Sunday, June 5, 2011

Pengantin Manis vs Harum Manis



Hari ni pegi kenduri kahwin anak lelaki bongsu makcik....sebelah encik suami.

Majlis berlokasi di masjid Melawati...sangat serba sederhana. Walaupon makcik sekeluarga, keluarga menantu dan tetamu yang hadir bukanlah calang2 latar belakang kekeluargaan dan statusnya. Anak lelaki bongsu makcik dan pasangannya berketurunan Al Jefri. Well...

Pengantin berpakaian pun biasa biasa saje. Baju pahlawan melayu kacak bertanjak berwarna krim buat pengantin lelaki, dan pengantin perempuan berselendang ayu.

Yang penting...yang wajib terlaksana sempurna. Janji bahagia ye dok?

Canopy yang hanya ada beberapa buah sahaja, memaksa aku menikmati acar buah dengan pantas. Ada jugak tapai pulut di import khas dari Melaka...tak sempat juga nak cubit rasa.Tak sempat nak feeling2 pon. Memberi ruang kepada tetamu dan warga tua yang datang untuk menjamu selera...aku bawa diri ke Masjid.
Ruang masjid di jadikan port menikmati karipap dan cream puff.Hmmm...

anak kakak iparku yang bongsu dengan anak adik iparku ...dua dua dah dpt kaki dan dah besor.

Agak tak selesa majlis perkahwinan di langsungkan di ruang masjid...ada juga tetamu yang hadir selamba "seadanya" ...tapi mungkin jugak ada sesetengah pendapat yang merasakan ianya lebih afdal? Mungkin juga cara orang zaman sekarang cube memakmurkan masjid...aku tak pasti...

Tak kisah la eh...ikut la citerasa masing2 yea.

Bagi aku, kahwin sekali seumur hidup...tak kire la muda ke tua pengantinnya...buat la bersungguh2 sebagai kenangan hingga hari tua bersama.

Tepat jam 300, ikot adik ipar aku balik umah di Putrajaya. Lepak bersama keluarga sambil makan buah mangga Harum Manis dan apam balik petang2 lagi sempoi.

Harum manis , mangga mahal lagi terkemuka datangnya dari Indera Kayangan.
Sekilo 13 hengget mak mertua bawak dari Perlis....Slurpssss.

kerna majis ini jugalah....niatku selama ini terlaksana sempurna ...Alhamdulillah :))


1 comment: