng kecoh"...

Text ku berikan berbau " adik manis wakilkan aku jempot korang bertandang hari sabtu nie ke ...ada plan?"



Ayom balas " aku pegi Langat beb, rumah abang aku...Ahad baru balik".
DeeZack balas " saye sudah sampai Melako kakek :) ..."
ZekBo balas " After office...nak pegi dating"
Zanos balas " saye tak paham la msg akak, tapi saya kena stadby kerja...tak dapek nak nolong"
Ejols tiada balasan...senyap sunyi sampai hari nie.

"Geng kecoh tak dapat memeriahkan majlis bertandang kamu la adik manis, kami doakan semuga kamu enjoy yeah!"

Final celebration Q & A ;)

*****************************
Halamak! Flashback balik gambo2 hari pernikahan Q hari tu...baru aku perasan. Kasut untuk hari persandingan, aku nanti, Abg Man siapkan...eh! kasut untuk hari nikah? Amacam ..ayoyo belom prepare la wei...

Kalau aku pakai terompah jerrrrrrrr ...sesuwai dok? rase cam nak jadi O Shin le pulok.Heee...



hamik KAU

Aku rasa lirik dan rythm lagu ni POWER.




I bust the windows out your car
And though it didn’t mend my broken heart
Ill probably always have these ugly scars
but right now I don’t care about that part.
I bust the windows out your car
After I saw you laying next to her
I didn’t wanna but I took my turn
I’m glad I did it cuz you had to learn

I must admit it helped a little bit
To think of how you'd feel when you saw it
I didn’t know that I had that much strength
But I’m glad you see what happens when
You see you cant just play with peoples feelings
Tell them you love them and don’t mean it
you’ll probably say that it was juvenile
But I think that I deserve to smile ha, ha, ha, ha, ha

I bust the windows out ya car
You know I did it cuz I left my mark
Wrote my initials with the crowbar
And then I drove off into the dark

I bust the windows out ya car ha,
you should feel lucky that was all I did
After 5 whole years of this bullshit
Gave you all of me and you played with it

I must admit it helped a little bit
To think of how you'd feel when you saw it
I didn’t know that I had that much strength
But I’m glad you see what happens when
You see you cant just play with peoples feelings
Tell them you love them but don’t mean it
You probably say that it was juvenile
But I think that I deserve to smile
Bust them windows out yo car
But it don’t come back to my broken heart
You could neva feel I how I felt that day
Until it happens baby you don’t know pain
Ooh Yeah I did it (yeah I did it)
You should know it (you should kno it)
I ain’t sorry (I ain’t sorry)
You deserved it (you deserved it)
After what you did to me (after what you did)
You deserve it (you deserve it)
I ain’t sorry no no ohhh(I aint sorry)
You broke my heart so I broke you car
You caused me pain (you caused me pain)
(So I did the same)
Even though what you did to me was much worse
I had to do something to make you hurt
Oh but why am I still crying
Why am I the one who’s still crying
Oh oh really hurt me baby
really,really hurt me baby

Hey hey hey hey hey
Now watch me you
Now watch me
Oooh I bust the windows out your car.


Thursday, July 29, 2010

Episode 1 : Jiwa Kacau


Diam itu lebih baik andai kamu sedang marah....TAPIIII ini bukan kisah amarah atau marah...

Aku call encik Tunang, tak berangkat.
Aku sms encik Tunang, tak berbalas.

Diam bukan pilihan terbaik dalam menjalin hubungan yang sihat dengan aku.

Apa perasaan kamu andai aku yang BERDIAM diri...?


Aku cuba tidak fikir bukan bukan,
Aku cuba bersangka baik.
Aku mulai risau, dan bimbang.

Bagi aku, komunikasi adalah sangat sangat penting dalam mengekalkan sesebuah perhubungan...Aku yakin semua perempuan pasti setuju dengan aku...Buat masa sekarang aku masih mampu bersabar, bagaimana andai kesabaran ku ini habis. Sabarku juga boleh Kering, sabarku juga mungkin boleh jadi Kontang.

Ya Allah Ya Tuhanku, amponi la hambamu yang lemah kerdil tak berdaya ini. Limpahkan aku dengan ketabahan. Kuatkan hatiku dalam menghadapi Ujian atau Dugaanmu...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku capai kunci kereta, aku terus ke KLCC. Mini gathering aku bersama-sama teman temanku semasa kami sama sama menuntut di States. Aku bersama mereka 1 tahon sahaje, kemudian aku berpindah ke Selatan States, West Palm Beach nama daerah itu. Sukarnya dapatkan parking tengahari Khamis ini...gigil2 kaki ku menahan keletihan.

Topshop adalah tempat perkumpulan aku dan teman teman.Aku terus melangkah laju ke Madam Kwan, aku juga memilih laju menu menu yang perlu terus masok ke dalam usus-ususku. Kang makan lewat, doktor marah! :D

Ehem...ehem, sebot lunch kat Madam Kwan, ni image semua SF coffee munchy-munchy. nih.lari tajok la wei.

For you guys info, SF coffee ialah kami punya 2nd round hi tea. Ehekz...macam tak biasa...dalam apa jenis pertemuan pun, mesti ada pengenalan, pertengahan dan penutup....ingat kat karangan korang je ke kena ada 3 bende penting nih...bab makan pon ado hokeyyyy :))



Sambil makan, kami sama sama berkongsi cerita tentang keluarga, tentang kerja, tentang anak, tentang pengantin baru yang baru kenal dunia rumahtangga dan kami gelak ketawa. Di hujungnya, tentu sekali tentang persiapan majlis perkahwinanku. Kawan kawan offer untuk sponsor kek kawen untuk ku. Walah!

