Sunday, October 31, 2010

Cik Lola Nak Bilik BerHawa Dingin


Mana nak carik bilik hutel area Putrajaya murah nie.

Ko ada?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Abg Man bagitau tadi, aku kena bersiap make up cantek semua berdekatan dengan lokasi pengambaran huhuuuuu macam artist gitew..oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk! tidakkk tidakkk...

berdekatan dengan lokasi persandingan cik kak.

"Tak adanya si Ahkak nak make up kan ko dari rumah Abang ko di Utara Sepanyol tu..."
Katenyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.

HOTEL dengan rate bilik termurah berdekatan lokasi majlis resepsi
di PERLUKAN.
ni no ni no ni no ni no ni no ni no.

Adusssss dusss dusss dusssss.
Kos tambahan le pulok di sitew.
Suke tak suke, mak dah pilih Abg Man dan Ahkak make up untuk mendandan mak yang agak tak berapa Glam nie kan.
Makaaaaaaaaaaaaaaaa,
Tak boleh berundur, kena maju ke hadapan belake. Nanti make up cair, sape yang tak antek?
Hakakkkkk jugakkkk ;)

Aku usha le rate bilik hotel berdekatan Putrajaya sepetang tadi.


Walauweiiiiiiiiii.
PULLMAN hotel eh citerasa tekak hakak petang petang tadi ......
Tantekkk plak mata aku tengok hutel nie.Slurpsssss

{ Duk hotel 3 bintang sudoh la Cik Lola oiiii..tak payoh la sampai ke PULLMAN itew...
lepas2 sanding takan ko teros nak buat anak 12 orang eh duduk situ 1 malam kutttt... }

Eh! apa salahnya kan....jeng jeng jeng senyum kambeng sambil terangkat2 kening.

Pre Honeymoon kah.
Auw!
Palm Garden Hotel je la eh...Boleh main golf before check out. Wahaks.
Kalau di layan tekak aku nak bersiap di hutel mewah ni la, nak bilik hawa dingin la... memang togel la encik Tunang aku kerjakan.

;)

Memandangkan aku ni memang tunang yang peyayang...sesi angkat bakol terhempas sendiri sebentar. Weeeeeeeeeeee.

Residence Hutel Uniten dah ler..lapar2 leh carik nasi arab kat fud court dia .Hikhik

Saturday, October 30, 2010

Dating dengan Konsultan Perkahwinan



K.L.C.C


hikhik...cam kelako je bile sebot Konsultan

***
3:00pm - Angin kencang...macam nak ribut.
Aku di jemput encik Tunang ke KLCC.
Hari ni ada perbincangan tentang atur cara majlis dengan Wedd Consultant kami.

Wah! cam grand gitu siap ada Wedding Consultant kan..padahallll..hahaha kawan kami jugeee.

Encik Azman sangat arif dengan event perkahwinan luar pintu dewan.
Mungkin tak terkenal macam sesetengah Wedd Consultant sedia ada di Kuala Lumpur tetapi sangat dedikasi menjalankan amanah yang aku dan encik tunang serahkan setakat ini.
Berlatarbelakang pendidikan tinggi Fashion dari ITM dengan pelbagai pengalaman di bidang yang berkaitan dengan wedding event, serta rangkaian kawan kawan yang menjadi tulang belakang.
Aku yakin Encik Azman mampu memyediakan majlis yang menjadi impian ku selama ini.

Bila dah ada wedding consultant ni, aku tak payah susah susah, serabut serabai RISAU pasal khemah, pasal caterer, pasal guest gift, pasal pelamin, pasal dekorasi, pasal meja makan, pasal hiasan meja makan.
Tak Payah stress stress yea.

Moleknya ada Wedding Consultant ialah...
  • Pengantin jugak lebih banyak masa untuk fokus kepada kerja kerja menyempurnakan borang2 yang wajib di serah kan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan lebih baik dan teliti.

  • Pengantin punya lebih banyak masa untuk fokus kepada penjagaan diri pengantin sendiri. Pegi spa la, pegi urut2 la, pegi body scrub la, pegi buat penjagaan kesihatan diri pengantin la. ;)

  • Selain dari pada itu pengantin hanya perlu fokus kepada kos2 dan corak pembayaran peryedian majlis dari seorang contact person sahaje. Kalau ramai2 serabut kan, keluarga dan saudara mara pun tak perlu la nak penat2 lenguh2 pinggang potong bawang dan lepat2 reben.

