Sunday, January 31, 2010

Aku suke Menari

Saya sebenar benarnya suke duduk berehat di rumah pada hujung minggu, tapi rumah yang saya duduki kini memaksa saya menyukai dunia dan udara bersih lagi segar di luar. Udara dalam rumah saya duduki sekarang sangat tidak segar dan berbau sangat teruk. Helppp

Saya tidak sampai hati berterus terang dengan 'kamu'...saya tak tahu kenapa.Mungkin ini sifat semulajadi saya...Saya fikir lebih baik saya menjauhkan diri, saya tak perlu buka mulut dan meluka atau memalukan 'kamu' dengan isu ini.

Saya perlukan udara segar bersih bukan BUSUK. Bau busuk bukan datang dari sampah hasil buangan sampah atau kulit udang masakan malam semalam. Bukan.


Apa bile udara di dalam rumah berbau kurang segar, saya jadi tertekan sebenarnya. Saya juga kadang kadang jadi sangat marah...hanya dengan bau. Walaupon tiada apa yang kamu lakukan menyakiti hati saya. Saya rase rakan sebelah bilik saya juga menghadapi masalah yang sama dengan saya, sebab itu dia juga sudah menjauhkan diri dan jarang jarang pulang ke rumah ini. Andaian Itu hanyala apa yang saya rase...saya duga sahaje.

Hari Rabu ini saya akan sertai trial class senamrobix bersama Zan. Instructor yang bakal mengajar saya dan Zan bersenamdansa ialah seorang lelaki yea. Aum! Saya tak sabar sangat sangat.Nasib baik ada Zan...terubat jue rasa tertekan dalam diri saya hari ini.


Ini adalah kali pertama seumo hidup ini mendapat instructor senamdansa lelaki. Yahoo. Keterujaan saya sangat melampau. Begitu juga Zan. Hahaha. Saya juga merasa amat teruja untuk mencuba class menari yang lain seperti Capoeira dan Jazz dance. Sabar sabar....jangan gelojoh cik adik yea. Kite cuba dulu senamrobix rabu nanti ok.

Moral : Adakah saya sebagai seorang sahabat, menjadi seorang yang jahat,terok dan kejam semata mata memperkatakan isu ini?

Saya rasa... saye spesis yang menunjukkan ketidak selesaan melalui perbuatan bukan perkataan.

Saya harap... kamu dapat menduga kenapa saya selalu berada di dalam bilik dari pada berada di luar bersama sama kamu.

Saya harap... kamu perasan dan memaafkan saye.




Saturday, January 30, 2010

Sudah Penoh la Cik

Wedd Khalil Gibran - Dewan D Seri Hendon Putrajaya 2009.
mula mula masok ke dewan ini...hati ini sukekannya tapi ianya di luar kemampuan.
Mahal...boleh pengsan mak kau! Ehekz

Hati ini masih mencari kesederhanaan, Dewan Seri Melati Presint 3 jadi idaman kerana
ianya masih dalam kemampuan ...RM 2500 dan RM 3 sebijik meja dan RM1.50 utk sebijik kerusi.



Pergi berjalan mencari dewan persandingan dengan tunang seharian kunun-kununnya...sedar2 tersadai di Alamanda bershopping.Hikhik.

Aku beli Diesel jeans tadi nak gantikan jeans lama yang telah koyak. Hehehe...pakai jeans sampai koyak di bontot tu. Penjimat gile saya kan. Ahaks.

Diesel Jeans - Regular Cut..size di rahsiakan...shhhh ;))

owh yea, dulu muka saya bertepek dengan foundation ni,
sekarang?


dengan ini Revlon sudah. Cukop untuk melindungi lopak lopak di kulit wajah saya selama 8 jam sehari...ada SPF6 juge bagi melindungi dari cahaya matahari khatulistiwa negara saya. Heee...

haa nak gossip sekejap...tadi kami berdua lepak di secret resepi sebab tunang saya nak makan Blackforest cheese cake. Jadi, kami pilih untuk duduk di luar sebab tunang saya seorang perokok tegar. Ada 3 orang aweks duduk di belakang meja kami. Salah seorang dari pada yang 3 aweks tersebut bercakap bukan main kuat berdekah dekah macam negara ini dia seorang yang punya...

Tunang saya kata " perempuan kalau molot besar cam tempayan...potong betol." Reject!