Kawan kawan offer untuk sponsor favor gift untuk aku, kawan kawan juga offer untuk sponsor telor pindang untuk ku dan macam macam lagi.

Aku terharu. terdetik dalam hati ini "Beza sunggoh antara kawan sejati dan kawan kawan gelak gumbire sahaje"


Aku betol betol terharu...UwaAAaaAAaa...

Di celah cerita tentang aku dan majlis perkahwinan ku.. sahabat nyatakan hasrat hatinya ingin bertudung selepas 5 bulan menjadi isteri. Alhamdulilah...sahabat terbuka hati akhirnya tanpa paksaan dari siapa siapa. Serta merta aku teringat akan soalan adik manis kepada ku beberapa bulan yang lalu , "apakah pakaian paling sesuai buat wanita bertudung ye kak?" .

"Jubah" jawab ku selamba. [sape la aku ni nak mengajar2 kamu tentangnya wahai adik manis...Aku ni ilmu agama besar hama jer masa sekolah agama di Johor zaman kecik kecik dulu.] Aku berharap sangat waktu itu aku dapat jelaskan kepada adik manis tentang jawapan pendek dan padat ku itu, namon kesibukan dalam menyelesaikan tanggungjawabku di pejabat saat itu, aku hanya sempat menjawab soalan adik manis tanpa penjelasan yang sewajarnya.

Maafkan aku adik manis...

Aku harap adik manis sempat meluangkan masa baca petikan bertajok SYAITAN ITU KREATIF , semuga ianya memberi panduan dan bimbingan buat kite bersama.



Sampai playhouse, terdampar di balkoni, ..aku tak toleh kiri tak toleh kanan...layan kan sajos tepi jendela buat mengubat hati yang celaru.Ngapppppppp!

Usus aku pun dah rasa celaru bedah nih...bertemu lagi esok yek. Choww...

ps :: adeih adeih...pintu jamban melambai2.






Wednesday, July 28, 2010

Dusun Mu, Dusun Ku Jua



Line up Janda Baik 2010 - aku & Geng Anak Manjeeee...:))


Dokong belom masok la pulok.



haaa tu die....rupe raksaksa durian betine...miaahahahaa
yang baju biru tu..drama queen jer..dia paling eppy semua durian durian tu busuk.
Hantu kan!



Hari yang sama...seLepas majlis Q'ma...kami beramai ramai cabot...geng2 Anak manje ni semua hantu durian kecuali Ayom...BFF aku. Dia mungkin ada darah mat salleh la kut masa pertama kali jejak di muka bumi nie, durian itu busuk katanye.

Tapi dia suke Belacan la...wahahahahaha.

Sesi mengimbau kenangan lama sat....

Arwah daddy ada tinggalkan tanah dusun jugak buat aku dan kakak2...tapi aku lebih kerap pergi melawat kebun durian milik si panjang daripada dusun kelapa sawit tinggalan arwah buat aku dan kakak2.
Bolehla di katakan setiap tahun, bile musim buah durian tibe, aku musti ....musti punye melawat dusun nie...Best! ada sungai depan pondok kecik, ada tempat BBQ, ada rumah tinggalan arwah daddy Panjang yang lengkap segala galanya di dapur, kuali tembaga pon adooo...siap bole masak memasak lagi oke...

elow...elow!suke hati ko je nak hembos...Ladang kelapa sawit pon ko DUSUN kan? Wahahaha...Gasakkkkkkkkk :)

Ahad lepas ni, selesai doa selamat di majlis resepi Q'ma, aku dah sahabat cabot teros ke Janda Baik. Kunun2 nak picnic gitew. Semuanya kerana nak penuhi hajat BFF aku nak berpicnic depan tasik Putrajaya...ala dekat monumen roket tu...entah macam mana, aku hembos teros kami sampai berpicnic di Janda Baik..Wakakaakka
Pengaruh aku kuat wooooo....sekali hembos, mengikut jer sesekor. Miahahahahaaa.


Tapi kali ni, aku pegi dengan geng anak MANJA la...semuanya LIAT2 belaka. Ada ke patut, datang kebun orang nak senang lenang makan durian, baring baring, silang kaki depan sungai..nyonyot durian kuching..MEOWWW...dah la pulak tu, mintak tolong mesin rumput pon banyak alasan...



dapat cicak je la kome...ewwwww gile x gile la geng Anak Manje ni.
Cicak pon dia katenya comel...Huarghhhhhhhhh!!!


Walaupon durian banyak yang busuk, bak kata Panjang "batch buang buruk tu...masa puasa sok masak ler semua tu", masing masing masih tak puas hati dengan aku...wakakakaka...TETAPiiii...

Bagi aku..."yang penting... Hari nie kite bersama sama"




Mencabarnya jadi PELUKIS


Migraine di kepala ku sudah beransur baik. Hmmm...masih kena makan obatkah yek? Aku ke bosanan di rumah. Aku juga kerap ke hausan setiap kali lepas makan obat. Haus haus haus.Coti sakit yang diberikan doktor buat aku makin mual kebosanan tak tahu nak buat apa di rumah. Baca newspaper di ruang tamu sana, layan dan baca internet dalam bilik ini, aku masih loya loya.

Kalau aku layan sampai ke petang, makin parah perasaan ni nanti.

Aku capai kunci kereta berdesup ke MALL. Aku rasa nak makan buah buahan, anggur tembikai dan limau...rasa macam berabad aku tak makan. Aku jugak nak carik Gel Eyeliner yang anak buah aku ceritakan semalam. Tibe tibe mencari Gel Eyeliner menjadi misi aku hari nie.Ades...bukan lagi buah buahan. Ada gel color, ada brush juge... Macam menarik bukan? Laa laa laaa laaa :))

Aku duduk mencangkong depan kaunter MAYBELINE mencari cari, tapi tak ku jumpa. Aku call anak buahku bertanyakan nama produk itu.

