Thursday, November 4, 2010

Aku rapatkan kedua tanganku


Macam macam yang berlaku dalam minggu ni. Alhamdulilah, aku kini di berikan pembantu untuk tugas tugas seharianku di office. Ringan sikit kerja di galas bahuku kini dengan bantuan adik adik manis yang rajin lagi bijak bistari.

Sekali ajar dah pandai kau. Bagos lah. I loike....:)

Terima kasih kepada Boss baru kerana amat memahami keadaan dan workload yang aku pikul selama ini.
org kampong rombau bagos la jadi Boss, sunggoh memahami .....Auw!uh la laaa...

aku tersenyum sendiri setiap kali memandang wajah Boss baru...teroooooooooosss teringat kata kata dak zanos
"muka boss akak macam muka Abang" Hampessssssssss kan. Maka setiap kali aku mengadap Boss, aku rasa nak terseliuh rahang pipi tahan senyum. :P

{ada ke muka boss aku iras2 muka encik Tunangku yang cumel itew??? wahahaha pengsan mak oke.}

Sepanjang minggu ini macam macam perkara yang terjadi...
Ada yang mengeluh kepenatan bekerja, mengejar anak yang demam2, muntah2 kerena anak2 yang tak mahu makan, ada juga yang di uji dengan kehilangan ayahanda yang tersayang di kampong halaman. ada juga sahabat sahabat yang gembire suke ria berkomunikasi setiap hari di chatroom buku muka.ada juga sahabat yang tak henti2 tak puas hati kerana tak suke dengan pekerjaan yang tak ada sape paksa ko terima.
{{{perghhh banyak betol perkataan "TAKKKK" dalam kamus hidup ko ni yea"...Common gurl, enough is enough....stop complaining, think positive please and move on ok.Ampon laaaa, mak dah tak larat nak layan kerenah ko nakkkk :)) }}}


Buat diri aku...
AllahuAkbar, borang permohonan kebenaran bernikah encik tunang masih tersangkut di pejabat agama kota Peranchis yang di tutop buat sementara waktu akibat banjir yang melanda utara Peranchis sejak kebelakangan ini.
Keadaan ayahanda dan bonda encik tunang pula yang sedang bertungkus lumus membersihkan rumah di penohi air banjir separas buku lali. Aku dan encik tunang yang tersenyum dalam kepayahan menahan sabar dan tak henti2 mendoakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan bonda di kampong halaman agar baik baik dan di lindungiNYA sentiasa.

Nak di bantu, perkhidmatan keretapi pulak di tutop buat sementara waktu. Apakan daya...Nak balik drive bawak kereta? hmmm carik penyakit namanya...

Hari ni hari khamis malam Jumaat. Nak lapangkan hati dan dada. Aku habis kan waktu selepas solat Maghrib dengan bacaan Ya Seen tadi.Sambil membaca, aku hayati makna nya sekali. Hati sebak kini jadi sayu.


No comments:

Post a Comment