Thursday, June 16, 2011

Terserempak



Aku berkerja dari Cyber office hari ni. Head office aku di Cyberjaya.
Aku tak biasa di sini.
Bangunan baru.

Pagi...
Aku hadiri briefing untuk ISO20k certification kompeni aku. Training room ada sampai 12 room ok. Phewwwwwww. Boleh sesat nak carik trainning room saje. Briefing pagi ni sebenarnya bukan hanya untuk aku staff biasa biasa. Tidak.
Ianya termasok juga untuk manager aku. Tapi aku tak nampak bayang dia. Haih.
Betul rupenya kata kata orang di sekeliling mengenai dia...

Apa nak jadi...

Office aku di Cyber ni memang mewah.
Discussion area. Superb. Siap bersofa. Sofa best. Bulat2 ruper dia. Aku rasa nak amik gamba di discussion area...tapi aku belum nak resign pon. Apa kes kan amik gambo pulak kan? hakhakhak.

Ok ok..aku nak terus buat perbandingan kejap noo.

Pantry kat head office pun best. Besar. Toilet pon best. Bersih!Aku rasa jeles. Aku rasa nak pindah head office. Tapi team mana nak terima aku? Sadis.

Aku carik geng geng yang biasa kecoh bersama dengan ku di office Bangi, carik port nak buat kerja sambil tunggu training petang nanti yang bakal aku bentangkan. Aha!Lepak di work area kakak Ram and the geng.Suasana di office sini, senyap sunyi giler..macam kat kubur. Kalau office aku di Bangi. Kecoh giler macam pasar borong hari minggu. Suasana ni yang buat aku lemah nak join head office.

Tak jadik la. Bosan pulak tengok robot2 ni.

Obviously mereka nampak macam bekerja keras. Realitinya, mereka tak la bekerja sekeras mana. Berlakon je lebih aku rasa. Mereka di sini sebijik macam robot. Aku saje buat kecoh dengan abg Ahmad pon dia org buat tak endah je. Kepala tak bergerak, bijik mata pandang computer sahaje. Sebijik robot kan. Tak ada perasaan kekeluargaan, tak ada rasa nak kenal tetamu yang datang pun . Dunia ku, duniaku sahaja.

Di Bangi office, kalau ada je wajah awek baru lalu...habis mata melirik mengekori si awek.Mungkin sebab komuniti kerja kami di office Bangi..kecik. So, semua orang serba amik tahu.
Kadang kala ada jugak yang sampai tahap BB [ busy body ..stended la kan]

Terserempak

Petang aku pulak nak kena bagi briefing. Masa nak ke briefing room di tingkat satu...

Aku terserempak dengan beberapa orang ex officemate aku di Bangi. Terbeliak jugak mata Ah Yap terpandangkan aku tadi. Aku sengih je. Aku paham mereka tak sangka.

Terserempak jugak dengan Kak eta di lif...Kak eyta " eh eh! macam lily...". Hik hik...
Baik2 nak masok lif...lif dah tutop.
"memang Lily la ni kak eta oiii" jerit aku semacam macam aku kat office Bangi. Ops! terlebih sudah...hiks.

Anak lelaki Mohan ...boleh cam aku walaupon dari jarak jauh. Dia mendekati mahu bikin kecoh macam biasa. Aku layankan saje.

Terserempak dengan Wie, adik manis pengantin baru yang aku perkenalkan dengan si Mil tahun lalu. "Eiii, cantek la kak lily dah bertudung..." jerit dia dari tepi lif. Aku sengih macam kerang nak kena rebus. Hiks.

Terserempak pulak dengan Encik Din network yang baru je join the kompeni aku ni, siap belanje aku teh air petang2. Best! Basah kejap tekak yang kehausan selepas bagi briefing tadi.Eh !lupa ar nak cakap thanks kat dia ..aduiii.

Encik Hish mendepa tangan memanjat syukur atas perubahan yang aku buat. Siap belanje kuih pau pulak.Murah rezeki korang hendaknya.

Sekali sekala nak kena keluar dari zon selesa.
Hari ni rasa lain dari hari2 biasa....dapat lebih ramai kawan baru juge ;)


No comments:

Post a Comment