Wednesday, October 20, 2010

Nak Cantek Punye Pasal...Aku Sanggop



Aku baru balik dari kedai Abang Man di KAJANG.

Abang MAN mana plak nie Cik Lily?
Halaa..malas la aku nak tulis penoh. Kang kata nak show OFF plak. Ehekz.
Tapi kang pembaca keliru plak kan...maka terpaksa tulis dengan telus la yea ;)

Tak lain dan tak bukan...of kos. The Designer tu ler..mana lagi kalau dah balik dari KAJANG kan.
Hekhekhek

Buat yang kesekian kalinya...payment yang telah aku buat di sebotkan.
Abang MAN confirmkan betol betol catitan pembayaran yang telah aku buat dalam buku log dia.
Abang MAN pastikan baju bakal di sarong bakal suamiku sesedap mata memandang...dia cuit sana, dia cuit sini.

Mengisi ruang masa dia memperelokkan reka bentok baju pada Encik Tunang...aku sarongkan kasot pengantin yang di pamerkan di rak pameran.
tibe tibe terdengar suara Abg Man "cantek!"
Katanyeeeeeeeeee.
Size bape ko pakai? tanye Abg Man padaku
"Size 5 la" jawab ko straight forward
"Kaki ko kecik ek, bontot besor"balas Abg MAN.

Dusssssssssssssssssssssssssh!
Nasib baik aku tak tergolek dok.
Wahahahahaahha

Siot!
Kami gelak ramai ramai.

"Nanti Abang buatkan ko kasut yang sedondon dengan baju ko...ko nak 5 inchi ke 6 inchi?"katanya sayup2
Aku " NGANGA"
"Yang penting ko cantek" tambah beliau.
Aku senyum setuju.

Tentu ramai yang tertanye tanye...apa istimewanya aku amik Abg MAN sebagai pereka baju persandinganku
" buang duit je ko buat baju mahal mahal, bukannya bole pakai lama, pakai sekejap je. Pastu bukannya ko boleh pakai semula....ko amik je la pakej mak andam yang sedia ada...bla bla bla"

Kenapa aku pilih designer sebagai pereka baju persandinganku?

Sebot pasal designer...mereka professional. Mereka tahu apa yang mereka buat.
Dan aku memang sukekan orang yang TAHU apa yang mereka buat.

"Harge work dia orang ni mahal sebab nama dia je"
Penah dengar kan kata kata camnie?
Biasa la kan...desas desus molot manusia kan

tapi bagi aku...aku pakai baju rekaan dia kerana hasil kerja dan quality baju yang di reka cipta beliau.
1 design untuk 1 pengantin oke.
Nama dia yang memang femes di negara ini adalah salah satu lagi faktor yang meyakinkan aku dengan hasil kerja beliau.
Yang paling penting aku puas hati la.
Kahwin kan bukan hari hari...why not amik Abg MAN.
Aku yakin, aku cantekkkkkkkkkkkkkk nanti :)

Masing masing ada cite rasa dan kesukaan tersendiri kan.Begitu jugak aku.
Bagi aku Abg MAN dia ada ciri ciri keaslian Melayu yang di kekalkan dalam reka bentok baju baju rekaan beliau.
Aku sukekan ORIGINALITY..ewah. Asli gitew.Naturale

Walau macam mana modern dan barat pun aku di besarkan.
Aku masih suke keaslian dan unsur unsur kemelayuan asal usul ku di selitkan dalam rekaan baju pengantinku nanti. Tak de la di kata orang " tak sedor diri budok nih"
hihik.

Kalau bukan Abg MAN...siapa lagi yang mampu buat aku teros tersenyum kan.
identity diri yang sejati itu mencuit hati aku memilih Abg MAN berbanding designer baju pengantin yang sedia ada alaf ini.
Dari kaca mata aku..secara peribadi. Abg MAN ada kelasnya yang tersendiri.

Tadi aku lalu kejap kat blog niece aku, teros teringat kasot yang bakal ku gayakan dengan baju rekaan Abg MAN.

Abg MAN kata " ko nak lari lari kat taman pon sure tak tergoleknya...percaya la"

Katanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




{ kasot paling tinggi aku pernah pakai 3 inches sahaje oke. Wish me LUCKKKKKK :)) }

No comments:

Post a Comment