Hari ni hari Ahad....hari aku bekerja.
Setiap bulan 6 haribulan, tak kisah lah jatoh hari apa...aku kena berkerja.
9:30am...
Nasi dagang, lauk ikang, paru goreng sambal sikit dengan teh tarik bersama
mee goreng, telor mata 2 ketol dengan kopi ice.
$12.50
MAHAL TAK?
Aku nampak kak Indon tu tekan $1 utk seketol telor mata.Cit!
Encik tunang kata " tak mo ar makan sini lagi"
Muktamad.
**************************
Di office, aku sampai dulu. Aku nampak Encik T duduk depan PC.
Aku teros mula buat kerja.
Encik T teros bangon dan buat kerja juga.
Mak Yong masih dalam perjalanan sebagaimana text di berikan kepadaku.
tak lama lepas tu...Puan Yang pulak sampai dengan wajah berseri seri.
Puan Yang bakal dapat menantu pertama pada 27 November 2010 nanti.
sambil tangan ligat mengesahkan print out di buat oleh Encik T, molot aku becok berbual bual.
"Dah siap persiapan majlis perkahwinan anak Puan Yang?"tanye ku kepochi..HEEEk aku kan peramah. :P
"Tula...ni kak Yang baru balik dari Nilai 3 ni, habis 1 ribu beli bunga telor,... langsir bilik siap jahit 2 ribu"
Aku " Fuyooooooooooooooo....perghhhhhhhhhh patutla wajah berseri2..excited yea"
Kak Yang " anak perempuan sulong Ly, maknya yang lebih"
Aku korek korek lagi ...aku tahu Puan Yang suke cerita2 cenggini .."Pelamin amik sape Kak Yang?"
"Ni ha..si Along dia pakai booking je RM100, invoice di hulurnya kat kak Yang..jadi tukang bayau. Habis selesai bayar Rm5 ribu.
Aku " Fuyoooooooooooo..mahalnya pelamin saje ke kak Yang?"
Kak Yang sambong " meh sini kak Y tunjukkan sample pelamin cousin dia kawen hari tu...cousin dia Doktor, mak ayah Majestreet... dia pun nak pelamin camtu jugak..tapi Kak Yang ni bukan Majestreet...hekhekhek"
Aku " Fuyooooooooo hebat la anak kak Yang...anak kak Yang keje apa ek?"
KakYang " Alongkan grad engineering...bakal menantu pun sama, jumpa masa study la tu"
Aku " mana kak Yang gambo pelamin???...dia jumpa kat mana pelamin dia suke tu?"
Kak Yang " dalam blog je...kak Yang dah habis bayar settle..malas hutang hutang la"
Aku mengusik " nanti Ly nak amik gambo pelamin cantek la Kak Yang."
*****************
si Mak Yong plak menyampok " tak rase membazir ke kak Yang amik pelamin mahal2 nie?"
Kak Yang " alamak! betol la Angah kata...MA ni membazir je..mahal yek...kak Yang ingatkan harga zaman sekarang"
Aku " tak pe la kak Yang...Kak Yang kan baru dapat duit KWSP..kecik punya hal tu..janji cantekkkk"
Kak Yang "Lagi pon termasok hiasan bilik tidor jugak...kak Yang dah habis bayar pon"
Aku baru paham " OOooooOOo kalau siap hiasan bilik tidor semua ok la Kak Yang...ingatkan pelamin semata."
Kak Yang " adesss legaaaa hati dengar korang cakap O.K..kalau tak kak Yang dah susah hati dah"
OPS!
:: berhati2 ye adik adik apabila berkata kata dengan orang tua...cepat aje mak risau!!! ::
Kak Yang melambai aku mendekatinya "Ly meh tengok ni..belanjawan majlis perkahwinan anak kak Yang."
Aku terlopong melihat jumlah tertera " setakat ini 21 riboooo"
Aku sakan bertanya lagi "ni majlis sebelah kak Yang je kan...sebelah lelaki buat?"
Kak yang " eh mestila buat...buat kat KELATE"
Aku " OOooooOOooo"
:: PENGORBANAN ibu buat si ANAK. ::
Kak Yang plak sakat aku "Majlis Ly camne? pelamin amik siapa? bunga telor dah siap?"
Aku " Majlis Ly kecik je Kak Yang, Ly bayar je pada Wedding Consultant..dia siapkan"
THE END
Hiks...Jahat aku kan...aku malas nak cerita lebih2...biarlah rahsieee sehingga tibe harinya yek ;)
********************************
Realiti dalam hidup, kite mesti banyak berkorban.
Jika tiada harta, kite boleh korbankan tenaga, MASA dan mungkin perasaan sekalipun PAHIT.
Hakikatnya memang sakit, namun jika Allah s.w.t itu menjadi matlamat, perasaan dendam dan benci akan di lontar jauh jauh.
Jangan benarkan sedikit ruang pun bagi hasa dengki atau hasutan syaitan di hati.
Dan pasti Allah s.w.t Maha Melihat segala pengorbanan yang tidak sia sia itu.
{Petikan dari tulisan bertajuk : Teruskan Berkorban - Maj. Solusi Edisi 25}
auww cik Lola.. mahal nye.. kak yang nak kawin ke or anaknye wedding.. ehem..
ReplyDeleteKali ni majlis anaknye ler ms Pancake...slurpssss terbayang kambeng golek sudeyyy
ReplyDelete