Minggu paling sibuk abad ini.
Dengan migraine di kepala...aku gagahkan jua.
Semalam ke Kamdar, beli lining lagi di sebabkan aku tak puas hati dengan satin lining di berikan oleh Makcik Euro Moda. Keras sangat. Maka aku reject.
Di Kamdar, ke hulu ke hilir kamdar, akhirnya aku temui chiffon lining yang aku inginkan.
Lembuttt
Baru puas hati.
1:30 pm, tak toleh kiri, tak toleh kanan, aku terus buat temu janji dengan tukang jahit tak berapa famous
tapi dia memang jahit baju untuk orang orang yang sefemes Tun Rahah gitew.
;))
Sampai sahaje di rumahnya, beliau sibuk mengisi kuih muih hari raye ke dalam balang.
Aku teros teruja ...wakakakak kuih tart dan kuih lama lama menunggu untuk aku ngap!
Hahaha...
Pantang...nampak kuih.
Kak aya bercerita tentang masalah kesihatan di hadapinya kebelakangan ni
Dia yang dulunya slim kini moncet di perot.
Selepas scan di buat pengesahan dan pemeriksaan doktor, doktor kata..."tak ada apa apa."
Tapi perot beliau semakin membesar.
Badan kecik, perot besarrrrrrr...
Now, aku ngeri dan risau.
Aku simpati dengan masalah di hadapi beliau, aku ngeri tengok perot yang semakin membesar, tapi tak ada apa apa dan dalam masa yang sama aku risau " baju aku apa cite...sempatkah...bolehkah siap pada waktunya?"
InsyaAllah dengan izin Allah aku doakan kak Aya sihat sihat sahaje.
InsyaAllah.
Ukur mengukur selepas makan kuih raye. Gelak ketawa sambil menyelak majalah RATU yang menjadi panduan reka bentuk baju nikah ku..
Aku sambil menghulurkan kain chiffion yang ku beli dari Euro Moda " yang half white ni baju nikah...yang coklat nie pulak extra untuk Ly letak di hantaran..cantek tak?"
Kak aya " cantek...color color ko pilih ni bole pakai dua tiga kali...smart choice, tak de la membazir"
aku tersenyum puas hati dengan komen ikhlas Kak Aya.
kak aya kata " pinggang awak kurang 1 inchi setengah jer nih"
Aku terbeliak bijik mata sambil menjeling kepada mereka yang masih menyuap kuih raye..." erk!kak aya jangan cakap kuat2..kang dia org dengar..x jadi la makan kuih raye lagi camnie.."
{dua orang dayang menemani aku dalam acara mengukur semalam..gelakkan aku di celah celah balang kuih raye....hampes korang! hikhik}
Aku harap pilihan reka bentuk untuk baju nikahku..akan jadi CANTEKKKKKKKKKKK.
Suspend la saye.
No comments:
Post a Comment