Suara kuat dia memang kuat...rimas la jugak dengan mahluk Allah perasan hebat macam dia.
Awek reject dan rakan rakan beredar apa bila salah seorang rakan mereka yang si reject hubungi tidak mahu turut serta lepak minum di secret resepi... saya terrr pasang telinge..ehiks.

Aku lihat 2 lagi rakan beliau, sederhana rupa dan gaya...tapi dia si molot lebar ni rupa tiada la sehebat mana. Tak cukup kasih sayang betol awek reject ni...di selang seli pula dengan bahasa antarabangsa level tadika. Jelas dan benar dia cuba menarik perhatian manusia sekitar. So cheappp...Aku tak heran kalau dia nak cakap kuat sampai retak dinding Alamanda tapiiiii....kalau rupa dia lebih cantek sikit dari Siti nurhaliza ok.

Saya pula yang naik segan taw.

Sebenarnya dari pagi tadi saya plan ...
"Perbadanan Putrajaya tidak beroperasi pada hari sabtu dan ahad"...suara robot dalam telefon berkata kata. Nampaknya kena pergi waktu office hour sahaje. Waktu office hour, aku pun berkerja la ...how ley?

saya call kakak ipar, kakak kata semua dewan di Putrajaya dah fully book sejak tahun lepas lagi...tapi adakah sama date dengan date persandingdanku? Saya betol betol tak faham dan tak puas hati, saya buat keputusan nak pergi tanye sendiri dewan boleh di gunakan pada tarikh persandingan ku di pejabat Perbadanan Putrajaya hari Rabu minggu hadapan.

Musti!

Haih! Aku dah pilih tarikh hujong tahon pun dah habis kena book. Ramainya umat nak bersanding hujong tahon ni yek. Andai ada sesiapa yang terbaca dan tahu dewan yang cantek dengan harga berpatutan untuk di gunakan di hari majlis persandingan saye, sile war warkan yea.

Oh Tuhan, jadikan impian ini satu Kenyataan. :|







Friday, January 29, 2010

Masanya sudah tibe

Kadang kala apa yang kite inginkan, jadi kenyataan tanpe perlu keluar duit, tanpa perlu keluar peluh.



Rezeki Allah bagi...buah limau di kopekkan kulit oleh rakan rakan buatku. Sebijik dua di berikan kepada team team lain. Meriah setiap kali ada makanan menjelma di empayar kami.

Petang tadi, adik manis nak balik kampongnya di Melaka. Dia call mintak tumpang bersolat sebentar Maghrib nanti sebelum bertolak pulang. Dia ajak aku minum petang dan alas perut, dia mintak roti telor dan teh tarik. Aku pula mintak roti nan biasa dan ayam tandoori peha. Sedap...sedap giler apabila adik manis yang belanje.

Mudah mudahan semakin murah rezeki kamu hendaknya.

Berbual bual dengan Diana, sedar tak sedar aku sebut satu persatu tarikh tarikh penting majlis pertunangan & perkahwinan saudara mara dan sahabat handai yang harus hadiri bagi tahun 2010. Banyaknyeeeh nak kena tempah baju ke majlis nihhh ;)

1.
17 Januari 2010 - Hisham & rose
2.
14 Februari 2010 - Nattasha & Azahani
14 Februari 2010 - Azmil & Wie [ Pertunangan]
3.
20 March 2010 - Kamalita & pasangan
4.
xx May 2010 - Qamarina & Azmil [ pertunangan]
5.
06 June 2010 - Hana & pasangan
6.
25 July 2010 - Qamarina & Azmil
7.
10 Ogos Bulan Puasa - Ramadhan Al mubarak
8.
10 Sept Bulan Raye - Aidil Fitri
9.
xx October 2010 - Azmil & wie

Woweee!Syukran ya Allah...

Thursday, January 28, 2010

Tendang saje si Cipan itu





If you say this is pop, to be singing to a tune with a rhythm like this, would it be so unpopular for a singer like me to be bringing up the fact that we're all gonna go? Some people swear, they say they know where.
For me it's a mystery. But which ever way you see it
you have to admit it and live it and live it!

We all kick the bucket in the end! The end!
All the girls kick the bucket in the end! The end!
And the boys kick the bucket in the end! The end!
Yep! We all kick the bucket in the end! The end! The end! The end! The end!

