Wednesday, June 22, 2011

Sukan Berbasikal VS Latino Dance




Sejak dua menjak ni...officamate aku ramai yang gilerkan sukan berbasikal.
Beribu-ribuan wang dihabiskan untuk mendapatkan basikal paling laju dengan speed dan gear siap.
Belum masok pakaian sukan berbasikal, kasut topi dan jugak eksesori...begitu juga lampu lip lap lip lap.Malam2 ride baru nyaman...;)

Mahal betul hobi zaman moden ni kan.
Aku yang mulanya teruja, hampir terjerumus ke lembah berbasikal jugak. Tapi sebab nak kena renew road tax bulan ni...
belum sempat terjerumus.hiks.

Hari ni kami terima berita tak berapa nak baik...
Junior staff aku menghadapi kemalangan berbasikal.
Kalau dah basikal berharga ribuan ringgit, apa kelas takat main pusing-pusing keliling rumah dan office saje kan.
Mesti la sekali sekala nak di lambung dan di junamkan. Tak begitu?

Kalau tak nak sakit, tak nak patah...tak nak ketaq lutuit, tak sport kata mereka. Sile pergi Midvalley main main eskalator cukop..sampai poket berpeluh...ok gitu? Adessssssssss....kahkahkah.
Dengar cerita....Pergelangan tangan patah, tulang tersembul keluar, tulang siku retak, tulang tengkuk dan leher masih dalam process scanning.
Katil ICU jadi teman bermalam nampaknya budak nakal sorang ni. Semuga cepat sembuh.

nasib baik ada abg angkat bersama...dan TAK PANIC...[ anda nampak tak tu..tu tu...tulang pergelangan tangan dah tersembul keluar...isk! seram...]
Sorang lagi dah mengeletar tak tahu nak bagi bantuan macammana...

Kepada bakal bakal kaki basikal masa hadapan, sile dapatkan informasi tentang track atau trail yang bakal di redah. Jangan pakai redah sahaje tanpa info yang betol yea. Tak pasal2 salah track/trail...menyembah ke bumi kepalo ekau tu jang.

Selisih...mintak simpang.

&&&&&&&&&&&&&&&&

Tepat jam 5:30 petang...macam petang semalam, aku bergegas ke GYM.
Hari ni ada class Latino dance.
Best!
Walaupon steps asal agak mengelirukan...dengan muzik yang agak asing di pendengaran aku. Kucar kacir kaki aku bedah...wahahahahah. Aku tak give up lagi...teacher pon tak give up lagi bile student2 nampak celaru dengan muzik latino di mainkan.

Nak jadi penyedap, teacher tukar muzik lebih rancak pada sessi ke2 selepas break minum2.
Apa bile muzik di rancakkan, baru la kami semua student2 Jawa...eh tak tak tak...student Latino auw! berjaya menjejaki steps yang betol.
Kelas petang tadi memang BEST!

Psttt "" Teacher kata ahad ni ada Aerobic class di IOI puchong.
Bayar sahaje rm70. Anda akan di ajar caara2 untuk mengajar aerobic aka Trainer aerobic ;)
Anda akan di berikan sijil jugak untuk melayakkan anda menjadi trainer senamrobic.
Berbaloi2 Leha...kalau ko berminat Leha...ko bagi nama Jumaat ni kat teacher. Teacher kata kalau dah ada sijil mengajar, bole bukak class dan amik fees Rm100.

bukan bukak FB je dapat Rm100 ok ;))

Tak sabar tunggu Jumaat...nak kick the Boxing again. Yeah!




No comments:

Post a Comment