Sama kaler dengan baju hari raye haji aku hari tu kan..Hihi...
Pagi tadi breakfast dengan Dianos di kedai makan berdekatan dengan playhouse. Macam biasa, aku dengan Dianos memang ngam. Kami rapat, macam macam cerita kami kongsi bersama. Kisah kehidupan bakal di lalui selepas pernikahan nanti jugak menjadi salah satu topik perbualan. Biasa la orang perempuan, kawan kawan saje tempat meluah perasaan dalaman. Kalau luah perasaan dalaman dengan adik beradik, sure feel dia lain. Mahu kena pandangan senget dik kakak2. Hiks.
Sambil layan news paper hari minggu, terselit jugak kisah semasa sahabat2 terdekat. Si anu masih lagi dengan si siti ke? Si Anu jadik ke tawen tahon ni jugak? Si Anu dan si anu. Itu sebabnya aku amik Dianos jadi pengapit aku masa hari persandingan nanti....sambil2 dia duk kipas aku nanti, boleh jugak sepakej gossip2 atas pelamin.
Wahakssssssssssssssssssss. Acah jer.
Selesai breakfast dan bergossip bersama. Dianos balik ke semula ke playhousenya di Damansara. Aku mulakan persiapan seterusnya. Tulis nama dan alamat jempotan pada kad jempotan. Pening gak la. Belum selesai tulisan nama nama adik beradik ku tuliskan, kakak telefon.." ko buat apa? ada wedding di Presint 3, Dewan Melati. Jom jalan2 lepas tu tunjukkan lokasi wedding ko sekali.." Kata kakak senafas.
"Ok, dah nak keluar nanti sms lah" jawab ku pendek.
Sambil menunggu anak2 buah dan kakak sampai area Putrajaya, aku dengan kelajuan jet perjuang Korea selatan menyiapkan sepantas kilat kad jempotan buat kawan kawan sekolah rendah ku. Ehiks. Aku jempot 4 orang jer. Harap2 mereka sudi datang. Aku teringin dan rindu sekali dengan mereka. Kehidupan selepas berpuluh tahon tak berjumpa, masing masing pasti sudah dewasa.
Ada yang dah beranak 6, Ada juga yang dah beranak 2. Aku je baru nak kahwin. Alhamdulillah sampai jua jodohku. Alhamdulillah. Perjalanan setiap umatnya kan berbeza beza. Aku akur dan bahagia seadanya. :)
Hari ni adalah hari ke 2 MAHA, jammed ok. Malas tempuh jammed, aku ikot Putrajaya laluan dalam. Hujan la pulak menyimbah2, aku sebenarnya tak berapa pasti jalan dalam. Redah dengan berpandukan signboard, sampai jua aku di Alamanda untuk bertemu kakak dan anak buah seperti di janjikan.
Kami bertolak ke Bangunan Perbadanan Putrajaya tepat jam 2 petang. Pengantin belum sampai. Kanak kanak penari tarian zapin Johor bersiap sedia di hadapan pintu utama. Ibu pengantin lelaki yang menjadi sahabat kepada kakaku 20 tahon lalu peluk cium melepas rindu. Aku masok makan, senyum dan POSE! HEEE
Tak lama kami mengadap makan tengahari kompang di palu tanda pengantin dah sampai. Masih muda dan ligat pengantin baru kite petang tadi. Beruntung badan, muda muda dah selamat di ijabkabulkan. Pengantin lelaki tak duduk diam berpusing bergerak usik tengkolok dan berbual bual dengan buah hati di sisi. Pengantin zaman kini tak sama dengan pengantin zaman dulu dulu terkeput ayu dan malu-malu. Zaman dah berubah agaknya.
Tarian zapin dari anak anak comel siap bersanggul mencuit hati aku. Dulu masa muda muda aku suke gak jejoget camtu. Kalau dah berusia veteran ni masih nak tergedik2...malu la u. Hikhik. Majlis juga di serikan dengan nyanyian asli secara LIVE. Lagu di rengis rengis di pilis dan silat terbang oleh persilat entah dari kumpulan mana menyerikan majlis. Dah kenyang perot, kami angkat pongong dah teros POSE di hadapan Bangunan Kehakiman.
Alamak..gambo den ado kek kamera si Farid. Tak dapek nak postkan hari nie. Tunggu yek :)
Habis pose sana pose sini...kakak ajak aku ke lokasi persandingan ku pula. Aku bawa mereka jalan jalan ke taman. Hey! ada majlis sedang berjalan pukol 3 petang tadi. Cuaca selepas hujan memang best. Sejuk2 nyaman ala ala cameron highland gitu suasana petang tadi. Kakak klik sana klik sini sebagai bahan omelan bersama abang iparku malam nanti. Aku tak syak lagi. Kakak approved dengan lokasi yang aku rancangakan selama ini. Dah nak ON 2 minggu lagi..approved TAIK. Waakaakkakaka.
Sesuke hati je ceroboh majlis orang. Hik
Aku harap semuanya berjalan lancar dan segala urusan di permudahkan. Amin ya Rabbal Alamin.
Kami balik dan lepak di Starbuck menghilangkan haus di tekak. Tak hilang la haus wei. Dekat jam 600 petang, kami berpecah, kakak balik bersama kad jempotan di tangan dan aku balik ke playhouse menghabiskan list tetamu yang bakal ku coretkan di kad jempotan.
927 malam, play housemate aku pulang dari kerja. Tak sempat dia labuhkan punggungnya, aku mintak tolong dia layangkan kad jempotan buat bekas boss dan sahabat2 ku di Cyber office. Aku masih perlu menghabiskan jempotan buat sahabat sahabat di Bangi. Tapi.....saat ini mata aku dah kuyu.
ZZzzzZZZ
No comments:
Post a Comment