Blew up my TV. It' was numbing my brain to be thinking the same as million other people all feeling afraid of the same thing.
But there's nothing to lose, 'cause we're all on a bike and we're cycling through, getting off on our injuries - but you gotta get back on it and live it and live it to love it and live and love life.

Cause we all kick the bucket in the end! The end!
All the girls kick the bucket in the end! The end!
And the boys kick the bucket in the end! My friend!
Yep! We all kick the bucket in the end! The end! The end! The end! The end!

This is not a sad song!
I don't bring it up to get you down,
It's a celebration for all the red cells
going round and round in your body!

I don't mean to preach or to sound like a teacher. No! I only wanna cut the crap and looking back, everybody's had to face the facts.

That we all kick the bucket in the end! The end!
All the girls kick the bucket in the end! The end!
And the boys kick the bucket in the end! My friend!
Yep! We all kick the bucket in the end! The end! The end! The end! The end!

*****************************************************************

Semalam aku cuti...maka hari ini aku datang kerja dengan wajah cerita, gumbire. Happy la lepas dapat jumpa kawan kawan lama...best!

Tadi, suara suara sumbang sahabat sepejabat menyapa ...
Yat "ko jangan sentap pulak hari ni".
Aku "Haih! Pagi pagi dah ada sandiwara, dah ada drama mengenai aku?"

Aku terima email yang di forwardkan kepada Boss dan Yat oleh si Lanun. Nama aku ada di sebut dalam email tersebut. Email itu bukan tentang pujian, tapi satu penghinaan. Dalam tulisan Si Lanun kepada Boss, mengatakan bahawa aku bekerja sambil lewa, aku buat kerja tak ikhlas.

Wah! Sedapnya manusia ini berkata kata....semasa nak mintak bantuan aku bukan main lembut gigi dari lidah. Aku arif dengan perangai busuk si Lanun. Baru sahaje beberapa bulan yang lalu dia kenakan aku, memburuk burukkan aku, semata mata mahu mengipas Boss baru dengan harapan Boss beri dia Bonus. Perkara yang terjadi hari ini telah ku jangka...

Aku tak murka seperti sangkaan sahabat2 sepejabat....
Sejarahnya, Lanun yang mahu pertolongan aku membantu dia dalam kerja kerja hariannya. Aku bersetuju membantu atas terma dan syarat "saya bantu hanya apabila saya punya banyak masa terluang...saya tidak pernah setuju untuk komited menjadikan bantuan yang saya hulurkan sebagai tanggungjawab saya sepenuhnya...kerna saya sendiri banyak kerja yang telah di pertanggungjawabkan". So harap maklom la...aku membantu.

Aku bersyukur di lahirkan dengan sifat penyabar, aku duduk releks, aku tersenyum puas, sudah muak dengan perangai kebudak budakn si Lanun yang kemarokkan perhatian dan kaki kipas Boss. Aku dah tak heran."Ada aku kesah?"

Moralnya : gabungan fikiran negatif dengan emosi-emosi negatif = Lanun.
Aku mahukan kejayaan bukan masalah dalam hidup. Si Lanun sile pergi jauh, kalau tak aku tendang ko jadi Cipan.


Wednesday, January 27, 2010

Makna cinta

[Nattasha & Tony - 14 Feb 2010]

Cantek sangat, aku bole nangis melihat bakat kurniaaNYA....

Hati saya sukakan kesederhanaan, tapi hati ini kadang kadang mahu lebih dari itu...sesuatu yang cantik perlu di abadikan sampai mati...perkahwinan itu sekali seumur hidup ini....
hati ini kerap tertanye tanye...

perlukah berbelanje lebih sedikit untuk sesi pre wedding shoot macam rakan rakan buat? Hati ini kadang kadang mahu, hati ini kadang kadang malu...

Hati ini teruja sekali melihat hasil kreatif fotographer berbakat dan terkenal : http://sitiruzaimah.blogspot.com

Cinta dari sudut kaca matanya menikam kalbu dan mencuit hati nurani ku untuk turut mahu hari istimewa dalam hidup di abadikan hanya oleh bakat kamu.

Abang, nak macam ini...rasa bahagia sampai tue. Sumpah!

Kau Hanya Gilekan Wang

"Hari ni nak buat kerja cepat cepat..." kataku pada diriku sendiri, aku tanam azam untuk hari ni tibe tibe.

"Tak ada bonus tak payah buat kerja cepat cepat, man man je." sampuk sahabat pada ku.
Bukan kah pekerjaan kite hari ini 1 Bonus?

Dr. H. Rusli Hasbi, MA

Allah SWT berfirman dalam surat Ali ‘Imran ayat 195:

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Artinya: Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonan mereka (dengan berfirman), “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain.” Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik.


**************************************************************




Pagi pagi lagi Boss aku dah mendekatiku...,
Boss Aku :: ' Y Asinov got something for you before he left..bla bla bla...I want you to come and see him with me "

Aku membuntuti.
Y. Asinov adalah salah seorang Boss Sangat Besar di Asia Pacific bakal tinggalkan d company 2 hari lagi, khidmatnya tidak di perlukan lagi di sini. Customer tidak gemarkan tindakan dia ambil dalam sesetengah kes. Kerja kerja dia...hmmm seseorang kenalah sambungkan nanti.

Aku di panggil ..."Eeee rezeki ke apa ni"?...detik kata hati ini.
"Tanggongjawab baru...amanah baru, rezeki baru, wowweee". Aku pasang angan angan.

Y. Asinov terangkan apa yang dia mahu aku buat. Aku terangkan semula apa yang Y Asinov harapkan dari aku di hadapan Bossku . Ops! tiada reward baru, hanya tambahan kerja sahaje bagiku. Ngek! Pedih sedikit ulu hati apa bila Boss sebut perkataan "tambahan kerja buat kamu"...

Suke ke tak suke?
a. Suke sebab aku dapat position baru, cabaran baru, bertambah 1 lagi pengalaman baru dalam resume. Yeay!
b. Tak suke sebab kerja aku dah bertambah seketol lagi. Ngeh ngeh ngeh.

Dan aku jua selalu percaya bahawa dalam hidup ini walau di mana sahaja anda berada,... apa bila Boss serahkan tugas kepada kite bermakna dia percayakan berkebolehan kite melakukan kerja itu. wink*

7:00 pm aku pulang agak lewat petang ini, aku tak ke tasik bersenam macam hari hari biasa, Rini [indian gurl yang selalu tersenyum ramah..aku senang bekerjasama dengan dia] mendekati aku di printer.
Rini :: "Y. Asinov ask me to help you whenever you get confuse with your new assignment".
Aku :: "Great, Thanks Rini"

Wahhh, Y siap bagi pembantu lagi untuk aku. ;))




Sunday, January 24, 2010

Lapar Larut Malam

Seorang lelaki aku kenali suatu waktu dahulu...menyapa

Lelaki :: Salam Ly,
Aku :: salam
Lelaki :: haritu kata nak nikah tahon ni ek.
Aku :: insyaAllah :)
Lelaki :: dah plan betol betol yea?
Aku :: so far dah pergi kursus...next mth nak book Hall.
Lelaki :: sedih plak dengar plan Ly ni...
Aku :: jangan la camtu...jangan la sedih
Lelaki :: ntah la...tahon ni rasa lain skit hati ni...kadang kadang rasa sedih, kadang kadang rasa dah boleh lepas semuanya.
Aku :: dah tibe waktunya...doa ly di makbulkan olehNYA ..mungkin
Lelaki :: Maafkan semua salah silap saya selama kenal Ly...saya banyak buat silap dengan Ly, saya doakan Ly bahagia kalau itu jodoh yang boleh membahagia kan Ly.

Aku biarkan perbualan itu begitu saje. Aku perlukan chicken chop sekarang jugakkk.


[ini chicken cheezy..bukan chicken chop...ooohhh shit!]

Moralnya :: peluang datang bukan hari hari...






Meleleh

Senaman untuk hari ini...senamrobik. Tak perlu bayar yuran untuk kelas aerobic, tak perlu keluar minyak pergi Tasik berjalan pantas. Dalam ruang sebesar ruang tamu, aku dah berpeluh berkuah ketiak.

Cuba la kalau nak kekal sihat.;)


Apa? Tak tahu nak buat steps macam mana? Gerakan saje, kaki, tangan, pinggang tu sampai habis lagu ni...nak joget lambak pun bole. Tak siapa tahu...;))

Apa? Malas...
Kalau di takdirkan esok lusa, doktor kata " awak ada sakit jantong ni..., tekanan darah awak agak tinggi dan kencing awak sunggoh manis...awak tak bersenam ke?

Berani nak jawab.."saya malas la dok".