LASTING DRAMA acik! begitu kata anak buahku...
Pergh!!! Genius sekali nama produk di beri...sesuai untuk pelakon pelakon drama gitew kan ;)

Aku kalau mula mula nak beli produk kecantekan, pelbagai soalan bermain di benakku...
1. Apa akan jadi kepada sapuan gel selepas beberapa jam?
2. Adakah ianya mudah smear sebagaimana produk-produk eyeliner yang biase apabila di guna pakai pada wajah jenis kulit berminyak?
3. Mudahkan eyeliner ini di bersihkan selepas 8 jam di pejabat?

Tak cuba, mana nak tahu beb. Dari bacaan testimonial, rata rata katakan eyeliner GEL Lasting Drama ni lebih cepat kering sepanjang hari. " Smudge Proof + Water Proof with EXPERT Eyeliner Brush."

Wah! jadi pelukis la aku hari ni dapat bermain dengan brush. Suke!
Abang ipar aku pelukis. Kakak aku juga cikgu lukisan, anak buah aku jugak hidup dalam dunia canvas, color dan berus.

Hari ni aku pon nak jadi pelukis lah...!
Selalunya muka professor serba tahu yang aku gemar lukiskan sejak zaman remaja....kali ni aku melukis atas kelopak mata aku yang tiada inie.

Wakakakaka!

Mencabar gilak kau.



Sup Tulang dengan Udang sambal Petai


Siang tadi doktor kata aku kena makan ikut masa, tak bule lewat lewat. Aku kena makan betol betol, bukan diet diet.

{ macam x de chan nak kurus dan slim macam Maya karin hujong tahon nie...}


So tadi, aku di nasihati oleh playhousemate aku, pulak supaya aku makan kerang untuk menambahkan sel sel darah dalam badan aku. Aku tak pasti bile tahon dia amik medik. Nasihat di berikan, macam dia doktor pakar.


Antara pening2 lalat dengan kerenah angin dalam badan aku ni, aku ajak dia temankan aku carik Kerang rebus. Pegi kedai sana, tak ada kerang. Pergi kedai sini pon tak ada kerang. Maka, entah angin mana datang, kami singgah kedai yang memang sah sah tak ada jual Kerang.

Misi mencari kerang rebus gagal...



image dari Google IMAGE.

Nama kedai...Port Aura Bistro.

Akibat nak cepat baik dari penyakit pening2 lalat yang melanda aku nie, aku order Sup tulang, nasi puteh dan sambal udang PETAI, dengan air teh SARBAT ok . [Idea ni pun tercetus selepas seharian aku menatap tak berkelip2 resepi tempoyak petai si blog SEDAP].

Sambil layan burak kisah kisah zaman rumaje oleh playhousemate aku, sedar tak sedar habis licin nasi dan lauk pauk aku order tadi. Tak ada full stop. tak ada koma. Playhousemate aku nyatakan hasrat dia nak hilangkan kekecewaan tak dapat makan dorian di JB hujung minggu lepas.Tibe tibe je kauuu.


"Jom pi beli dorian kat Abg Conner" kata playhousemate padaku.
"Jom" balas aku [ dlm kepala otak memang teringin sangat tempoyak petai macam si Catz hasilkan..cuma style aku makan petai dulu lepas tu mix kan dengan dorian dalam usus terossss...miaaaaaaaaaaaahahaha
].

Kenyang perot, kami angkat punggung menuju ke kaunter bayaran.

Tekan tekan tekan...$12.40 total harge makanan aku tadi. Aku hulur doit RM 50 pada abg kedai.

"Ada duit kecik dik?" tanye abg kedai.
"Ada,seringgit" jawab aku mesra.
Abg kedai senyum.

Playhousemate aku cuba menghulurkan bantuan
Aku dengan wajah yakin "12 je dik"
Abg kedai tergelak...terbahak bahak macam aku Juara Ratu Lawak 2009.

[Sejak bile plak aku bukak kedai makan eh?]


Jam sekarang menunjukkan pukol 12:28 malam...Nite all. ;)


Tuesday, July 27, 2010

workAholic terima PADAHNYA

Pengakuan & Pengumuman...

Aku memang rajin bekerja/mengadap screen laptop berjam jam....MEMANG.
Percaya lah.

Hari ni aku di sahkan doktor,
"cik di serang... MIGRAiNE"
sile makan tepat pada MASA,
kalau cik makan lewat, perot akan masok angin, apabila angin naik sampai ke kepala, body akan trigger SAKIT KEPALA.
Tak buleh..ops!
sile kurangkan menghadap screen laptop JUGE.

huwarghhhhhhhhhhhhhh.

Aku kerja dengan IT company DOG...eh DOC.

:((

Aku terasa amat lemas, tanpa mengadap laptop dalam sehari oke. Lemas gilak.
Aku rasa dunia ku gelap...ketinggalan zaman...kerdil...budus.
Nanges semahunya...

:((

Ouch! aku sakit kepala sekarang ni..berdenyot denyot.
Bijik mata terasa nak terkeluar apabila tunduk ke bawah.
Rasa nak terKELUAR.

:((

Doa doakan aku sehat cepat yek people. Please :((

Wiki defination of MIGRAINE :
Migraine is a neurological syndrome characterized by altered bodily perceptions, severe headaches, and nausea.

Sunday, July 25, 2010

Selamat Pengantin Baru Q'ma


Ejols kata contoh foto-genik adalah seperti image di atas...sebabbbbbbbbbbbbbb cantek dalam gambar SAHAJE.

Taik sunggoh kan si Ejols nie!!!
wakakakaak

Aku dah paksa mereka terima kenyaatan cepat cepat. Hahahaha...
Apahal tajok pasal Q'ma tapi gambo cik Lily dengan cik Yom ni woiiii...

