Saturday, November 6, 2010

Kompang pang pang pang

Hari tu, aku cuba buat kelainan sikit dari biasa untuk entrance event perkahwinanku nanti
Tak mahu KOMPANG, mahu QUARTET.cewah!

tibe tibeeeeeeeeeeeeeeeeee
ada suara suara sumbangan kedengaran...

ehekz
"dari mana pulak budaya QUARTET ko bawak masok ni dik oiii..."
"Kalau tak ada kompang, tak meriah ar dik...Kompang mesti main LIVE, kompang dari CD player pon tak best ar dik...bla blabla bla la laaaa laaaaa ".

eh eh! yea tak yea la, dulu arwah abah pun sangat aktif main kompang kan dengan kawan kawan
maka aku teros dial no hp anak buah ku di Kg N.

Acik " Rel, bape rm kompang geng ko ek?"
Arel "main kat mana Acik?"
Acik "kat Putrajaya..bla bla bla..korang pakai seragam baju melayukan?".
Arel " Dia orang mintak RM^^^...acik bagi duit booking, sebagai confirmation. Nanti Arel uruskan...bagi alamat penoh"
Acik " Wokeh. Set "

Okeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy my dearest sistah and brotherhhhh.
Aku dah booking KOMPANG oke..Hepi? :))


mari berkenalan dengan KOMPANG.

Kompang ada lah sejenis alat muzik masyarakat Melayu yea. Di palukan di majlis majlis terutamanya dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Alat muzik yang di lahir dari tanah Arab ini dan di bawa masok ke dalam masyarakat Melayu kite sejak zaman kesultanan Melaka oleh pedagang India atau melalui tanah Jawa pada abad ke 13.
Permainan kompang melambangkan IDENTITI sesuatu bangsa yang mempunyai nilai kesenian tersendiri.
Sehingga kini kompang masih di gemari menjadi alat muzik utama mengarak pengantin di majlis majlis rasmi perkahwinan.

Weeeeeeeeeeeeeeeeee
images from GOOGLE

well gurls, up to cite rasa masing2...nak kompang ke, tak nak ke, nak berarak ke tak nak ke.
aku masih tetap mencuba memyediakan yang terbaik buat majlis ku yang satu ini....HEEE

Apakah perasaan aku sok bile kena arak eh..sure semua mata hitam puteh memandang ke arah kami.
Ehiks...GIGILLLLLL...


No comments:

Post a Comment