Tuesday, August 31, 2010

Doktor ke Polis




Doc : bile awak kena ni?
Aku : Semalam, pagi tadi dah banyak tahi keluar.
Doc :Awak pergi mana semalam?
Aku : One Utama
Doc : Sebelom tu...
Aku : Tengok wayang
Doc : awak pakai cermin mata?
Aku : Dulu pernah, sekarang dah ok.
Doc : awak kerja mana?
Aku : Hew** P*****
Doc : Kerja awak kena banyak tengok laptop?
Aku : Ye saye
Doc : Awak kena coti 2 hari...penyakit awak boleh berjangkit.
Awak boleh menyebabkan sebaran kepada suami atau anak2 kalau awak ada keluarga.
Jangan pegang mata, kalau mata kanan awak kena, awak menjangkitkan mata awak sendiri.
Aku : ERKKKK!

{nak suke ke nak risau nih..2 hari teros doc bagi MC}

muka Nurse tersembul di tepi pintu bilik Doc.
Doc : bagi dia oitment, ubat mata, ubat tahan sakit dan coti 2 hari.

**************

encik tunang : doc kata apa?
aku : sakit mata, doc kasi 2 hari MC.
encik tunang : patut la abg rasa gatal2 badan.
aku : ceh! tak ada kena mengena.
encik tunang : abis nak makan apa hari nie?
aku : DOMINOS pizza. HEE

Buka puasa Dominos pizza Extravaganza Large aku hari nie.



dalam HATIKU ada JALUR GEMILANG



Hari ini Negaraku Merdeka yang ke 53 tahon.
Lima Puloh Tiga Tahon.

Berbangga dengan kepesat pembangunan dan
kemajuan teknologi yang di nikmati hari ini.

dalam masa yang sama aku jua...

Terkilan dengan pelbagai lagi kekurangan yang perlu
di perbaiki dan di pertingkatkan.

Dulu kite susah di jajah BANGSA asing, negara kite tapi kite hanya makan ubi kayu.
Kite di perintah dan di kerah mengikut telunjuk oleh BANGSA asing.

Sekarang kite dah ada macam macam makanan,
tapi makanan anak suami kite di sediakan oleh BANGSA asing.

Sekarang kite dah boleh bukak resturant dan kedai makan sendiri,
tapi makanan dan kedai kite di jaga oleh BANGSA asing.

Sekarang kite dah boleh bina bangunan dan rumah kite sendiri,
tapi rumah dan bangunan kite di siapkan oleh BANGSA asing.


Bukankah MERDEKA itu bermakna
KITE mampu berdiri di atas kedua kaki kite SENDIRI?

mampu menjaga dan meyediakan mengikut acuan BUDAYA DAN BANGSA negara kite
mampu membina di atas kedua tangan dan kaki BANGSA kite sendiri.
mampu bersatu hidup harmoni bersama dalam pelbagai kaum cine dan india sebagai
SATU BANGSA MALAYSIA

MERDEKAKAH KITE INI?

Dengan nama Allah s.w.t ku laungkan dalam hati ini semoga NEGARAKU, aman damai dan di lindungiNYA sentiasa.

Amin.




Sunday, August 29, 2010

Wanita + Tudung

InsyaAllah...

**********

Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.



Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

Source : SEBUTIR MUTIARA SEINDAH WANITA

Saturday, August 28, 2010

Aku + KAMU semua



Happy Bufday yall...
Dianos,
Den,
Zanos,
ejols,
zaidos.

untuk kamu, KAMU , kaMU, dan kamu .Semuga panjang umur dan murah rezeki yek!

Sambil menunggu sahabat2 yang lain, aku dan zanos menjadi SUBJEK menarik fotography oleh Adi hubby si zanos.


Si Minah rempit...

Nice Hat...

Jingle Bell Jingle Bell
Your HEAD!
Wakakakaka

Kami singgah Bakers Cottage, kedai kek kegemaran gueh.
Wakakaka...beli kek pon ikot sedap tekak aku je walaupon bukan bufday aku.