Halaaaaa biase leeee, apa apa kes pon hakak kan musti GLAM dulu...Nie kan blog hakak...wakakakaka Gasakkk

okla ok laaaa back to Q'ma big day story k,

Pukol 1130 kami beramai2 konvoi ke KDE untuk majlis resepsi Q'ma, adik manis seplayhousemate aku suatu ketika dulu. Dengan majlis hari ni maka lengkap lah Q'ma memegang status isteri. Sekejap je rasanya...masih baru lagi aku terasa dia nangis nangis bingung tentang hubungannya dengan si cik abey ssayang, hari ni tibe tibe je dah kawen. Kuasa Allah, cantek2 belaka urusan di aturkan buat hambaNYA.
Alhamdulilah...

Ops! ada lagi 1 majlis bertandang di sebelah lelaki...tapi aku dok di jempot dong.

Heeee..

Overall majlis sempuran semuanya. Pengantin berseri duduk di pelamin hasil kreativity Rumah Pengantin Cantik Manis.


Great job Kak Ram ;)

Senior and ex officemate pun turut hadir memeriahkan majlis hari nie...ala ala mini re union pun ada gak tadi. Seronok rasanya dapat berkumpul dan bertemu semula,Hilang rasa rindu serta merta gitew.

Akak doakan & tahniah buat kamu berdua, semoga bahagia berkekalan selamanya.









Saturday, July 24, 2010

Cite rasa Arab.


Hummus...kacang pol yang di blend halus bersama olive oil dan di makan dengan roti arab.
Layanzzzz.



Ice lemon tea ...less ice yang kontroversi. Adeih.


Kabsah Kambing ni...memang best ar. Jadi favourite aku mulai sekarannng :)


Kabsah Ayam dia pulak...tak mo kalah, lembut giler daging ayam tu. Superb.


Haa yang ni Mendi Ayam...sodap jugak.
Zanos ada ajar aku makna Mendi, tapi aku tak hingat.

ni kisah semalam...bukan hari nie tau.

Bagai hari hari jumaat yang lalu, aku dan rakan rakan selalunya akan kena jaga office sebab kaum Adam ke masjid berjemaah solat Jumaat.

Dari awal pagi lagi...aku dah katakan pada sahabat, " nak makan nasi Arab la lunch nanti". Macam dah tak bole di tahan tahan dah nafsu nak makan nasi Arab nih.

Kami kena lunch lewat dari biasa, lebih kurang ukol 230petang,...Aku dan sahabat sahabat plan nak ke Bank Islam, nak islam kan duit simpanan sikit gitew. Hahahaha...Hentah macam mana, melepasi traffik light depan Mydin..si zanos boleh konar baring kat selekoh Diplomatik serta merta... " eh!kite makan dulu la yek".

Kalau dah stereng di tangannya...apo laie den nak kato. Tadahkan saje, konar baring si zanos. Dah LAPO sangat sangat la tu cik kak zanos kite...

Zanos bawak aku dan sahabat sahabat ke Al Jazeera. Restaurant Arab. Kalau korang nak menuju ke Alamanda dari laluan Gate One...korang bole nampak Al Jazeera dari jalan utama...kedai dia kat tepi jer.

Sepantas kilat, zanos isi duit kemesin parking ...amik tiket parking tau, kawasan ni bukan boleh parking sebarangan. Tak pasal pasal kang...kena SAMAN. Aku dan sahabat2 memang serik. dengan area Diplomatik Tak khuasa aku nak sedekah lagi duit SAMAN gara gara langgar lampu blinking blinking, gara gara parking bersepah sepah, dont play play with this area ok. ...parking kete hang elok elok, letak parking tiket atas dashboard agak2 pegawai SAMAN nampak jelas bukan Juling...Selamat.

Di restaurant, waiter dari negara luar menyambut kami dengan menu. Aku order Kabsah Lamb....dah lama mengidam sejak Ejols bagitau dia balik dari Al Rawsha lunch bersam sama kawan kawan beberapa hari lalu. Teringin sangat sangat dah nie...Glup.

Sahabat aku yang sorang ni pulak, kalau bab pilih makanan memang makan jam. Selesai masing masing pilih makanan, sahabat aku yang sorang ni memang ngade ngade sikit..." ice lemon tea with less ice ..one!" kata sahabat pada waiter berbangsa entah aku tak tahu...yang pasti bukan India mari, Bangla pon bukan...muka Arab jauh sekali. Kazakastaan gohetgostan kut.

Kalau dah tahu masok kedai foreigner ni, bagi aku...korang kena speak English betol betol la atau...korang bakal menghadapi communication break DOWN. Walaupon mereka berbangsa international, belum tentu mereka pon fasih dan paham berbahasa Inggeris yer.

Nak di jadikan cerita..mamat waiter ni bawak la semua order2 yang kami mintak dengan betol, kecuali sahabat aku yang ngade ngade sorang nie..." nescafe ice nie...bukan ice lemon tea less ice"

Aku dah gelak geli hati. Zanos pulak cuba buat experimen rasa sikit la kunun sebab idong tak dapat detect bau tea ke nescafe gitew ...Wakakakaka. jenuh la sahabat menjelaskan "less ice" pada mamat waiter nih...Walaupon di telinge aku, sahabat dah sebot dengan bahasa Inggeris sebaik mungkin, tapi telinge mereka tetap pelik bunyi nya agaknya la.

Suke tak suke, terpaksa la mamat waiter ni pulangkan order yang salah di bawanya. Di bahagian belakang dapur, aku nampak KETUA waiter menegur mamat waiter tadi. body language dia macam ni la lebih kurang " next time ...u listen properly", sambil tangannya mengusik ke telinge di hadapan mamat waiter.

