Friday, June 17, 2011

Senam la woi - Episode Kick Boxing.




Sejak menjak beberapa orang sahabat di office masuk ICU...terngiang2 kata kata budak2 menyakat " register gym baru rm40 la woi...kalau bill masok hospital nak pakai mesin jantung 60k tak cukop..." Sape tak seram dengan kata kata macam tu kan.

Jumaat...
Aku ada kelas Kick Boxing.Aku dah bayar rm40 bagi menyertai semua kelas senaman dan cardio yang di sediakan di Gym.
Aku belasah semua kelas yang ada, demi KESIHATAN beb. Kesihatan. ;)

Sampai di Gym, aku dan lindah hamilton je kali ni yang hadir kelas. Sahabat sahabat aka geng kak joyah yang lain ada hal masing masing. Ada yang tak bawak baju. Ada yang laki amik pulak. So tak join.

Aku serbu treadmill, aku warm up dengan berjalan perlahan. Tak perlahan la jugak. Habis 10km aku berjalan di treadmill sambil menunggu cikgu Kick Boxing sampai. Dia lewat nampaknya hari ni. Cikgu kick boxing adalah cikgu yang sama mengajar aku di kelas Body Tone. Body dia memang Tone. Cantek. Nampak gagah tapi kalau dah berdansa sangat lemah lembut. Kagum eh.Nganga.

Lindah hamilton pulak berkayuh 10km dengan basikal tak bergerak yang ada tersusun di belakang aku. Apa pulak pakwe sepet tu duduk berkayuh sebelah basikal si Lindah hamilton ek? Hihi...nak jugakkk bergossip. HEEE....
Seronok berjalan kaki laju laju di atas treadmill. Cikgu dah datang. Aku terkejut di panggil serta merta dik abg jaga Gym. aku pun serta merta tekan punat STOP. Aku jadi pening la. Alamak! kenapa plak ni. Suspend.Nasib baik tak jatuh terjelepuk. Sepatutnya aku kena cooling down dulu sebelum tekan punat STOP.

Tersilap teknik daaa...
Tak pasal -pasal abang jaga gym aku salahkan. Sian dia.
Aku teguk air cepat2. Tarik nafas dalam dalam. Berjalan perlahan2 menurunkan degupan jantung aku yang kencang.

Aku menuju masuk ke kelas Kick Boxing.
Alamak! ahli kick boxing petang ni semuanya hok jatey belako. Segan pun ada. Tapi sebab dah bayar. Segan letak tepi.Kick boxing yang aku pelajari hari ni lebih banyak tertumpu kepada tumbukan. Tumbukan laju ok. Laju serta kencang. Bukan hayun gemalai kak joyah pegi pasar. Tidak yea.

Berpeluh-peluh. Aku setuju dengan kata si apek yang dah biasa berkick boxing. Kelas hari ni sangat memenatkan.
Sesi berboxing bersama partner pun seronok. Ko punch aku, aku elak. Aku punch ko elak. Lupa nak elak, sure lebam.

Aku memang bayangkan orang2 yang menyakitkan hati aku je masa aku punch. Hiks.Lepas geram ok. Bagus untuk kesihatan perasaan dan emosi kick boxing ni. Hehe.
Telefon berbunyi. Alahai. Anak si Lindah hamilton tak bawak kunci rumah pulak. Kami terpaksa berlalu awal tak habiskan kelas. Kang keras beku anak si Lindah hamilton depan rumah tunggu mak dia tak balik2 memboxing yea.

Balik dulu cikgu.
Minggu depan bertemu lagi eh. Minggu depan saya masuk kelas dansa Latino yek.Wink* ;))


2 comments:

  1. kat mane klas kickboxingnye?nk join leh....

    ReplyDelete
  2. kak.. kat mana ni.. sy dah lame cari xjumpa2.. huhu

    ReplyDelete