Thursday, June 9, 2011

Perang saudara sudah berlalu.


Hari ke empat aku bertudung.
Tak sangka betul...perubahan diri aku, sedikit sebanyak...merubah juga wajah ketat Kak Yan menjadi manis dan mesra semula.

Bagus kan...camtu. :)

Kejadian berlaku macam ni...
Aku ke surau untuk solat zohor petang tadi. Masa aku masok ke surau...Kak Yan sedang memakai kasut nak keluar, kebetulan, aku baru nak masuk..Kami bertembung, aku berada betul2 di belakang beliau.

Menoleh sahaja Kak Yan ke belakang lalu mengadap tepat ke wajah baru ku...
Kak Yan senyum kat aku. Aku balas la senyuman semanis mungkin kan. Almaklom la..dah agak lama Kak Yan bagi muka ketat dan kelat setiap kali bertembung muka dengan aku sejak kejadian salah faham beberapa bulan lalu.

Ehiks. Walaupun sebenarnya, aku tahu kak Yan senyum tadi bukan untuk aku...tapi di sangkanya orang lain. Ehiks.

Ada sesetengah umat kata..." Akak tak sesuai pakai shawl "
Ehem ehem...kalau nak tunggu sesuai...bile pulak leh merasa pakai shawl. Ye tak?
Yang penting kan niat kite bertudung/ bershawl....Tak gitew adik manis ;)

Macam tersedar yang bertudung itu adalah AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU. Nak cover tersilap senyum tu.
Kak Yan bersuara " Alhamdulillah...."
Aku balas la dengan senyuman mesra jugak " Alhamdulillah...."
Kak Yan tanye lagi...macam tak pernah bermasam muka sebelum ini lagaknya " dah ada apa apa ke Ly?"
[ye ye..perut ini buncit membolat sebab lemak, bukan mengandung kakek oii...Adussss]
Aku dengan mesra dua kali ganda selamba macam tak pernah gaduh jugak dengan kak Yan " ada apa?...tak ada apa apa pun ..cam biasa je..." jawab ku ringkas.

[apa sebenornya yang kak Yan maksudkan ..ada apa apa tu pun aku sendiri tak pasti..hikhik...layankan saje...].

Kembali ke meja bekerja, aku terima email dari Kak Yan...
petua nak dapatkan baby
"Makan kismis bersama susu kambing setiap pagi sebelum makan di iringi selawat 7 kali."

Dah sembuh sakit dalam hati kak Yan nampaknya.
Syukur Alhamdulillah. Perang dingin sudah berlalu.


No comments:

Post a Comment