Single atau Berteman

Semalam, hari Sabtu aku kerja...hari ini hari Ahad pun aku kena kerja. Yeiks! hari hari kerja? Membosankan sunggoh...sebenarnya hidup aku takla bosan...aku bukan kerja 7 hari seminggu setiap bulan, kadang kala saje...nak tambah pendapatan gitu. ;)

Sebelom pergi office hari ni, aku layan DVD haram...ops...haram di sini membawa maksod tak perlu belanje lebih2 ...kalau pegi tonton movie kat One utama, sure nak kena tambah kos makan makan dan berpoya poya kan...contohnya, terrrbeli kasut.Ehiks.

Jadi, tahon ni aku nak jadi pelanggan tetap DVD haram...bole kasi lu kaya la apek.Buekkk.
Hari ni aku tonton movie kehidupan "Up in the Air", pelakon utama George Clooney, ya, dia tua tapi aku suke dia, dia ada kelasss tersendiri.Senyuman dia miliki, manis sekali. Heee





George Clooney dalam cerita ni, kerja dia hanya pecat, pecat, dan pecat lagi ...pekerja pekerja di satu satu organisasi yang mengupah dia untuk memecat pekerja, di seluruh negeri di Amerika. Selain memecat pekerja, dia juga seorang penceramah motivasi anti comittment yang terkenal. Motivasi supaya anti comittment...ahaks. Giler punya bangsa.

Dengan gaya hidup dan career yang dia lalui, dia perlu terbang ke sana dan ke sini... memang la dia anti comittment kan. Bayangkan berapa banyak negeri ada di Amerika tu? Dari satu negeri dia terbang ke negeri seterusnya.

Dia selalu travel, dia tiada alamat rumah, dia tiada girlfriend, dia tiada kereta, dia tinggalkan keluarga,kakak dan adik perempuannya, dia tiada comittment....yang dia ada hanya... office dan frequent flyer card.Unik?

Ha'a bunyi macam best, macam unik tapi kasihan la.

Di hidup di udara dalam kapal terbang je. Tidur di bilik hotel. Setiap kali nak pergi kerja kena kemas back dan bawak dalam luggage. Ada ke manusia macam ni dalam dunia nyata yek? Bunyi macam best kan? bole terbang ke negeri negeri yang kite suke, bole tengok negeri tu negri ni,bole amik gambar banyak banyak di Miami, Omaha, Las Veas...tapi bahagia ke kalau terbang sorang sorang? Pecat orang? Terbang lagi...pecat lagi.

Kasihan.

Nak di jadikan cerita, Clooney bertemu dan berkenalan dengan seorang perempuan bernama Alex. Wanita berkarier, meeting sana sini juga. Hubungan mereka dari casual menjadi intim. Mereka terbang dari satu negeri ke satu negeri dan bertemu di satu destinasi kerana akhirnya Clooney jatuh suke pada Alex. Sejak berkenalan dengan Alex, Clooney mula tersedar makna sebenar kehidupan, kematian, keluarga, teman, kanak kanak, dan kesunyian.

Di pendekkan cerita la yea, part sedap dalam cerita ini yang aku suke apabila adik Clooney nak kahwin, tapi last minutes bakal suami adik dia berubah fikiran dan tak mahu kahwin.

"What is the point of marriage?"

si Clooney yang memang anti komittment ni pulak bole stuju dengan ide bakal adik ipar dia tu...menjawab " Yes! whats the point of marriage?"
Dia sendiri pun pilih untuk hidup sendirian dan belom berkahwin, nak kena nasihatkan adik ipar dia pulak supaya teruskan perkahwinan. Lawak kan?

Kakak Clooney mintak dia nasihatkan bakal suami adiknya perempuannya. Adik Clooney berpakaian gaun pengantin sedang kesedihan.Clooney yang tidak pernah wujud dalam kehidupan adik dan kakaknya terpaksa mengambil peluang dalam keadaan itu untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya seorang abang yang mengambil berat.

