Friday, November 26, 2010

Agak Kecewa


Kad jemputan bakal ku layangkan...Tungguuuuuu ;))


Design dah cantek kan?


Cantek tak? Bagi aku cantek, aku sukekkanya...Encik T sangat memahami cite rasaku.
Melayan perasaan S.s sekejap :))

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

Hari ni aku tak sihat, sejak jam 4:00 pagi, aku di serang kesakitan
Penyakit orang perempuan.

Sakit aku alami kali ini sangat sakit dari biasa. Tak pasti faktor apa. Yang pasti badan aku sakit sekali. Sampai rasa nak muntah muntah. Otot mengigil gigil menahan kesakitan.

Nak kata aku tak amik vitamin tambahan seperti EPO dan Lecithin. Aku amik. Semalam baru telan 1000mg. Tapi baru semalam la aku telan semula setelah kehabisan bekalan. Hekz.

Raut muka kalau dah sakit, toye, ketat macam dinding.

Aku ada janji dengan kawan kawan nak dinner bersama lepas kerja hari ni. Mentang-mentang gaji beribu ribu dah memenuhi account masing masing, kena lah reward diri sendiri selepas penat lelah bekerja sebulan. Aku tak larat. Serius. Aku cuba untuk berehat tapi kawan kawan asyik menghantar text kat aku ajak pergi jugak tak henti henti.

"Ko jangan layan langau besar kat rumah ko tu" kata BFFku. Wahaks.

Nak tergelak tapi aku senyum sinis sendirian. Tak larat sangat ok nak senyum. Maka aku batalkan niat teros kerana aku tak cukop tido. Bukan kerana aku sakit sangat tapi aku serius tak dapat tido ok.


Aku kalau dah sakit boleh menumbuk muka orang wa tell ya. So be extra careful ladies. :))

Encik tunang datang bawakan makanan dan bekalan keperluan aku selepas solat Jumaat. Kad jemputanku pon dah siap, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Satu lagi kekecewaan melanda. Kad jemputan yang di hulurkan oleh encik tunang ku harapkan cantek mengikut kehendak hatiku....agak menghampakan.Encik tunang mohon aku bahagia dengan kad yang di designnya dan di printkan. Aku tak mampu mempamerkan wajah ceria gumbire bahagia melompat-lompat puas hati. Aku tak mampu...

Aku memang suke sangat dengan design encik Tunang, tapi semua hancur hampa apabila Mat Printer tu print ikut suke mak ayah dia je. Frust ok.

Mana kan tidaknya...lain yang aku inginkan, lain pulak jadinya.

Apa pun rupa dan keadaannya, aku terpaksa terima. Dah tak ada masa ...lagipun aku tak suke membazir.


:|

Apa lagi yang belum aku selesaikan?


No comments:

Post a Comment