Maklom la..keluarga sedara mara cik Lola semua dah veteran2...so semolek2nya cik Lola tak nak mereka buat kerja apa apa. Datang makan senyum amik gambo. Sudey.

Janji semuanya di restui keluarga.

Selebihnya..serahkan sahaje kepada Wedding Consultant yang anda boleh percayai.

sebut pasal Wedding Consultant di negara ini,
pihak pengantin sedikit sebanyak kenala buat latar belakang dan background check terlebih dahulu sebelum mengambil Wedding Consultant sebagai master mind majlis.

BLACK AND WHITE MUSTI ADA

Perkara kecil dan remeh sebegini perlu di pandang serius supaya kejadian yang tidak di ingini dapat di elakkan.

Pastikan segala pembayaran yang telah di buat, di update kan segera pada quotation telah di persetujui.
Komunikasi antara pengantin dan Wedding Consultant adalah sangat KRITIKAL.
Pastikan anda tahu di mana lokasi kediaman atau office tempat Wedding Consultant anda berfungsi.
Selain dari pada itu pastikan no telefon mobile Wedding Consultant anda sahih.

Yang paling penting,
Wedding Consultant anda adalah orang yang anda kenali dan anda boleh percayai.


Sehingga saat ini, syukur Alhamdulilah aku di pertemukan dengan Encik Azman yang amanah.
Wah!!! Siap Promosi oke.

dengan di temani starBUCK buat membasahi tekak masing masing ...


Skatches lokasi pintu gerbang,
sample gambar event di jalan di beberapa lokasi menjadi sumber rujukan dan ide buat kami membayangkan suasana sebenar majlis resepi kami nanti,
walkway,
red carpet,
gazeeboo,
water fountain,
meja makan berdamai,
susun atur khemah,
meja buffet buat tetamu di kiri dan kanan khemah
pelamin
di tunjukkan satu persatu kepada kami berdua.
oh yea!! guest gift box yang agak special akan di tunjukkan kepadaku minggu depan masa lunch hour.
Encik Tunang, nampaknya tidak membantah dan tiada komplen2 yang di suarakan.

hati ini legaaaaaaaaaaaaaaaaa...;)

Selesai perbincangan dan mode pembayaran di persetujui kedua belah pihak.
Aku dan Encik Tunang memulakan expedisi menjeling jelling barang hantaran pula di Parkson.
Parfume Salvatore Ferragamo yang sedap mencuit lobang hidungku, berbau sangatlaaaaaa harumnya....
toileteries Crabtree & Evelyn dengan kotak bunga bunga sangatlaaaaa canteknyaa...
Cincin nikah...HEEEE
Yes!
dah tahu dah nak tangkap apa di minggu terakhir persiapan hantaran nanti.


Doa doakan la semoga semuanya berjalan lancar dan selamat sahaje yea.AMIN.





Materialistik - melastik diri

Sambil melayan drama Jiwa Lara di TV3 pagi ni...dan sambil sambil potong reben,
ternampak petikan kata kata nie di laptop di sisi ku..

Menarik di buat peringatan diri sendiri.
***

Benar kah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai? Hingga dengan nilai itu kita akan mendapat harga diri dan status sosial yang tinggi di mata sendiri dan orang lain. Jika benar, siapa diri kita apabila segalanya itu hilang? Jika rumah terbakar, siapa kita ketika itu? Jika kereta dicuri, apakah harga diri kita turut juga dicuri? Aneh bunyinya bukan? Tak mungkin, harga diri kita terletak kepada semua itu. Tapi, itulah praktik majoriti manusia masa kini – ramai yang menilai diri sendiri dan orang lain berdasarkan pemilikan barang-barang bernilai. Al hasil, kita jadi semakin materialistik dan individualistik.