HEE.

dalam perjalanan, aku cuba korek rahsia sahabat.
Camne persiapan Dean? tanye ku pada sahabat
Hp di hulur padaku.

Gamba seorang gadis ayu bersimpuh ala ala pengantin.
"Wahhhhhhhhhhhhhhhh..diam diam dah Tunang kamu yek"
Sahabat gelak
Zanos becok nak tengok jugak gambo yang ku lihat.

Drive sajos kamu yea.
Sampai di Putrajaya, kami singgah office hubby zanos.
Hubby zanos dengan cermin mata barunya bergaya ala ala Spiderman nak ke kolej.
Dengan folder di tangan sebijik macam pelajar Lim Kok Wing jurusan Musik..wakakakak

Sedap gigi ko je eh Dean.

Ehekz.

Dalam perjalanan telefon ku berdering.
BFF ku menumpang kereta bersama zek dan kekasih hati yang bakal di perkenalkan dgn kami.

BFF bertanye " korang dah sampaikah?"
Aku bertanye " korang kat mana?"
Sampai tahon depan tak ada sorang pun yang menjawab soalan macam ni.
BFF aku tak pasal pasal gelak tak habis habis.

aku sambong lagi...

"Ko apa kena ni? Berhenti gelak la...weh!awek zek cun tak?" tanye ko mengorek rahsia.
"Wakakakak wakakakaka " tak habis lagi gelak si BFFku.
"Macam ada yang tak kena nih..x sabar nak bergossiping" detik ku dalam hati
Ko jangan jawab dengan perkataan aku tanye tau kalau YEA., ko jawab HA'AH..." kataku mengajar bahasa rahsia ala ala perisik Rusia.
Cun? tanye ku
BFF " hahahahahaah"
Cun ke tak woiii? Pendiam?
BFF " ha'ah PENDIAM"

Bengong!
Kami bantai gelak macam dunia ini ana yang punya.
Miahahahaha.

Sampai ke sudah aku x dapat jawapan yang aku harapkan.

Sampainya kami di Tasik Idaman, suasana masih tenang.
Aku, zanos, sang suami dan Dean menuju ke arah tasik.
Bergoyang2 tempat berbuka puasa kami malam tadi.



Sambil tu kami cuci2 mata dengan binatang2 yang kami telah order.
Erk!ketam cam cenonet jek.
Sotong. Perghhhhhhhhhhhhhh Raksaksa.


Aku amik tempat duduk sambil menunggu BFFku, zek dan bakal isteri serta rakan taulan Ejols.
Telefon ku berdering..BFF ku telefon lagi.
"Korang kat mana?Aku kat mana nie?Jauh lagi tak dari MITI" tanye sahabat pada ku.
Aku pass telefon kepada zanos. Dia lebih arif.

Sekali lagi telefon zanos pulak berdering.
"Aku tak dapat datang la..ada problem di office, jalan pulak jammed" kata" Ejols
"Alaaaa...ko cakap dgn kepala kodi" kata zanos.
"Aku teros bagi ayat power " Sape nak makan lauk banyak2 nehhhhhhhhhhh"
"Takan aku nak kelaur dalam jammed2 nih..lepas buka nanti aku sampai la. Korang pi Bangi eh lepas ni" gitu perancangan di atur jejaka yang satu nie.

"Sabo je la...i missu ni camne?" tambah ku lagi dengan ayat lagi super power..wakakakaka
"Kite jumpa kat kedai kopi je la lepas tu"balas sahabat

Tak pandai jugek aku memujuk rupernya. :P


Happy Bufday to gurl & boyz.
Semuga Ramadhan tahon hadapan kite bertemu lagi macam nie yek.

Friday, August 27, 2010

Ada apa dengan Layah

image : Google.

Hari ini hari Nuzul Quran bagi negeri Selangor. Aku coti..mengadap laptop la apa lagi ..HEE.
ngadap laptop mengaji tau....haaa korang dah?isk..riak la plak.
Tak baik tak baik.Jum ngaji jum.

