Monday, June 6, 2011

Aku yang mencari keredhaanMU


Reaksi manusia...

Di iringi cuaca yang aman nyaman...aku melangkah ke office dengan diriku yang baru.

Reaksi mereka ?Nie yang nak cerita ni....

1. Budak ABX yang selalu hantar delivery pagi2 pon macam tak kenal dengan diri ini.Siap toleh dua kali, dan pandang plet kete ku bawa pagi tadi. Dia tersenyum.

2. Boss zanariyahtonsakdiah terpegun lama memerhatikan aku macam terkena kejutan elektrik pon ada.

3. sahabatku Lindah hamilton tergagap2 selepas aku melafazkan salam selamat pagi.

4. Si sahabat yang mmg agak gagap, siap buat laluan tawaf semata mata nak lalu depan aku dan terpeleot dengan perubahan ini. Wakakaka

5. Ada jugak yang usha dengan Lindahamilton " sape yg duduk tempat Lily tu Nda?" Si Lindah berlakon " ntahla..budak baru rasanya". Kahkahkah...

6. Jejaka2 malaya semuanya mengucapkan Alhamdulillah dengan slang Arab setiap kalli bertembung dengan aku...wuhuuuuuuuu

7. Boss kecik ku sendiri pandang aku agak lama...bukan agak..sangat lama, baru la dia bagi salam.

8. Adik manis jaga kaunter di cafe siap mendiamkan diri seribu bahasa tunggu aku bersuara baru yakin aku adalah Kak Lola yang kecohrable itu.

Macam macam ragam la korang nih ...Kelako betol.

Terima la aku seadanya yea. ;))



No comments:

Post a Comment