Monday, June 27, 2011

Oh! Ibu mertuaku



Hujan lebat membasahi bumi pagi ni kan. Macam mana kat tempat korang? Hujan lagi ke? Apa?
Tak pergi kerja?
Kahkahkah...sama la macam aku.

Aku ambil cuti hari ini.
Aku amik cuti hari ni pun sebab menemani ibu mertuaku yang sakit.
Sakit urat,
sakit sendi,
sakit lutut dan
macam macam lagi sakit tua yang menghidapi apabila usia dah menjangkau ke laut.

Korang amik cuti sebab sambong tidur bawah selimut ke? Isk isk isk...eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Buruk perangai
Masa tak menunggu kite yea adik adik...Pi kerja pi, jangan malas2.Kihkih.

"Mak nak makan apa tengahari ni ye mak?"tanye ku berbahasa di pagi yang nyaman ini.
"Masak pulut dah la..ikan perkasam semalam dengan ayam goreng ada lagi...nasi tak payah masakla..semua orang tak mo makan nasi..mak masak semalam" jawab ibu mertuaku sambil mengurut2 peha dan betis yang mencengkam jiwanya itu.

Haih! dah angin2..dah sengal2 sendi, pulut jugak menjadi idaman hati makan tengahari. Ibu oh ibu.
Ibu mertuaku memang suke makan pulut..tak kire la makan dengan apa pun...Hidupnya memang dengan pulut
Kadang kala, kami makan pulut dengan ayam goreng,
ada masa makan pulut dengan durian,
kadang tu ada jugak sambal ikan bilis, atau sambal ikan masin..makan jugak dengan pulut.
Kuih berasaskan pulut tak payah cerita...
Badan aku pun dah mula naik berangin di buatnya. Ehiks. Tapi sebab sodap. Aku belasah. Sok dah tua...aku pun macam ibu mertua agaknya. :))

Ibu mertua ku
umpama ibuku sendiri. Aku ikutkan sahaje kemahuannya.
Dalam usia ini, tak perlu lagi bertegang2 urat membantah makanan yang di ingini tekaknya. Melarang itu dan ini kepadanya. Kang naik pulak darah tingginya melayan kerenah aku...berdetik dalam hatiku begitu.



Di dapur...
Aku nampak Choclate buatan rumah yang di buat kakak ipar ku semalam masih banyak. Tangan gatal mencapai sebijik buat rasa rasa. White chocolate yang kakak buat ni tak berapa manis sangat la. Sedap!
Kebiasaannya kalau buat homemade white choclate...Manis gilos kan. Yang kakak ipar aku buat ni ok, just nice...sedap je. Tak manis sangat ...

Aku ingat nak bawak office la esok, buat test market ;)

Sementara menunggu, pulut ku rendam buat makan tengahari...
kedengaran suara ibu mertuaku menahan sakit dan angin yang keluar dari dada di ruang tamu.
Pastinya meletihkan. Aku yang mendengarnya pun naik letih. Kasihan ibu...

Aku ke ruang tamu...ku tinggalkan beras pulut dalam rendaman...
Ibu mertuaku sudah lelapkan mata...tenang.
Selepas anak-anak dan cucu cucu dah ke pejabat dan ke sekolah, baru lapang agaknya fikiran ibu untuk berehat dalam damai.

Aku capai novel yang berkisarkan cinta dua darjat tulisan Ilham Kalsom yang terbengkalai petang semalam.
Aku nak habiskan dulu novel ni..nanti aku kongsi review yek. :)

No comments:

Post a Comment