Kehadapan adik adik,
Dulu Buduriah dengan Milah sama sama bujang, pindah menyewa rumah sama sama, tonton wayang sama sama. gelak ketawa sama sama. Buduriah belikan makanan kalau Milah malas keluar. Milah masakkan nasi goreng apa bila Budu lapar.Sakit pening sama sama ambik berat. Waktu tu masing masing masih bujang dan masih remaja. Nak gelak ketawa mesra dengan sapa lagi kalau bukan dengan kawan kawan. Nak gelak ketawa dengan adik mak, mereka jauh di kampung. Gelak dengan pintu kang, di panggil si Bengong plak kan. Jadi, adat berkawan... Bile dah berkawan, biasa la....sekali sekala tentu ada salah faham. Milah, cantik tinggi lampai pembersih orangnya. Lembut pada wajah agak tegas pada pendirian dan suke berterus terang. Buduriah pulak sederhana orangnya, peyayang, suke amik berat terhadap kawan kawan tapi agak malas, kurang menjaga kesihatan diri dan kurang pembersih. Sekali sekala, Milah sebagai kawan tegur akan kelemahan dan sikap Buduriah demi kebaikan Buduriah juge Bait2 tak berkenan mula sikit demi sedikit tersumbat didalam dada. Adat berkawan, di tegur kadang-kadang boleh di terima. Kadang kadang di buat endah tak endah. Kite tak buleh nak merubah seseorang, tapi kite la yang kena berubah. Milah belajar menerima seadanya dan menyimpan yang tak sedap di pandang dalam hati. Namon hati perempuan...
Masok tahun baru, masok pulak seorang kakak bekerja di kompeni yang menumpang menyewa buat sehari dua.Nak di jadikan cerita, kakak terpaksa menyewa setahon dua. Dari situ kakak menjadi pendengar setia buat Milah, kadang kala buat Budu juga. Bagi kakak ke dua duanya sedang menuju kealam kedewasaan. Kadang kala jiwa orang muda tertekan tentang masa depan, kadang kala wujod emosi keliru, ada kala juga menangis kerinduan akan kekasih hati yang jauh dari mata.
Hidup menyewa bersama sama, mereka bertiga sama sama bantu membantu dan berikan sokongan antara satu sama lain.Elok elok saje.
Satu hari, berlaku salah paham paling kritikal dalam persahabatan Milah dan Buduriah. Bagitahu Milah pada kakak suatu hari.
Satu malam Milah luahkan isi hati pada kakak. Milah kata "sejak pertengkaran itu, Milah memang tak boleh dah menerima Buduriah sebagai kawan, bukan kerana membenci, tapi kerana sikap Buduriah yang mendesak dan merimaskan". Kakak mendengar penuh perhatian. Kakak nasihatkan Milah terus kan kehidupan macam biasa. Masih muda bagi kakak Milah matang orangnya.
Tapi Buduriah masih terasa sehingga ke hari ini. Buduriah tak mahu memahami perasaan dan gejolak hati Milah waktu itu.Sudah meningkat dewasa, tapi kadang kala, Buduriah membenarkan emosi menguasai diri dan bersikap keanak anakan.
Bulan July yang lalu...
Milah di pinang orang. Kini Buduriah di tinggalkan keseorangan.
Buduriah meluahkan perasaan pada kakak suatu malam yang damai. Hati terkilan persahabatan yang dulu akrab dan mesra tak boleh di perbaiki lagi. Buduriah mengharapkan Milah menjadi sahabat yang mampu berdebat, bergurau senda, salah faham dan kembali mesra. Buduriah lupa, kite manusia tak boleh merubah manusia lain menjadi manusia yang kite kehendaki, mengikut acuan yang kite mahu... kite yang mesti berubah.
Buduriah kena menerima diri Milah seadanya sebagaimana Milah menerima kekurangan dan kelemahan Buduriah selama ini.
Milah menerus kan perjalanan hidup sehari hari dengan suami tercinta penuh bahagia. Alhamdullilah.Namon, Buduriah masih mengharapkan kemesraaan persahabatan yang dulu kembali semula.Pelbagai cara di lakukannya. Di tegurnya Milah di pejabat, di usiknya Milah semata mata mahukan kemesraan itu kembali. Milah kerimasan.
Kakak nasihatkan Milah agar banyak banyak bersabar.
Kakak nasihatkan Buduriah agar melepaskan saje perasaan itu pergi.
Hidup ini banyak lagi perkara yang perlu di pelajari dan di terokai. Kejarlah matlamat hidup yang ada depan mata bukan mengejar persahabatan/perhubungan yang telah tiada.
Terima lah kenyataan. Manusia tidak sempurna. Perkara yang berlaku bukan hanya kerana salah faham yang pernah terjadi sahaje.
Ianya lebih dari itu. Maafakan lah dan lupakanlah.

No comments:
Post a Comment