Tuesday, June 21, 2011

Senam la woi - Episode Body Tone



Awek baru bertudung dengan
awek dah lama bertudung berjalan seiring menuju ke Gym petang tadi.
Untuk menuju ke Gym, ke dua dua aweks terpaksa melalui depan cafe.
Di Cafe...pastinya ramai pak we-pakwe IT yang lepak berehat minum petang hilangkan lelah seharian bekerja.

Tibe tibe kedengaran satu suara yang sangat kuat melaung dari arah cafe...

"Etonnnnnnnnnn...etonnnnnnnnnnnnnn[ bukan nama sebenar ]" suara kuat itu melaung jelas memanggil Eton awek manis yang sudah lama bertudung. Kawan si Eton agaknya pemuda itu.
"Sapa Ton?" tanye awek baru bertudung kepada Eton.
"Ohhhhhhh si Demang [ bukan juga nama sebenar ]" sambil ketawa kecil Eton memandang si Demang yang dengar beritanya baru pulang dari umrah.

Kemudian, laungan suara Demang bersambong lagi...
"Awek tu dah pakai tudunggggggggggggggggggggg " jerit Deman dengan nada budak budak kampong mengorat anak dara orang di tepi pagar petang petang sambil bertenggek atas motor.

Awek bertudung terus melangkah pantas , tidak langsung menoleh kearah suara laungan itu.
Ada rasa segan dan ada jugak rasa malu menjengah dalam dada.

"Awek dah pakai tudung... sombonggggggggggggggggggggggg...sekaranggggggggg" Demang masih melaung-laung.

Adussss.
Kasihan betol pada si awek bertudung. Habis sekampung tahu dia kini baru sahaja bertudung.
Kasihan jugak pada Demang kerana terserlah sunggoh kekampongannya menjerit2 sebegitu rupa.

Redha je lah...

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Aku masuk ke kelas Body Tone buat kali ke dua petang tadi. Kelas hari ni agak seronok dengan steps tarian yang baru. Agak penat kerana banyak lompatan yang perlu dibuat. Kalau di bandingkan dengan kelas Kick Boxing.Kick Boxing lagi ganas bagi aku. Sengal2 badanku di buatnya.

Esok nak join kelas Latino dance pula,
harap2 jangan la si Demang terjerit melolong2 lagi macam tadi.


No comments:

Post a Comment