Clooney katakan pada bakal adik iparnya ,
Clooney :: " cuba ko fikir, ko balik semalam sebelom ko fikirkan perkara mengarut ni semua, ko tido di mana?
Bakal adik ipar :: di bilik... sendirian
Clooney :: ko tak rasa sunyi?
Jim :: sunyi.
Clooney :: Hidup ini lebih baik berteman kan?
Jim :: betol...apa harus aku buat? [ pesal la lelaki selalu bengap kan...hikhik jgn marah lelaki]
Clooney :: pergi dan dapat kan dia

Sebaik sahaja bakal adik iparnya bersetuju berkahwin, Clooney teringat akan Alex lalu terus berlari mendapatkan penerbangan ke Chicago mencari Alex. Di Chicago, Alex seorang perempuan yang tidak pernah matang dan sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Alex yang menyangka hubungan mereka tidak mempunyai hala tuju sebagaimana di persetujui Clooney...rupa rupanya dia silap. Alex memang perempuan yang betol betol tidak mahu jadi matang.Alex memang perempuan gedik. Yaiks!

Akhirnya Clooney sendiri tersedar bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahukan dalam hidupnya.

Moralnya :: dalam hidup ni, bukan lelaki sahaja jahat ye... ada jua perempuan bengong. Begitu camtu?







Saturday, January 23, 2010

Yang Patah Tumbuh

Yang Hilang Berganti

6:30pm, Zan datang rumah kutip aku dan sahabat. Kami ada activity di Kotak Merah malam ini.Yeay!

Rancangan di kecohkan sejak hari Khamis lagi...tibe tibe,

Jack, satu satunya jejaka Malaya tetap group karok kami tak dapat turut serta acara melalak dan berdansa malam tadi. Alasan saat saat akhir di berikan oleh Jack, "kena bawak emak shopping di pasar malam ini. "Makcik suke shopping memalam eh makcik".

Kurang seorang korum ahli kelab kalis kutuk...aku hilang mood tibe tibe dengan penarikan diri di saat saat akhir Jack. Aku hilang mood bukan sebab Jack, entah kenapa tetiba je aku tak ada mood nak melalak.

Walaubagaimana pon, mood ku berubah di hujung hari apabila ada khabar berita si Ejols bakal bawak Shah dan makwenya barunya turut serta mengantikan Jack yang tak jadi datang. Karoke yang pertama kalinya dalam tahon 2010 nie.

Dalam perjalanan ke KL, hujan turun agak lebat, hari Jumaat merupakan hari hujong minggu yang menyebabkan kesesakan lalu lintas menuju ke KL agak luar biasa dari hari hari biasa. Agak lama duduk di dalam air cord, aku jadi kurang selesa bukan hanya kerana kesesakan lalu lintas, tetapi sebabkan body odor sahabat yang agak kuat. Sahabat mempunyai masalah body odor yang agak..eh bukan agak...sangat amat kuat. Aku tak tahu bagaimana nak menjelaskan pada sahabat tentang masalah peribadi yang memalukan ini. Aku tidak tahu bagaimana harus aku menyusun ayat menegurmu agar kamu perbaiki kelemahan itu.

Aku mula pening pening lalat, walaupon aku cuba berbual bual dengan Zan untuk mengalihkan tumpuan namon ianya gagal.Oh Tuhan!.

Aku jadi mual. Aku tidak tahu bagaimana untuk membantu Zan yang juga merasai keadaan yang tidak selesa itu. Aku hanya diam dan menahan diri.Aku teringat parfum miniture sample di berikan semasa kakakku menghadiahkan Dolce & Gabana Rose the one parfum dulu. Aku sapu sedikit di celah idongku. Aku tidak pandai berterus terang bimbang sahabat bekecil hati.
Parfum terpaksa aku perlakukan macam minyak cap kapak.

Aku rasa lega giler apabila dah sampai di kotak merah. Lagu M daud kilau jadi lagu kegemaran ramai rupanya..."Senyum la senyum la hai hai cek mek molek"...lagu ini di putarkan 2 kali ok.Sahabat sahabat terkena sawan penangan M daud kilau Selayang di majlis persandingan anak buah aku Hisham ahad lalu. Ada yang tak puas berdangdut rupanya. Gasak...hahaha. Kawan kawan aku memang giler lalak dan dansa dlm kotak merah.Sile maafkan mereka.

Shah, rakan lalak si ejols bawak malam tadi juga miliki suara yang sedaps. Arghhh. Aku akui, suara shah memang sedap, sebijik suara penyanyi band Indon.Wahaha. Shah ada ajak aku berduet dendangkan sebuah lagu...aku bayangkan suara aku sedap jugak la masa tu walaupon aku tahu rakan rakan yang lain mendengar penoh derita. Hahaha...

