Tuesday, June 14, 2011

Dari kerana Mata - Respect -





Tepat 12:57 tengahari...

Tak sepatah perkataan keluar dari mulut tag team aku sejak pagi tadi...si Al Bud.Kami mesra...dah bertahun lamanya.Ada sahaja gelak ketawa, hilai tawa di pagi2 hari membelah kesunyian office kami. Iye.
Kami memang terkenal..kecohrable sentiasa.

Tapi hari ni..hari pertama dia melihat aku bertudung...pagi ni jadi sunyi.
Dia diam. Aku turut diam jua. Saje.HEE...
Akhirnya tepat jam 12:57 tengahari, beliau mendekati sahabat aku di sebelah work stationku.
"Sepatah tak bercakap lagi dengan kawan ko Ha" kata si Jejaka malaya.
"Malu aku jadinya " tambah si jejaka malaya.
"Ko tergamam ke..Bud? Nyampah aku tengok ko..." Sahabat meja sebelah aku menambah sambil capai plastik kerepek pisang.

Aku hanya terkepot senyum sipul dengan gelagat mereka berdua. Aku sengaja mendiamkan diriku. Melihat sahaja reaksi mereka buat hati aku gelihati...dan buat aku lebih mengerti tindakan mereka terhadap aku selama ini.

Memang banyak bezanya kelakuan dan perlakuan jejaka2 malaya dengan perubahan diri ini.
Berbeza.Sangat berbeza.
Aku cerita pada sahabat2 yang lain di office akan reaksi jejaka malaya terhadap ku.
Sahabat kata " mungkin jejaka malaya lebih respect diri akak yang sekarang berbanding yg dulu".

Tapikan..ada la jugak jejaka malaya yang jenis TETAP suke meraba2 ni.
Masih lagi suke ambil kesempatan jalan dekat2 dan tak pasal2 nak jugak bersentuhan kulit.
Aku rasa nak bagi kickboxing sepuloh bijik jenis ni.
Haih!
Kenapa ek jejaka Malaya? Apa lagi yang kurang?
Jejaka tak Malaya tak pulak berperangai sebegitu....

Haihhhhhhh...





No comments:

Post a Comment