Aku tersenyum sampai ke telinge...kadang kadang tersenyum kepot sendirian.
macam dapat surat chenta dari kekasih gitew perasaan ini.

pagi pagi lagi...

kakak yang pakar dan kreatif mencantekkan veil fofular abad ini akhirnya membalas email permintaanku
untuk buat veil eksklusif buat hari nikahku nanti.
Yahoooooooo...nak Nangis ok...rase gumbirenya.

Aku amat mengagumi hasil kerja tangan beliau yang halus. Halus bagi pemahaman aku disini bermaksod benang di sulam tak nampak dek mata kasar ok. Halus tak halus camtu.

Layah yang di reka khas lahir dari hati bukan mencari keuntungan dan fofulariti semata mata adalah kualiti yang aku cari cari dalam pereka layah nikah ku.

Yea, aku memang cerewet dan sangat mementingkan kualiti.
Perkahwinanku harapakan hanya sekali dalam hayat ini. Apa salahnya aku memiliki saat paling bermakna dalam hidup ini kan...ahhh alang alang menyeluk perkasam, biar sampai ke lengan siku..ehekz tetibe rasa darah pahlawan perkasa meresap dalam diri. hikhik.

Aku teruja.

Bagi aku, layah aka veil adalah penyeri kepala buat permaisuri sehari.
Penting buat aku kerana ianya menyerlahkan lagi seri dan ke ayuaan gadis Melayu.

"Pehal tak pakai tudung je terus..."kata kata sesetengah manusia dengan sinisnya kepadaku.
Aku senyum " insyaAllah...perubahan itu kan berperingkat peringkat... InsyaAllah dibukakan hati aku akan bertudung jua nanti..."

petang petang pulak...
Abang yang arif mereka cipta dan membuatkan baju persandingan unik untukku
tak sabar sabar nak tunjuk design baju dan menyusun atur pertemuan untuk amik ukuran baju persandinganku.

********************

Alhamdulillah,
ya Allah ya Rahim.
Semuanya telah di susun aturkan buat hamba hambamu dengan indah sempurna.
Alhamdulillah.

Hari ini 17 ramadhan sudah...aku berbuka dengan sahabat sahabat di tengah tasik kejap lagi.

Wednesday, August 25, 2010

Bunga Api Asap Kuat

Hahahaha...macam mana asap leh jadi KUAT woii.
yang ni asap tak kuat, bunyi manyak KUAT...hadoiii.


Bahasa jiwa BANGSA sunggoh kan.
uniknya NEGARAKU. huhu.

Bunga Angkasa...tajuk emel aku terima hari ni. Di dalam emel tersebut mengandungi list harge dan gamba Bunga Angkasa yang di minati remaje, bapak rumaje begitu juge emak dan anak anak emak di malam hari raye.

Shhhhhhhhhhhh..tak bule sebut. Nanti kena tangkap dgn Atok. Heee

Aku bukak attachment emel di hantar pengirim, nama file document " Bunga Angkasa Gambar."
Belom sempat aku bukak molot, tibe tibe ada panggilan telefon masok.

sambil tu aku perhatikan gamba pertama...

"Memang la bunga api berasap" kata suara itu.
"Hahahahaaha...order je la kalau NAK..siap nak komplen...hahahahaa" kataku pada encik tunang.

Amaran Keras : Bermain mercun merbahaya - Suke suke bawa duka.
Kepada ibu dan bapa, sile pantau kegiatan anak2 adik2 anda di musim perayaan yer.
Kalau ada yang nak cuba jadi hero....TAK PAYAH le yea.
Ada orang main mercun dapat duit, orang
kite main mercun dapat balut putus jari tangan mata bagai.

Selamat Menyambot hari kemerdekaan yang ke 53 YALL



Tuesday, August 24, 2010

Wahai orang MUDA

Tentang AKU.
Dulu aku sekolah kat negeri orang puteh tu, aku belajar amik Major in Finance Management. Minor in International Business. Dual major gitew mat salleh tu kata. Hiks...waktu tu bangga la...

"Hebaq mu" gitu la kata kawan aku yang datangnya dari negeri cik siti Wan Kembong

Alhamdulilah, aku sekarang masih bekerjaya di salah sebuah organisasi terkenal dalam industri IT. Aku kini seorang consultant I.T.Perghhhh..macam power Job title.

