Kain untuk pengapit perempuan telah lama aku berikan.
Baju Melayu LILAC buat pengapit lelaki, aku plan nak pinjam je dari sahabatku, Zack.
Petang tadi, misi aku hanya 1...nak jumpa Zack, nak amik baju melayu LILAC darinya dan pinjamkan buat pengapit lelaki persandingan ku nanti.
Itu je fokus aku untuk hari ni.Aku tak ada pikir perkara lain. Fokus habis.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Pagi tadi chat kejap dengan Adoy.
Aku "wooot wooot "
Aku "ko kat kampong eh?"
Adoy " A'ah...korang lepak2 tak ajak aku eh..kecik ati"
Aku " elehhhhhhhh, ko balik kampong ada ko ajak aku? Hahaahha "
Adoy " ko kawen nanti pakai baju apa Ly?"
Adoy " ko pakai gown eh?"
Aku " gownnnnnnnn????????? hape..ko ingat aku cino?...wahahahaha"
Aku " nape ko tanye?"
Adoy " ko pakai apa? nanti aku nak pakai ikot tema, kang aku pakai ala ala koboi kang..lari topik plak"
Aku " weh, ni majlisa ku la..ko ingat ko datang annual dinner kompeni ko ke?"
Aku "hahahahahha"
Adoy " ko pakai baju apa?"
Adoy " ko pakai veil la...cantik"
Aku " aku pakai baju kurung kedah, dengan veil panjang berjela sampai Sg petani...hahahahaha"
Adoy " hahahahaa memang vongok la makcik niiiiiiiiii..hahahaahah"
Aku " dah dah, malas layan ko, aku nak pi dapor masak"
Aku " daaa..."
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
Seperti di janjikan, minggu lalu....zanos amik aku di rumah pukol 3:30 petang tadi.
Nak amik kek coklat berkuah lebih dari BFF aku katenyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
zanos " saya tak hingat sangat jalan ke rumah kak zai"
eceh!
aku dengan tulus ikhlas.
Kiri, kanan, kiri kanan, lepas trafik light kiri, kanan, kiri masjid, teros nampak bomba..eh Angkatan Tentera Kem kanan, lorong yang pertama
Sampai la kami depan umah BFF ku petang tadi
Aku bagi salam...
tersembol wajah anak buah ayom " sat yea..panggil mak lang"
Aku duduk senget atas motor di luar rumah. Rasa macam Saloma sekejap. HEEE
tak lama lepas tu BFF aku tersembol keluar.."eh meh la masok"...
tak sempat duduk betol betol bontot aku nie...dia dan keluar balik
kemain bergaya dia keluar dari dapor dengan sling bag di bahu dan terkedek2 bawak 2 kotak kek
Dengan pantas selipar leper di sarung dan kami teross....
dengan pantas, bertolak ke rumah sahabat ayom " house warming katanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee"
"Apa cite best zai?" tanye ku
"Hmmm...tak de aku tengah sms ni" dia marahnya aku
Aku terasa kelainan,BFF aku yang sorang ni becok, pehal hari ni lain macam?
Aku tak puas hati...aku soal lagi
"rumah kawan ko kat FRIM ke zai?" siasat ku lagi
"depan lagi " balas dia
{{ sunggoh tak menjawab soalan oke}}
zanos sebagai pemandu terhormat "teros lagi ke kak ?"
Aku " kalau jalan ni ko teros boleh sampai ke Ipoh tau zana...tambah2 kak zai ko yang bagi direction...jalan balik ke rumah dia pon bole sesat!!!"
wakkakaakakaka bantai gelak.Gelak dia pon aku rasa macam lepas kena cucuk botox.
Tibe tibe zana masok Taman Metropolitan.
Zanos "Kite lepak tengok orang main layang2 dulu lah kak."
Aku " Mana ada rumah orang kat sini woi?Pehal kite pi sini dulu? Bukan ke lepas makan2 kat umah kawan kak zai"
Ayom " umah kawan aku kat sana la tu"
Dua orang pakcik, uncle dan apek tibetibe mengusha Ayom yang terkedek2 bawak kek 2 kotak
Apek " waa bring cake, celebrate bufdayy"
Uncle " happy bufday and henjoy haaaaa"
Aku dah tersenyum kepot2.
Ayom tibe tibe bersuara " Ko tolong bawak kan kek ni satu Ly"
Aku " ko bawak sendiri...ko nak bawak aku pegi mana nie" {{ aku dah tahu ada somethin korang nak kenakan akukan!!!!}}
Hujan mulai turun renyai renyai
di tepi tasik tempat orang memancing, aku dah nampak Mat Fotog amik gambar. Si Adoy pon ada.{{{ bukan ke pagi tadi aku chat dengan Adoy, dia kata dia kat KAMPONG??? }}}
Cilakok korang!!!
HAMPEHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
korang tipu aku...hahahahahaha aku dah agak dah!!!!
bile Ayom membisu dan tak menjawab soalan soalan aku,
bile Ayom pakai selipar huduh nak ke house warming,
bile zanos berbual dalam telefon dan berjalan jauh dari aku,
Semuanya sandiwara belakeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Geng Jahanam " Party bujang ni pon untuk ko jugak sebelum ko bergelar ISTERI."
huhu
Anyway, terima kasih kepada BFFku yang buatkan kek coklat sedap 2 ketol..repeat 2 ketol ok. Terima kasih tak terhingga dengan MasterMind atas sokongan menjayakan gathering bujang suprise ni dan melantik Ayom dan zanos menjadi watak utama penipu terhebat. Terima kasih pada ejols,Adoy, Zack kerana bawak rambotan, pisang, anggur donut J co, Mash potatoe, air kotak, air botol, air bunga, ICE CREAM Cornetto size besor yang di amik dari ALMARI sejuk wahahahahahahahahahaha hahahahaha hadoiiii aku boleh gelak sampai tahon depan oke bab nie, botol CHAMPEN dan munchy2 yang banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. Thanks yall!
Aku terharu.
Sape Master mind ni haaaaa???
nota penting : walaupon cik LOLA duk Selayang bertahun, baru 1st time cik LOLA duk lepak piknik makan koci kat Tmn Metropolitan oke. Sadis gaban.
No comments:
Post a Comment