Saturday, November 27, 2010

Tahniah Pengantin Baru


Bertindih- tindih majlis perkahwinan hujung2 tahon 2010 ni kan.

Pertama.

Hari ni adalah hari pernikahan Junior ku di Sungai Petani - Jamil & Syuwari Syazwi Nazri
Nasib ko la jamillll...harap2 lafaz nikah ko tak banyak kali. Berbelit lidah hakak nak sebut nama isteri ko haaa.Ehiks.

Tahniah buat kamu berdua. Doa hakak kamu berdua hidup bahagia, bertolak ansur, sayang menyayangi sampai tua yea....Aminnnn :))

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Ke dua.

Hari ni juga adalah hari persandingan anak sulong kakak Senior Kak Tie N di Kampong Lombong.

Melalui SKVE aku amik encik T yang baru balik dari kerja. Sekotak kad jemputan di hulurkan dan di sumbatkan ke dalam kereta sport ku..Huhuuuu sport la sangat. Pehal banyak semut tetiba dalam kereta nieeeeeeeeee?? Adusss....
Rungut aku setibanya nampak muka Encik T sambil menyapu2 semut di bahu encik T.

Sebenonya saje nak bagitau minah Tol, ni ha bakal isteri encik T. Wahakssssssss.
Encik T suke menyakat aku dengan aksi " halamkkk minah2 tol ari nie cun la pulokkkkkk.

Wakakakaka...gedik kan! Saje aje aku bagi mukadimah untuk bermanje..wahakkkksss. Bole pengsan gueh dengan ini adegan.Weeeeeeeeee

Sekian. Sesi mengade-ngade tamat.

Kami menyusuri jalan berdebu menuju ke Kampong Lombong. Jalan yang tak pernah kami lalui sebelum nie. Selalunya kami suke amik high way. Lajuuuuuuuuuuu.Tapi sebab nak short cut kot, encik T amik jalan dalam.
Kiri kanan jalan penoh dengan pokok kelapa sawit. Sekali sekala aku terasa gak seram. Maklum la kawasan estate.Estate kan terkenal dengan...jeng jeng jeng. Isk!

Aku terpandang sebuah rumah di penohi dengan canopy berwarna maroon dan kuning Gold. Glam you!
Sampai je di rumah pengantin, aku teros nampak Kak Tie N menunggu tetamu depan pintu pagar. Salam salam jangan tak salam. Salam kena ada isi, kalau tak ada isi tak dapat makan nanti. Bole ke camtu? Ehiks...
Wah! wajah bercalit makeup anggun kakak senior kite petang tadi, nampak cun lagi elegente gitu. Wahaks.

Salam keruk, barulah dapat masuk. Hikhik Pantun dua kerat kau! ;)

Tak pandang kiri tak pandang kanan aku lihat pengantin dah berada di meja beradap. Ku renung kembali kad jemputan di tangan. Oh!ketibaan pengantin pukol 2....bukan pukol 1 macam majlis majlis biasa biasa yek. Doa di bacakan panjang lebar oleh pakcik saudara di pembesar suara.Aku terpacak depan deretan tray tray makanan dengan sabar sambil mengintai intai kawan kawan office yang dah sampai. Tak nampak pulak wajah wajah yang aku kenali. Perot dah berdondang sayang. Lapo ok. Dalam hati tertanya2. Mana kambing goleknya????Hmmm...

Tak pandang kiri kanan lagi, nasi hujan panas, daging masak rendang, ayam goreng berempah, kuah dalca, buah tembikai, air anggur jadi juadah makan tengahari ku bersama encik T.Aku sms Lindah " x nampak pon bayang kambing?"
Balas lindah " ada kat khemah depan tu"
Aku text semula " Oooohh jauh, malas la nak amik"

Bole camtu?

Tibe tibe tengah sedap ngap ngap ngap {wah!sound effect pun ada dalam ini cerita..hahaha}}....
aku terima text lagi dari G " Khyusuk makan yea".
Aku balas " Ha'ah ko kat mana?" { aku kalau dapat makan memang Fokus..hahahaha..jangan mareeee}
Aku toleh belakang nak amik bubur kacang sebagai pemanis molot.Hampeh betol, si G sekeluarga ada di meja belakang ku. Hikhik.

Licin sepinggan nasi hujan panas bermacam macam lauk dengan bubur kacang sebagai penutup. Weh! ada mee hoon dan mee rebus la pulok woi! Mak diet, so mak Pass! Hahahaha... dalam pass pass sempat jugak aku capai Lolipop kaler hijau untuk kanak2. Wahahahahaha...

Aku beredar selepas menjeling pelamin pengantin. Mereka sanak saudara sakan berposing buat kenangan bersama pengantin. Meriah betol. Aku dan encik T melangkah pergi dengan ole ole di beri. Ucapan terima kasih banyak dan tahniah buat ibu pengantin kerana sudi menjempot ke majlis anakanda sulong beliau.Nak balik nie...dapat lagi ole ole...wah! banyak jenis betol door gifttttttttt di beri kak Tie. Yeay!

2 minggu lagi, majlis Purple kami puleeeeeeeeeeeeeeeeeeee yea. Jangan Lupa Datang tau! ;)






No comments:

Post a Comment