"Hebaq mu" gitu juga kata rakan rakan.

Eh chop! Elo...apa kena mengena kerja ko sebagai IT consultant dengan Finance dan Int Business yang ko belajo bertahun tahon tu pulok?
Mungkin itu yang jadi persoalan setiap manusia bernama sahabat , taulan, dan manusia di luar sana.

Sukar nak aku jelaskan, tapi itu lah kenyataannya.Rezeki Allah bagi. Itu sahaje ayat yang mampu aku jelaskan. Walaupon pendek, dalam maksudnya.

**********************

Tentang SAHABAT.

Masih dalam pencarian kerja kerana sandiwara pembuangan pekerja di kompeninya baru baru ini. Katanya padaku tak semena mena" kalau di beri perbandingan, aku tak mahu kerja di KL. aku nak kerja di area ni"

Aku nganga...dalam hati berkata kata " wah, dah tak ada kerja...masih lagi nak memilih tempat kerja...hmmm?"

Aku tanye " kalau KL ada offer ko job, ko x mo accept ke?"
Dia jawab " kalau area ni tak ada job sesuai dengan aku, aku terpaksa amik, otherwise aku akan buat kerja dua kali...aku akan carik kerja lain jugak nanti"

Aku tanye lagi buat kali ke dua, risau pulak kalau telinga aku ni tibe2 buat problem ke malam2 ni kan, salah faham ke " sekarang ni ko tak de apa nak di banding2kan...dan ko x mo accept job di KL...andainya itu yang terjadi?"

Dan jawapannya ialahhhhhhhhhhhhhhh " ooo aku terpaksa accept la"

Aku pandang wajahnya serius.

Sahabat bukak cerita " budak budak ni mintak aku buat kerja kerja yang aku tak ada pengalaman"
Aku sampuk " dulu aku tak ada pengalaman IT jugak beb"
Sahabat kata lagi " kalau dah tahu nak yang berpengalaman, suruh jugak aku apply...kalau ada guidance tak pe jugak, bole la aku terkial kial kerjakan"
Aku balas lagi sekali " dulu aku tak ada background, tak ada pengalaman IT gak tapi rezeki aku di IT beb sampai sekarang....Alhamdulilah"

Dalam hatiku berdetik "
budak ni paham ke dok message aku cuba sampaikan nie?"

hanya Allah yang tahu, lagi maha mengetahui.

Kepada adik adik dan sahabat sahabat ....
Percayalah " Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa sahaja dan berhak MENAHAN rezeki daripada sesiapa jua. Oleh itu, kite [manusia] tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.

Rezeki yang kite perolehi hanyalah nikmat dunia yang bersifat SEMENTARA. Rezeki yang di nikmati sekarang tiada apa apa nilai di akhirat nanti.

Rezeki bukan hanya merupakan NIKMAT, pada masa yang sama merupakan UJIAN.

1 keajaiban dalam Islam, semakin banyak yang di beri, semakin banyak akan kite perolehi nanti, bukan semakin susut.
Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin HAUS, malah makin tebal.

Renung renungkan lah...selagi kite ada pekerjaan ni, buat la kerja elok2...molek2. Berusaha setiap hari macam tiada lagi esok bagimu. Ingat yea hakak pesan nie.

Tak mo dengar? Lantakkkk ko...

Roger & Out.

Pening Tahap Gaban

Hari ni aku berjaya pakai full set PB. Dari bawah sampai atas,MANTAP. Berjaya mencangkookkannya adalah satu kejayaan mega tahan gaban bagi diri aku. Wah! over gitew. As usual, tak over macam buring skit hidup nie.


Oh Yea...masok jam 200 ptg... aku di landa ke gatalan dan kepeningan. Bukan Migraine bukan.
Ini ialah pening penangan tak makan sahur betol betol. Aku hanya telan 2 bijik kurma dan air suam sahaje. Padan muka sendirik. Kentut tak henti2 macam perjalanan keretapi dari johor ke Perlis tanpa henti. Serius.

