Wednesday, June 15, 2011

Bersenam la woi



Petang semalam,
lepas kerja...aku dan kawan kawan bergegas ke Gym di sediakan The Kompeni.
Kelas pertama untuk petang semalam ialah kelas Body Tone. Harap2 sempat la body aku bertone semula sebelom hari raye ek. Kalau tak bertone pon...at least ada la lekok2 di bahagian pinggang kan.
Sekarang ni tegak je...lurus,dah sama macam pembaris.Wakakaka..aduilaaa.

Bersenam bersama sama sahabat-sahabat hidup jadi lebih seronok. Aku suke.Boleh gelak sana dan gelak sini dengan step2 tersasul.Hilang stress dapat gelak sambil senam.
Aku pun ada jugak tersilap step. Apa salahnya kite bergelak bersama sama kan? :))

Hampir semua yang hadir kelas Body Tone adalah perempuan.
Ada amoi seksi,
ada jugak kakak muslimah macam aku ni.
Dan sebahagian besarnya adalah awek melayu beragama islam berbadan gempal sihat walafiat.
Manakala cikgu senaman kami pula lelaki gagah perkasa.

Pertama kali aku bersenam dengan tudung di kepala. Aku rasa macam tak sangka ada...macam tak caya pon ada..., senaman kali ini kak lola sempurna menutup aurat dari hujung rambut sampai ke bawah. Bangga jugak dapat habiskan kelas hari ni penoh sopan. Berpeloh2.
Habis lencun.


Image : google

psst : hari tu team olimpik wanita Iran di LARANG meneruskan perlawanan kelayakkan Olimpik London 2012 menentang Jordan hanya kerana mereka bertudung dan menutup aurat kan.
Nak bersukan je kena pakai seluar pendek. Kalau tak pendek tak boleh...Alasan? Kerana faktor keselamatan.
Panas je hati aku baca news tu.

Hidup ini memang tidak adil.

dugaannn...

No comments:

Post a Comment