K.L.C.C
hikhik...cam kelako je bile sebot Konsultan
***
3:00pm - Angin kencang...macam nak ribut.
Aku di jemput encik Tunang ke KLCC.
Hari ni ada perbincangan tentang atur cara majlis dengan Wedd Consultant kami.
Wah! cam grand gitu siap ada Wedding Consultant kan..padahallll..hahaha kawan kami jugeee.
Encik Azman sangat arif dengan event perkahwinan luar pintu dewan.
Mungkin tak terkenal macam sesetengah Wedd Consultant sedia ada di Kuala Lumpur tetapi sangat dedikasi menjalankan amanah yang aku dan encik tunang serahkan setakat ini.
Berlatarbelakang pendidikan tinggi Fashion dari ITM dengan pelbagai pengalaman di bidang yang berkaitan dengan wedding event, serta rangkaian kawan kawan yang menjadi tulang belakang.
Aku yakin Encik Azman mampu memyediakan majlis yang menjadi impian ku selama ini.
Bila dah ada wedding consultant ni, aku tak payah susah susah, serabut serabai RISAU pasal khemah, pasal caterer, pasal guest gift, pasal pelamin, pasal dekorasi, pasal meja makan, pasal hiasan meja makan.
Tak Payah stress stress yea.
Moleknya ada Wedding Consultant ialah...
- Pengantin jugak lebih banyak masa untuk fokus kepada kerja kerja menyempurnakan borang2 yang wajib di serah kan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan lebih baik dan teliti.
- Pengantin punya lebih banyak masa untuk fokus kepada penjagaan diri pengantin sendiri. Pegi spa la, pegi urut2 la, pegi body scrub la, pegi buat penjagaan kesihatan diri pengantin la. ;)
- Selain dari pada itu pengantin hanya perlu fokus kepada kos2 dan corak pembayaran peryedian majlis dari seorang contact person sahaje. Kalau ramai2 serabut kan, keluarga dan saudara mara pun tak perlu la nak penat2 lenguh2 pinggang potong bawang dan lepat2 reben.
Maklom la..keluarga sedara mara cik Lola semua dah veteran2...so semolek2nya cik Lola tak nak mereka buat kerja apa apa. Datang makan senyum amik gambo. Sudey.
Janji semuanya di restui keluarga.
Selebihnya..serahkan sahaje kepada Wedding Consultant yang anda boleh percayai.
sebut pasal Wedding Consultant di negara ini,
pihak pengantin sedikit sebanyak kenala buat latar belakang dan background check terlebih dahulu sebelum mengambil Wedding Consultant sebagai master mind majlis.
BLACK AND WHITE MUSTI ADA
Perkara kecil dan remeh sebegini perlu di pandang serius supaya kejadian yang tidak di ingini dapat di elakkan.
Pastikan segala pembayaran yang telah di buat, di update kan segera pada quotation telah di persetujui.
Komunikasi antara pengantin dan Wedding Consultant adalah sangat KRITIKAL.
Pastikan anda tahu di mana lokasi kediaman atau office tempat Wedding Consultant anda berfungsi.
Selain dari pada itu pastikan no telefon mobile Wedding Consultant anda sahih.
Yang paling penting,Wedding Consultant anda adalah orang yang anda kenali dan anda boleh percayai.
Sehingga saat ini, syukur Alhamdulilah aku di pertemukan dengan Encik Azman yang amanah.
Wah!!! Siap Promosi oke.
dengan di temani starBUCK buat membasahi tekak masing masing ...
Skatches lokasi pintu gerbang,
sample gambar event di jalan di beberapa lokasi menjadi sumber rujukan dan ide buat kami membayangkan suasana sebenar majlis resepi kami nanti,
walkway,
red carpet,
gazeeboo,
water fountain,
meja makan berdamai,
susun atur khemah,
meja buffet buat tetamu di kiri dan kanan khemah
pelamin
di tunjukkan satu persatu kepada kami berdua.
oh yea!! guest gift box yang agak special akan di tunjukkan kepadaku minggu depan masa lunch hour.
Encik Tunang, nampaknya tidak membantah dan tiada komplen2 yang di suarakan.
hati ini legaaaaaaaaaaaaaaaaa...;)
Selesai perbincangan dan mode pembayaran di persetujui kedua belah pihak.
Aku dan Encik Tunang memulakan expedisi menjeling jelling barang hantaran pula di Parkson.
Parfume Salvatore Ferragamo yang sedap mencuit lobang hidungku, berbau sangatlaaaaaa harumnya....
toileteries Crabtree & Evelyn dengan kotak bunga bunga sangatlaaaaa canteknyaa...
Cincin nikah...HEEEE
Yes!
dah tahu dah nak tangkap apa di minggu terakhir persiapan hantaran nanti.
Doa doakan la semoga semuanya berjalan lancar dan selamat sahaje yea.AMIN.
No comments:
Post a Comment