Mak budak dan budak meja sebelah kami pon nampaknya mengalami masalah komunikasi dengan mamat waiter tu...kalau dengar dengar nada tak puas hati kakak meja sebelah kami....kami ni jauh lebih baik dan banyak bersabar la dengan mamat waiter yang blur tu...Kalau aku jadi mamat waiter tu hari ni...dah nanges celah tempayan.

Aku ni cepat kesian sebeno benonya, kalau esok lusa dah tak ada mamat ni kat kedai Al Jazeera. Kena pecat la kamu tu gamaknya.Kalau korang pi kedai makan foreigner, aku nasihatkan...korang jangan la banyak songel sangat...lambat jadi nya perot aku dapat makan. hekhekhek...

its all about me me ME and my stomach!!!


Berjalan sepantas mahuMU




Bab belly tu dalam kotak imaginasi aku je .Arghhhh


Hari khamis...


Aku ada terbaca dalam ruangan SHINE..."48 jam untuk ke majlis dengan bergaya dan ramping". Tertera dengan jelas bullet point lagi....no 1. Senam, no 2 minom air secukopnya, no 3. tido yang lena dan secukopnya dan JANGAN sentuh Carbo, JANGAN sentuh makanan berminyak"

Aku ingat sangat sangat...maka,

Habis kerja, aku dengan Lindah terus berdezuppppppp ke Cyberview Lake. Dari office kami, menuju ke Cyber jaya...di simpang empat trafik light Maybank, sile amik laluan ke kiri. Teros sehingga la anda nampak tasik di tepi kiri anda. Situ la Cyberview lake...park sahaje kereta anda di tepi2 jalan yer.

Streching sana regang sini skit...Pandang kiri, pandang kanan... Kami mulakan dari sebelah kiri.

Angin memang bertiup sepoi2 bahasa..ada kalanya bertiup sakan sampai tak sempat peluh aku nak bermain2 meleleh manje di pipiku ini. Ehez. Angin kuat siot kat sini.Best.

Pertama kali aku brisk walking sini rasa memang AGAK jakun kejap. Dengan pemandangan indah..pembangunan hotel mencakar langit di sebelah sana tasik...,mata ku juga tertumpu kepada deretan rumah banglow mewah ala ala Hollywood celebrity mansion di Los Angeles. Mewah megah berdiri sunyi.

Milik siapakah banglow banglow mewah ini yek?

Aku gagahkan kaki ini terus berjalan pantas.Seorang pakcik menyapa aku dan Lindah " seronok senam petang2 yer"
Aku sopan menbalas teguran mesra " ha'ah pemandangan cantek, sambil mata ku menjilat rakus memandang mansion milik orang tua itu..."

[kalau ada tulis di dahi nya "OWNER" nak jugak aku ajak org tua itu berborak panjang] berdetik gak la hati nie...heee.
Kang ye ye borak2 tetibe, tukang kobun jer...adeih...baik aku teroskan NIAT asal, berjalan pantas je laah..Heee...Oh aku sunggoh memilih bulu...kijam kijam. Babai pakcik...

Menyusuri ke hujung tasik dan jalan,satu satu banglow mewah di situ sunyi seperti tak berpenghuni...lindah tibe tibe bersuara padaku " ala Ly, esok kalau anak anak dah beso, masok University kat Amarika, ko dengan laki ko je tinggal berdua dalam banglow mewah nie...nak main kejar-kejar pon dah tak daya...kalau mampu pun berdiri tegak je la tepi jendela"

Tibe tibe hati aku membalas kata kata itu..
Apahal masok university musti kat Amarika jer, kat ITM tak cukop hebat ke weh?Mungkin Lindah nak anak dia pegi Amarika agaknya ek...

Di sini tasik cyberview ni, pavement di sediakan juga sesuai untuk berbasikal dan berroller blading...owh windunya rasa hati tibe tibe mengenangkan saat saat aku ber roller blading sewaktu menuntut di Amarika suatu waktu dahulu. Apa ntah dah jadi dengan roller blade aku tu...aku pasti dah llunyai di kerjakan anak anak buah aku.

Selesai 1 pusing di sebelah kiri, kami meneruskan langkah ke sebelah kanan tasik pulak. Alamak! seorang awek ber tees MERAH JAMBU berjogging pakai selipar aje adik adik. Caya lah. Gaya joggingan dia sangat fit dan mantap. Tak kekok nampaknya dia berjogging dengan selipar ek. Canggeh.

Di satu bahagian pula seorang ibu membawa 2 orang anak nya berbasikal comel. kagom aku melihat stamina si ibu, berbadan kurus ramping berlari tak mengah mengah pon macam aku dan lindah yang hanya berjalan pantas nih. Wakakakakaka...Tercabar betol rasa.

tepat jam 6:45petang, kami beransur balik kepangkal jalan. Jumlah perjalanan pantas mengambil jarak 3.6KM pergi dan balik dengan kebakaran kalori sebanyak 140.4 kCAl.



Syabas Lily Syabas!

next week repeat lagi ok.:))



Thursday, July 22, 2010

dah Jempot...Wajib Datang



"Tak boring ke pegi Wedding je?"

Haaaa...camtu la lebih kurang soklan anak buahku kepada aku petang tadi.

[ pelik pulak budak sorang ni hari ni, sejak bila entah dia rasa aku akan boring hadiri majlis yang ada makan makan..ehekz..
makcik ko ni pantang di jempot, kecintaan terhadap makanan kan masih tahap dewa sama macam KO ...
tak tahu? pi hantok pale kat dinding sat pi...wakakaka]

macam mana aku nak jelaskan ek...
Anak anak zaman sekarang ni kena di jelas kan...kalau tidak...hanyuttt
Hmmm...camni je la.

