Saturday, October 16, 2010

Aku + Julia Roberts + Baliee



Mat Wedding Consultant aku sms seawal jam 600am katanya...
"Disember ni ramai orang kawen ok, so aku tak mo quote harga mahal dekat menu ko tu...maka aku dah advancekan duit aku dulu, tapi ko masokkan la balik before 3pm yea... sebab aku nak pakai duit untuk fashion show esok"

Aku terus capai phone dan call balas Mat WC
"Awalnya ko bangon Mat" kataku
"Dah tua tua ni, tak lalu nak tido lelama"
Aku kagum dengan sikap kamu, nak jadi usahawan berjaya ..mestila bangon awal pagikan.
kamu memang layak dah berjaya sehingga tahap hari ni Mat.

830 pagi, aku dah bergegas ke bank, deposit some money untuk Mat Wedding Consultant aku
Duit untuk catering. Settled.
Alhamdulillah.
Persiapan perkahwinan memang pakai duit banyakkk.
Rasa macam air terjun gitew lajunya dia mengalir keluar ok.
Nasib baik aku bijak setkan limit perbelanjaan, kalau tidak...aku yakin bujet perkahwinan boleh mencecah sampai ke lautan Pacific angkanya.
Phewwwwwwwwwwwwwwwwww!!!

Hati aku semakin lega dengan persiapan setakat ini.
Tapau nasi lemak dengan paru sambal, aku layan sarapan pagi ku di hadapan tv.
playhousemate aku keluar dari bilik tidur tibe tibe ajak aku tonton EAT PRAY LOVE bersama petang nanti.
buku yang aku beli pon belum habis di baca...nak tonton movie puloks...tak mahu menghampakan.
Aku layanzzzzzzz.sajos.


Bagi aku movie ni ok la...aku tonton pon sebab ada

Julia robert, adalah salah seorang actress kegemaran yang membuatkan aku musti tonton.
aku memang peminat kepada pelakon molot lebar nie sejak zaman Pretty Women, Erin Brokovich, Mona Lisa.
Ha'ah..movie movie yang masih melekat dalam ingatan aku nie.Lakonan dia berkesan la...meresap gitew.

Tapi dalam movie EAT PRAY LOVE nie, bagi aku story linenya macam so so je la.
Cerita tentang diri penulis sendiri yang mengembara mencari cerita, cinta dan dirinya sendiri
Story line pun macam tonton TCL channel je la lebih kurang.
Filem relaks relaks hujung minggu bole la sebab korang bakal dapat menikmati pemandangan Italy, keserabutan India
dan kenyamanan Bali.

Kan ...kan dah rasa macam nak pegi Bali la pulokkk....
Setiap kali tonton suasana di Bali...aku rasa Bali seolah2 macam tempat yang nampak macam best, nampak cantek, nampak suci gitew.
Eh! nak pegi Bali la.
Eh! nak jadi Julia Robert la.
Eh!nak jadi penulis la.
Eh! nak makan sapagethi la.
Eh! orang nak menulis ko nak menulis, tapi tulisan ko..hadoiii serabutssss..
Eh! nak nak nak..macam macam aku nak la weh.
Tulunnn...

Dalam pemandangan cantek di pertontonkan, "Ketut" menjadi karakter kegemaran aku dalam tontonan hari nie.
"Ketut cannot fly in the plane...because ketut dont have a teeth"

Apakah?
Wahahahahahahahaha


No comments:

Post a Comment