petikan tulisan dari penulis GENTA RASA

Friday, October 29, 2010

Fikir Boleh...Boleh





" Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu Jika kau fikirkan kekalahan Kau hampiri kegagalan Jika kau fikirkan kemenangan Kau hampiri kejayaan Engkaulah apa kau fikirkan Terkandung dalam pemikiran Kau fikir boleh melakukan Fikirkan boleh Percaya apa kau lakukan Tabah apa kau usahakan Bertindak atas kemampuan Engkau boleh "

**************

Dengar lagu ni dalam radio masa on the way ke BANK.
Ha'a pagi2 lagi aku dah pegi BANK,
Semangat waja hari ni ke BANK.
Maklom la, nak buat final payment kan.
nak mintak surat release dari BANK menyatakan aku dah langsaikan hutang hutang aku dengan pihak BANK.

Alhamdulilah.

Hakak tanye " hakak nak buat final payment ni, bole dapatkan surat nyatakan dah habis bayar hari ni?"
Pegawai bank comel "Cik tolong call centre yea...mereka yang issue Release Letter menyatakan cik dah habis buat bayaran."

DENGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!


Hari tu aku tanye pada collection recovery officer, " cik kena pegi BANK yea, BANK yang keluarkan letter"

Begini la nasib si peminjam WANG BANK.
Next week, misi menuntut surat dari BANK pulak.
Selagi tak dapat surat dari BANK, aku pulak jadik call centre tuntut letter.

Gasakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Siapalah yang boleh bela nasib macam kite ni...kalau bukan diri kite sendiri.
uhuks.
AllahuAkbar.

So, sempena penyelesaian hutang berbakol selama 10 bulan, aku reward diri sendiri la skit atas pencapaian melangsaikan utang dalam masa kurang dari setahon.
Phewwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Yeay!
Jum makan
HEEEEE







Thursday, October 28, 2010

Jatoh Cinta Pandang Pertama




Kak izan, amik eh gambo ni...this is my feveret...FEBELESSS!!...;)

********************

Gambar ini aku temui masa aku belek belek Majalah Ratu Sehari suatu waktu dulu.
Jatoh cinta dengan keindahannya...dan kehalusannya, aku teros mencari tangan keramat yang menghasilkannya.

Seumpama merdunya suara Anuar Zain menyanyikan lagu Keabadian Cinta...
Aku temui BnTB

Heeee...image image aku temui dari Koleksi Trilogy Beauty jadi simpanan peribadi dalam folder WEDDING ku.
Nak di katakan Jodoh...anak buahku Hana juga turut mengabadikan keindahan sulaman manik pereka layah dan tudung GLAM yang sorang ni pada tudung pernikahannya June lalu.

Setiap kali singgah mengintai Koleksi Meletop Kak Izan.
Bibir menguntum senyum sendiri...{ macam orang angau jer...hikhik}


*****************


2 hari berturut turut aku cuba berdiskusi dengan Kak Izan.

Mula mula call...Kak Izan kat kedai...kemain kuat suara nyonya di belakang. Haiyooo nyonya, apa bikin belakang tu kecoh kecoh...hahahaha
Susah betol nak dengar suara kak Izan yang lemak berkrim tu...hiks.Cumel.
aku decide call semula petang tadi.

Alhamdulilah, sempat sampai kan hajat di hati dan impian terbuku dalam dada untuk memiliki layah nikah sentuhan Kak Izan tadi.

"Sebenarnya konsep wedding Ly ala ala Wedding garden gitu Kak Izan...so kalau ada elemen elemen serangga bunga bunga flora fauna...cam best. Ly yakin je work Kak Izan pasti chhhhhantekkkkk"
Kalau ikotkan niat di hati...
aku nak kan kreativity sulaman manik Kak Izan pada baju nikahku jugak...tapi masa nampaknya tak mengizinkan lambat la pulak Kak Aya siapkan jahitan baju nikah chiffon ku.

Tapi.....tak adil jugak andai aku mendesak Kak Aya cepatkan jahitan baju nikahku.
Nanti tak tantek camno kan?

Maka aku akur...mungkin tak ada rezeki nak dapatkan susupan halus jemari Kak izan pada baju nikahku.
Aku mintak Kak izan buatkan layah nikah ku sahaje.