Tepat pukol 215 ptg...aku bukak...[bukan bukak puasa...elow!]. Aku bukak korset la...amende la korang nie pikir. Ahaks.

Misi gagal separuh jalan. Aku boleh tahan kalau sakit belakang di bahagian pinggang, aku boleh tahan lagi rasa sengal2 angin menusuk2 dalam kepala otak ni, tapi untuk tahap ketahanan menahan gatal dan kulit badan mula membengkak.

Hakak TAK bole tahan.

Okla, nak pegi berbuka puasa dengan encik tunang. Petang ni nak berbuka nasi Arab kambing Kabhsah la.

Chow chin chow.



Monday, August 23, 2010

Perempuan Berkalung Sorban

Korang pernah tonton?


Sorban di pakai mereka, jauh bezanya dengan yang di pakai zaman ini. Hmmm...


Hari Isnin yang INDAH


Misi ke pejabat dengan PB - Day 1.

uh wow.
Tapi kena percaya jugak..dah berlaku pada diri sendiri depan mata sendiri.
"Badan I dah slim skit"

Tak mo percaya jugak?
Lantakkk.

Macam mana plak baru 1st day pakai dah slim nih.
PENIPU ar.
Cube cite skit cam ne lak buleh teros SLIM?

Dah sah sah korset ni ketat, dan memantapkan lemak berlebihan terus jadi lemak tepu dalam girdle gitew.
Badan terus terasa slim, tiada lagi lebihan lemak meleleh leleh.
Alahai...malu tau nak ngaku, tapi itulah keBENARannya.

3 kali ke ladies, mencabar jugak dalam bilik kecik ni semasa nak pakai semula.
Lama kelamaan aku dah semakin cekap. Oh yeah!

Esok baru aku plan nak pakai full set, itu ponnnnnnnnnnnnnn kalau berjaya mencangkuk long bra.Ehekz...

Seriusly, kain baju kurung aku pakai hari ni jadi longgar ok. Longgar giler.
Seingat aku, sebelum2 ni...kalau aku pakai baju kurung aku yang satu ni, setiap kali lepas bangun dari duduk, sure kain aku terlipat kesan lipatan lemak yang melampau di bahagian perut.

Tapi hari ni hari Isnin yang BLUES ni, dah tak BLUES lagiiii..sudah jadi JAZZIE gitew....hahahaha
uh wow!
Suke giler nih! Macam susah nak caya, tapi tak nak percaya macam mana, memang kain aku longgar...
asyik-asyik berpusing ke belakang bahagian lipatan kain baju kurung aku setiap kali aku berjalan - jalan.

Maknanya longgar la kan.

:)) :))
:))


HEEE.

Tapikan ...bile petang menjelma,
Genap 8 jam aku pakai PB...memang ada rasa gatal-gatal la. Katanya kesan dari process pembuangan toksik yang di sebut2 orang.
Adeih oh adeih....eee rasa nak garu jek nih.

Aku terus kabokan pada juru rawat peribadi aku
Aku mengadu "Halamak, rasa gatal gatal sudah"
" Jangan garu tau, balik mandi, dan terus cuci PB tu tau" pesan jururawat peribadi ku.

Seperti yang di nasihatkan oleh pakar kecantekan dan kesihatan peribadi aku...huhu
{tibe tibe ko naik pangkat jadi pakar kecantekan peribadi, jadi nurse peribadi macam macam aku jadikan ko....Tash..hikhik, sampai di rumah, aku terus mandi dan cuci dengan pencuci PB yang di syorkan...Wangi}

Waktu balik, aku sempat jadikan diri aku pakar kecantekan peribadi kepada Eynda pulak.Wohoooo Nak jugokkk.
Belakang bonet kete aku je aku ajar dia cara cara pemakaian.
Kite tunggu apa cerita beliau esok yek.

Sampai di rumah, Alhamdulilah... playhousemate aku plak rajin memasak hari ni, maka aku boleh duduk bersenang lenang sajos.
Yariba yaribaaa andre andreeee. Sawan PB kah? HEEE

Hari Isnin yang INDAH.