Monday, June 13, 2011

Dari kerana Mata - sambungan

image google.


Aku cuti hari ni...
niat hati nak rehatkan body yang dah berkerja keras 7 hari seminggu...minggu lepas.

Encik suami buka peti sejuk...
Dah kosong agaknya. Encik suami ajak beli barang2 dapur di Giant. Dah ke Giant, baik2 nak beli 2 perkara. Jadi 1 troli.

Masa berlalu sangat pantas, pejam celik round round dalam Giant. Dah pukol 3 petang. Dapat pulak text message dari adik manis. Ajak makan mee kari Ahad hujung minggu nanti katanya. Ehiks. Minggu baru ...baru nak mula. Dah ada plan hujung minggu menanti. Alhamdulillah...rezeki makan free datang lagi. ;)

Balik dari Giant, baru dapat berehat. Kununnya nak berehat...tapi otak aku ni memang tak reti nak berehat berfikir. Capai laptop.... Terjumpa 1 artikel tentang hukum memakai celak ...maklom la..aku kan baru tangkap KAJAL minggu lepas.

Tapi ada soalan yang masih membelenggu dalam fikiran...

Sebuah perkongsian ilmu ...

Soalan:

assalamu'alaikum wbt ustaz..saya tak perasan pula kalau soalan ni pernah diajukan..tapi saya masih keliru, apa hukum pemakaian celak?bagi perempuan terutamanya.. kalau dgn niat ingin mengusir syaitan dibolehkan ke?atau tak boleh sebab takut menimbulkan fitnah bila bertemu dengan lelaki?harap ustaz dapat jelaskan.. terima kasih..

Jawapan:

Hukum memakai celak mata adalah harus samada bagi lelaki atau perempuan dan merupakan perhiasan yang pernah di pakai oleh Nabi saw sebagaimana hadith Tirmizi dan Ibn Majh dari Ibn Abbas ra yang bermaksud : "Adalah pada Nabi saw suatu celak yang digunakan oleh baginda 3 kali waktu tiap kali memakainya"Dalam hadith yang lain pula Nabi saw bersabda yang maksudnya : "Siapa yang pakai celak maka hendaklah dipakainya 3 kali"Berkata ulamak "siapa" dalam hadith tersebut termasuk juga kaum wanita.

Jadi ulamak telah menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangannya melainkan pada ketika mengerjakan haji yaitu makruh hukumnya.Perlu di ingatkan bahawa perhiasan yang di larang ke atas kaum wanita itu bukannya celak tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak kita lihat hari ini. inilah perhiasan yang menimbulkan fitnah kepada kaum lelaki.

Rujukan KItab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354

wallahua'lam






No comments:

Post a Comment