Pada usia ini , menghadiri jempotan perkahwinan bukan lagi satu activity biasa, macam activity senamrobik, atau activity mini gathering dengan rakan rakan lama sekolah tau,dengan niat suke suke, nak hilangkan boring je tau.
Tak sama...

Kini ianya telah menjadi satu kewajipan bagi memenuhi tanggongjawab aku dalam bermasyarakat, mengeratkan silaturahim antara aku dan keluarga yang menjempotku...mengukuhkan kasih sayang sesama umat.

Tambahan pulak, aku tahu aku akan dapat :-

1. makan makanan sedap sedap,[ hujong minggu ni kat Kelab Darul Ehsan ok, value meal Rm40 seorang tau ...
rugi woo x pegiiii]
2. melihat pengantin lelaki dan perempuan yang di dandan cantek,
3. melihat gelagat tetamu yang sunggoh GLAM mengalahkan pengantin, separa GLAM, Glam wanna be pon ada jugak kadang kadang tu..ehiks.Seronok kan dapat tengok gelagat manusia...hilang stress aku bekerja sebulan rasanya.
4. bertemu rakan taulan yang dah lama tak bertemu bertukar tukar cerita dan bergelak ketawa berkongsi cerita,
5. Door gift lagi, last weekend masa majlis nikah dah dapat kain batik...this comin weekend, majlis resepsi pulak entah entah dapat kereta sebijik?
wahahahaha
sape tahu rezeki ayam nampak di kaki, rezeki kite....? verangan memang no 1. ehiks.

Gila ah harapkan bende bende tu semua...padahal jauh di sudut hati, aku hanya menghadiri bagi memeriahkan hari istimewa mereka berdua, mendoakan adik adik junior yang aku sayangi nie berkekalan dan dirahmati olehNYA semoga mereka berdua di himpukan dalam kebaikan olehNYA hingga ke akhir hayat.. ;)

Dan dalam Islam pula yer anak anak......baca betol betol nie...

Hukum menghadiri atau memenuhi undangan kahwin itu adalah fardhu `ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang.
Ini berdasarkan kepada sabda Nabi Shallallahu `alaihi wasallam di dalam hadis-hadis Baginda, di antaranya :


Maksudnya : "Apabila salah seorang diantara kamu diundang untuk menghadiri walimah (perkahwinan),
maka hendaklah dia datang menghadirinya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Begitu juga sebuah hadis yang antara lain menyebutkan.

Maksudnya : (".................. dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan RasulNya."

(Hadis riwayat Bukhari)


Dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang lain :

Maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu diundang untuk menghadiri walimah perkahwinan, hendaklah dia memperkenankan (menghadiri jemputan itu)"

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Melalui hadis-hadis yang telah disebutkan, jelaslah kepada kita bahawa hukum menghadiri jemputan kahwin itu adalah fardhu `ain.


Namun kewajipan untuk menghadiri jemputan itu bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu :

(i) Orang yang menjemput atau mengundang itu orang Islam,
akan tetapi disunatkan menghadiri jemputan orang kafir dzimmi, jika kita mengharapkan agar dia masuk Islam.

(ii) Hendaklah jemputan itu menyeluruh, meliputi keluarga orang yang menjemput atau jiran-jiran atau pekerja-pekerjanya dengan tidak membeza-bezakan di antara yang miskin dengan yang kaya.


(iii) Hendaklah orang yang menjemput itu menentukan orang yang dijemputnya tidak secara umum sama ada dengan cara menemuinya melalui kad jemputan atau dia mengutus seseorang untuk menjemputnya.Sekiranya orang yang menjemput itu membuka pintu rumahnya, lalu dia berkata : "Datanglah sesiapa saja yang mahu datang", maka tidak menjadi wajib menghadiri jemputannya.


(iv) Orang yang dijemput hendaklah membetulkan tujuan kehadirannya iaitu untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada dan menambahkan kemesraan, bukan kerana takutkan orang yang menjemput atau kerana mencari dan mengharapkan faedah daripada kebesarannya atau untuk menolongnya ke arah kebatilan.


(v) Jika jamuan itu dibuat tiga hari bagi majlis yang sama, maka yang wajib dihadiri itu ialah jemputan pada hari petama, makruh dia hadir pada hari ketiga dan tidak lagi wajib dia hadir pada hari kedua. Sekiranya dia tidak dapat hadir pada hari pertama kerana sesuatu keuzuran seperti kerana ramainya orang yang berkunjung, maka wajib dia hadir pada hari kedua.


(vi) Hendaklah orang dijemput tidak kuat pada sangkaannya bahawa orang yang menjemput itu menggunakan hartanya yang haram untuk menyediakan hidangan yang disajikannya.


(vii) Orang yang dipanggil itu tiada keuzuran yang menghalangnya hadir.


(viii) Tidak ada jemputan lain mendahului jemputan orang itu


(ix) Tidak ada di tempat jemputan itu orang yang menyakiti orang yang dijemput itu.


(x) Tidak ada di tempat jemputan itu sesuatu perkara mungkar seperti
arak, alat bunyi-bunyian yang haram atau tari menari dan sebagainya.

(xi) Jika kehadirannya di tempat jemputan itu boleh
membawa kepada terhalangnya perkara mungkar, maka wajiblah dia hadir supaya terhalang kemungkaran itu.

Jika terdapat salah satu perkara yang bercanggah dengan syarat-syarat di atas,
maka gugurlah kewajipan kita untuk menghadiri undangan itu.


Sebagai kesimpulan, menghadiri jemputan perkahwinan adalah suatu kewajipan bagi setiap individu Muslim yang diundang, kerana dengan menghadiri jemputan itu kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama insan di samping dapat mendedahkan diri kita ke dalam hidup bermasyarakat. Apatah lagi jika yang menjemput itu adalah jiran, ini sudah setentunya akan dapat menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang yang seterusnya akan dapat memupuk sifat bekerjasama, saling bantu membantu dan bergotong royong dalam membuat sesuatu pekerjaan.