Aku penat meneran memikirkan lagu apa yang bakal ku dendangkan...akhirnya lagu Alyah di Anugerah Juara lagu , bukan kerana sayang...menjadi pilihan hatiku. Lirik lagu yang puitis sangat sesuai aku tujukan khas buat seorang sahabat yang masih melekat dalam ingatanku.


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

***************************
12 malam, sesampainya aku di rumah, aku terima sms dari sahabat baikku..." Sultan Johor mangkat tadi masa kite melalak tadi".

Al - Fatihah...

Thursday, January 21, 2010

Memetik bunga di taman



[yang berdiri itu Wie]


Saje aku mengusik, tak sangka pulak terdengar berita gumbire dari Wie...Aku tumpang bahagia.

kalau dah jodoh, semuanya boleh berlaku sekelip mata. Jodoh pertemuan ajal maut menang di tanganNYA yang maha Kuasa. Berkenalan sekejap, dah nak bertunang bulan depan. Bagos sunggoh...

Aku akur, sesetengah manusia dikurniakan dengan kehidupan yang mudah.

Aku rasa macam baru lagi aku serahkan no handpone si amoi kepada si jejaka.Mereka berdua umpama adik adik kepada ku. Dua dua manje, dua dua macam lemah lembut sopan santun orangnya.

Hari ini aku dapat tahu dari si amoi, si jejaka dah nak masok meminang Feb 14 bulan hadapan. Gembirenya rasa hati aku, tak ku sangka dari usik mengusikku...rupanya usikan jadi kenyataan. Aku yang teruja sebab aku yang jadi Mak Bedah orang tengah pengikat kasih.Auw!

[Di majlis perkahwinan Nadia...Blue]

Kalau bukan dengan izinNYA, bercinta la bagai nak rak, merancang la bagaimana rupa sekali pon, menangis la air mata darah, mata bengkak sampai boleh naik bute...manusia hanya mampu merancang dan berusaha.

Menariknya, kisahnya bermula...tahun lepas 2009 tak silap aku, ramai ramai kami ke Cyberjaya untuk amik offer letter yang di tawarkan company baru kepada kami. Aku waktu itu berhasrat tumpang kerete si jejaka untuk balik semula ke office kami di Bangi. Sambil menunggu rakan rakan sekerja yang lain, si amoi terhuyung hayang mencari teman temannya. Si jejaka ada di sisi ku memerhati...aku usik " awek cun Jamil...apalagi" Jamil tersipu, gitu rupanya si pemalu. Faisal " ko tak nak ...aku nak je" usik si Jawa teman sekerja Jamil.

Amoi berlalu pergi...jamil masih gugup dan terus malu malu. Aku sengaja panggil Amoi berbual dekat denganku. Mata jamil tak lepas memerhatikan si amoi..." kalau mahu katakan mahu". Amoi malu, wajah putih bersih bertukar merah dan teros berlalu, beredar pergi.

Memandangkan waktu berbuka puasa hampir tibe, dan semuanya berkumpul, aku mengajak Jamil ke pasar ramadhan Putrajaya membeli juadah buka puasa kami . Hari hujan, jalan pulak jammed. Aku masih ingat, sewaktu nak membeli juadah hari hujan petang itu lebat sunggoh. Jamil memayungkan aku sehingga kederetan kedai jualan...Hormat sungguh dia pada kakak berusia seperti ku. Ahaks..berusia kunun..hahaha.

Dalam perjalanan selepas membeli juadah, Jamil dalam diam, tak henti henti minta no telephone amoi dariku. Waktu itu aku tak ada no telephone amoi. Kalau ada sekali pon, aku teringin melihat kesungguhan hati anak muda yang satu ini.

Esoknya dia minta lagi...begitu juga kelusa dan tulatnya hari.

Jamil " kak, bak la no wie"
Aku " cuba ko sebot nama penoh dia dulu, mana la tahu dah jodoh ko nikah dengan dia"
Jamil " apa nama penoh dia?"
Aku " mana akak tahu, ko kena la call tanye dia"
Jamil " haa ye la, bak la no tipun dia ..nak tanye ni"
Aku " nama dia panjang tau...tergeliat lidah ko nak akad nikah nanti"
Jamil " apa nama dia...?"
Aku " Shuxxxxwie Swaxxxxri Nazri"
Jamil " habis la saya kak camni..."
Kami tergelak.

Siapa sangka kan, sirih junjung bertandang jua ke rumah Wie tak lama lagi ...Alhamdulilah ;)