Friday, October 1, 2010

Dah Kata Dah....Hidup Ini Payah

6:30 pagi dah bangon dan solat subuh.
7:00 pagi dah keluar rumah pegi isi minyak setangki dengan tapau karipap dari On the Run. Perisa Sardin.
8:00 pagi dah sampai KL, tapi jammed. Manusia ramai, kereta banyak macam ulat.Nyampas
9:00 pagi dah sampai site visit dengan encik tunang di Wang** M***. Bangunan 4 tingkat, nak renovate interior 3 je.
10:00 pagi dah sampai bank, selesai urusan dengan bank.Borak borak dengan pegawai Bank, bapak dia pun kena rompak jugak.
10:30 pagi dah sampai kedai makcik Milah, singgah makan break fast aka Lunch.
11:00 pagi dah sampai One utama, beli kemeja kerja dan stokin kerja untuk encik Tunang.
11:30 pagi dah sampai bank, selesai urusan dengan bank.Aku picit icon " LARGE amount"
12:00 tengahari dah bagi sms kat teman teman, gathering bersama Huda di Chilies KLCC di batalkan.Aku sibuk gaban.
12:30 tengahari pergi Jusco supermarket, carik sushi. Sedapnya sushiiii.Aku suke SALMON.
1:00 petang dah sampai My Mom's Laundary, amik baju kurung dry cleaning 8 pasang.Hamik kau. Penangan RAYE.
1:30 petang dah sampai parking kat rumah, diskus dengan encik Tunang activity esok pulak.Encik tunang MENGUAP.
2:00 petang dah sampai rumah. Solat zohor. Tido.

""" Dalam kepala otak...
Nasi impit 66 peket kecik kecik.Dah beli...Pending item?"""

Field of Dreams Theme
Rancangan esok esok pulak....
1. Open house rumah kak Ct N @ Sri damansara.
2. Nak kena beli paper plate dan poly bowl, sudu dan garfu plastik untuk Potluck Aidil Fitri hari Isnin nanti.
3. Open house rumah Haji Zahri, Taman Tunku Jaafar, Senawang. Pegi ke tak pegi? Ada laksa JOHORE woi!
4. Nak kena pegi Euro Moda beli kain lagi.
5. Nak kena pegi kedai Reben, beli reben. Takan beli stokin kot. Adess.
5. Nak kena pegi rumah Kak Aya - Tailor terpilih menjahit baju NIKAH saye.
Apala dah jadik dengan baju nikah aku gaknya ?

gegar perasaan... & ZzzZZZZZzZZZZzzzzzzZZZZ


No comments:

Post a Comment