Sumber :
MUFTI BRUNEI

WaLLahua'lam


Kopi pes dari : iLuvIslam

Wednesday, July 21, 2010

Telor itu tandanya...


Abg Mat mintak gambo nie yek...cantek bekas telor, i admire tau...thanks.

Keputusan muktamad.


Petang petang tadi, selesai semua kerja kerja di siapkan untuk hari nie... aku tegur kakak senior di office aku ni...kami ber MOC (microsoft office communicator) jer. Selalunya, bile dah nak balik ...aku habiskan waktu waktu dengan usik mengusik dia.... sambil2 tu nak korek design pelamin untuk majlis resepsi Q di KDE hujong minggu nie sebenornya...Heee so kepochi me kan? wakakaka Lantakkkk.

Senior aku ni selain sepejabat dengan aku, time time lengang dia jugak buat keje2 part time...jadi mak pelamin... masa majlis akad nikah rumah Qama hari tu, dia la yang buatkan pelamin. Hmmm...
[ yang siapkan andaman pengantin , panggil mak andam kan....so kalau siapkan pelamin, panggil mak pelamin la yek..heee.]
Suke hati ko la nyonyaaaaa.

So...
Aku : kak, pelamin Q di KDE nanti akak siapkan jugak ke?
Kakak : ha'ah.
Aku : camne design Q mintak kak?
Kakak : [dia bagi icon senyum jer...rahsie le tu]
Aku : "nice pelamin nikah Q hari tu kak"
Kakak : "ko suke??"
Aku : [alamak! dia tanye aku balik la pulok...frankly speaking...aku x minat sangat tapi aku puji jugak la kan... at least dia rasa penat lelahnya di hargai...] so nak tak nak...aku jawab jugak
"Nice ...tapi macam tak cukop UMPHHH la kak, sorry to say. But Ly prefer pelamin zanos. That one i loike"
Aku suke berterus terang jer...kalau terguris rasa, ampon maap zahir batin selamat hari raye la yer :)
Kakak : "abis majlis ko nanti camne? jadi tak buat bunga pahar pom pom ball?
keeeee kakak2 ko nak suruh buat telor jugak?
ko kena buat telor pindang tau....ko tak bagi bunga kat akak takpe...
tapi telor pindang tak bagi... aku kecik atiiiiiiii"
Aku [ terlopong depan window 12 menet]
Aku : hahahahaah...mak aii....pengsan gueh...telor jugek akhirnya

{perbualan perempuan perempuan berdarah Johor pekat likat}

Sebeno benonya, perancangan asal aku cuba lari dari kebiasaan, asyik bagi bunge telor je kan, nak jugak tukar tukar ...zaman kan dah berubah. Tapi jauh di sudut hati aku ni...dan sebahagian dalam diri aku tetap mahu mengekalkan adat budaya tradisional kite dalam majlis perkahwinan aku nanti.

Bunge pahar, bunga telor...MUSTI.

Aku terbaca dalam satu blog nie...alahai, tak ingat plak blog mana...dalam tulisannya penulis kata...

"Mak aku kata, telur pindang diberi masa kenduri kahwin ni sebagai mendoakan kesuburan pengantin.
Jadi kena bagi, jangan tak bagi."


Bile aku terbaca ayat tu, fikiran ni serta merta teringatkan arwah orang tua aku,andai mereka masih ada agaknya, pasti ayat yang sama aku dengar dari molot mereka.

Dah fikir masak masak, aku amik keputusan hari ni...nak buat jugak la bunga pahar DIP bersama telor pindang.


Walaupon hampir seluruh hayat hidup aku ni di habiskan di negeri Selangor, aku tetap anak JOHOR...ngehngehngeh.

Jangan tanye tempat2 kat Johor tau, aku bukan tahu sangat. Aku sekolah je kat Johor...selebihnya aku merantau.Hee
Ampon Tuanku.:))

Monday, July 19, 2010

KeAbadian Cinta

:)


aMOI


Moi aka Bubur dari Sup Ani Utara restaurant...encik tunang punye.
Nyumnyum.



Alhamdulilah, kenyang. :)
Dinner saya hari ini ialah sebagaimana foto. Ehiks.

eh chop!
bukan ke cik Lily kite berpuasa Sya'aban ari ni? :)
Kite ni kan manusia biasa..
Kite hanye mampu merancang, Allah yang tentukan segala galanya.

Tak gitew? ;)



Nasi ayam penyet dan ice lemon tea SET dari Sup Ani Utara cawangan Equine Park.
Tang cawangan lain cheq tak tau nooo ada ke dok.


Tips : Tadi kite terserempak dengan Petua menurunkan berat badan dengan AIR.Nak kena cuba nie...

cara cara nya ialah...

1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =
(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml

contoh pengiraan:

Berat badan cik Lily ialah 65kg.[contohhhhhhhhhh...hahaha]
(40 X 65)+ 500 = 3100 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3100 ml atau 3.10 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.

Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam.
Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan.
Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.

Berikut adalah kelebihan minum air kosong:

1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir
.

source : 101 Petua

7 Sya'aban

Hari ni 19 July bersamaan 7 Sya'aban calendar Islam.

Puasa...

Aku sambong niat puasa Isnin Khamis dalam bulan Sya'aban. Harap harap aku mampu teruskan sehingga tibenya Ramadhan yang mulia nanti... :)

InysaAllah.


Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)


besar faedah & manafaatnya...

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah,
pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:
Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menjadi Rasul dan
padanya Al-Quran diturunkan kepadaku."

(Subul al-Salam)

Si Comel




Aku yakin... ces!belom suboh lagi waktu nih masa aku TERjaga ....Honk!Honk!Honk!
kutu mana pulak main honk2 suboh hening pagi Isnin nih.
Adeih!

Aku dengar suara mamat rumah atas menjerit dan mencarot keluar jendela. Aku yakin ianya di tujukan kepada manusia yang sedang berhonk!honk!honk! di parking bawah tu... Marah nampaknya brother nih...aku intai.

Dah ku agak, kereta manusia tak bermoral blocked kereta brother tu...sure brother tu lambat sampai office pagi Isnin nih. Dogaan.

Aku niat puasa semalam, aku juga rasa sangat TAK rajin nak ke office. Aku decide kerja dari rumah.
SMS boss...

Aku on laptop, baca news online. Tiada berita menarik, aku hanya baca tajok berita sahaje. owh! aku sunggoh tak rajin hari nie...


Tibe tibe rasa rindu pada Asraf. Aku sukekan kanak kanak lately. Suke gilak! ;)

Sunday, July 18, 2010

Tahniah Qama





singgah sana buat ratu Sehari.


comel macam anak patong


si Tinggi lampai


Senyuman kebahagiaan..cenggitu.


Amik aura penantin skit...Heee

Pagi pagi lagi dah bersiap...kalau ikot perancangan asal, aku dan Mek perlu ada di rumah zanos pukol 900pagi. Tapi entah hangin apa menyerang, Mek dah siap seawal pukol 800 pagi.

Kena sawan tentera budak nie hari ni. Ehiks.

Kenakan kebaya indon fofular tahon lepas, wakakakak
[aku dah tak ada baju baru ok.Shut up!]
Kami bertolak ke rumah zanos. Perjalanan dari rumah aku ke rumah zanos hanya mengambil masa 10 menet jer.
{kecoh la lu minah, kan dah terawal, zanos pon belom pakai Syria dia}

Perot pedih, aku tak sempat nak breakfast tadi. Aku ajak Zanos singgah kedai tepi2 jalan carik karipap. Makcik tak meniaga la pulak ...kan.

Sampai di Jelatek station, cik kiah wan PINK dah menunggu. Hikhik. Kami singgah LRT station amik Ayom si comel lotey. Genap 4 dara julite berkumpul, kami berempat teros terkial kial mencarik Jalan Keramat Hujong. Rumah Qama memang hujung betol. Bukan hujong main main tau.

Solekan di kenakan kak Emma Pesona, memang d BOM! Cantek adik manis di solekkan. Qummy memang dah cantek manis tinggi lampai. Tak solek pun di mata ku dia cantek. Ke ayuan terserlah gitew. ;

Bagi salam, salam sana salam sini. Kami di jemput teros ke bilik Pengantin. Qummy sedang di solek dan di siapkan. Santek!
Chiffon light purple dengan warna yang layah sedondon di penuhi bling bling manik...jadi pilihan Qummy nampaknya.


Pihak lelaki tibe, kire kire pukol 1100 seperti di aturkan. Majlis di mulakan dengan pengenalan ahli keluarga pihak perempuan oleh pakcik saudara Qummy kepada pihak lelaki. Dalam ramai ramai tetamu yang hadir [ ramai betol!!!!! tak pernah lah aku lihat rombongan seramai hari ni dari pihak lelaki...1st time uuuu ] mata ini terpandang seorang yang amat terkenal turut serta dalam rombongan tadi. Ustaz Fadzilah Kamsah pon ada. Best best!


ustaz bagi TIPS tadi, dah jadi suami isteri, kena selalu bermaaf-maafan.
Ingat tu yer anak anak sekalian. Hiks.
Kalau isteri merajuk, suami WAJIB pujok.
Kalau suami merajuk, BIOR kan jer, kalau di pujok dia makin mengade-ngade.

Ustaz kata....
Hahaha


*******************************
Alhamdulilah, Qummy kini sudah berstatus isteri dengan lancar dan selamatnya setelah Ayahanda Qummy sendiri menikahkan anakanda kesayangan perempuannya dengan 2 kali lafaz. [Lafaz terima nikah yang pertama tu, suara pengantin lelaki SLOW, saksi tak berapa dengar gitew.]

Perot dah semakin pedih, aku ajak kawan kawan menjamu selera dulu. Ehiks.

Macam majlis aku ler plak kan. {tak bole tahan, kambing golek punya bau sudah masok dalam hidong woooo}. Aku pilih port paling dekat dengan kambing golek, hajat hati nak makan puas puas...tapi alamak!ada tetamu "vouge" duduk semeja dengan kami.

Tak boleh tahan dengan hidangan di jamu kepada tetamu, aku amik tindakan buat tak pandang tetamu di hadapan mata. Tak sempat nak layan kambing golek sedap, ada pulak apek durian hantar durian di setiap meja. Mata dan nafsu semakin bergelora.

Durian kuching kau!!!!


Dalam berebot rebot menikmati durian, mak Qummy bawa bakol manggis la pulakkkkkkkkkk.
Aku memang hantu buah buahan tempatan terutama durian. Now u can call me DORIAN :)


Kambing golek baek punye..Dap. Lembutss


Selamat Pengantin Baru Qama
Semoga kamu di berkati dan di himpunkan di dalam kebaikanNYA.
Amin :)


********************************

makanan hari ini ialah
Tengahari : Nasi puteh udang sambal, ayam goreng berempah..sedap giler, sayur campor, ikan stim..sedap jugakkkkkk, dannnn kambing golek.Durian, manggis dan carrot cake.
Mak!!! banyak giler makanan masok dalam usus akak hari nie.
Huwaaaaaaaaaaaaaaa
Minoman : air sirap bandong bersoda. Sedap HABIS.

**************************************