*******

Dengan penjelasan petang tadi, harap harap Kak izan dapat sedikit gambaran apa yang bermain main di minda ini.
Hiks...dapat luahkan hasrat kat Kak Izan tadi pon dah excited habis.Yabedabeduuuu

Harap harapan impian jadi kenyataan.

Psst : jangan lupa amik gambo baju nikah kat Kak Aya besok yea Cik Lola.







Wednesday, October 27, 2010

N.E.G.A.T.I.V.E


Mula mula aku pi K.K Seri Kembangan, sebab aku ikot list di berikan oleh Pak JAIS.
Sampai kat sana, pak kesihatan berpakaian seragam puteh tu suruh aku dan encik tunang isi buku temu janji.

Temu janji melalui telefon bo layan oke.
Selak selak selak

3 November baru ada 2 slot kosong.

Isikan saje mana yang patut...encik Tunang aku kata..bile masa nak siap borang kite camnie.
Jum lari ke K.K Bangi.

***********************

Zasssssssssssssssssssssssssss


TAK SAMPAI 15 MINIT...
"Ujian untuk cik NEGATIP yea....sile ke kaunter pertanyaan untuk pengesahan"
kata doktor {{{ doktor pelatih kut}} yang cucuk jari aku tengahari semalam.

:)

Keluar dari bilik NO 7 dengan wajah berseri seri...bukan seri muka taw.
Berseri seri dah bole tawen dengan selamat.

Yeay..
Hahahaha

Korang datang tepat pkl 2 petang hari selasa n khamis jek kat K.K Bangi tu.
Pegi kaunter no 1.
Beratur eh jangan berebot...hakak tak suke taw. :)
Dapatkan borang dengan 2 no giliran di selitkan di celah borang sebelah kiri.
Dah isi borang tu, pi kaunter pembayaran yea adik adik. Se borang Se Ringgit. Bayau...nothing is FREE on earth yea.
Amik 1 salinan no giliran dan bawak borang ke Bilik di arahkan dan
tinggalkan borang adik adik dalam bakol merah di sediakan.

haaaa no hakak dapat semalam...

No giliran ni akan berkelip2 kat atas bilik no tu.
Adik adik masok la dengan langkah kanan dan di iringi doa selamat dalam hati agar semuanya di permudahkan olehNYA yang maha BERKUASA yea.

Alhamdulilah




You are my FRENNNNNN



Kalau bukan dengan kamooo, dengan siapa lagi tempat aku bergurau dan bergelak gabak

L.O.V.E

Monday, October 25, 2010

Seri Pengantin vs Seri Muka


Partyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy


Puding + dadih = PUDIH
Wakakaka


persembahan hantu bulu...huhuuhu geli aku dengan baju bulu itew. ewww

kat Villa zanos nie.


Party Hantu last saturday kat umah zanos...BEST! seronokssssss

Henjoy habis kutuk mengutuk usik mengusik.
Budak budak kata muka cik Lola macam seri muka bukan seri pengantin.

Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhh Ggrggggggrrrrr



Maka, tadi lepas balik kerja....cik Lola singgah florist beli ROSE.

1 kelopak sehari, ikot petua anak mommy si Nadiyos untuk naikkan seri wajah.

Lepas ni kalau korang nampak cik Lola berseri2...jangan lari pulak tau..
Seri Hantu Rose sudah UP.

Wakakaka

tak sedap rupernya kunyah rose.

Pssttt : bakal pengantin jangan lupa selawat Nabi 7 kali tau.
..lepas tu kunyah2 rose tu macam gaya makan Singam...:))

yummeyh


KanTOI lagi sekali




fEBELES iMAGE from Kimora Lola
{{{ nak jugak glamorousss kan...Gasakkkk}}}

Cik Lola bukak cerita eh....

Suatu waktu dulu penah jadi dah hal nie.

hahahaha
malam semalam terjadi lagi sekali...tulisan rase cik LOLA dalam blog, di temui oleh kawan kawan office.
Deng!
Hahaha.

***************

Semalam kan...kan kan, dak zanos bagitau cik Lola..dia terserempak dengan BLOG cik Lola nie.
Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
dia dah baca oke.
Wakakakakakakakakakakaka

cik Lola rasa muka cik Lola bertukar kaler PINKKKKKKKKKKKKKKKK
Malu.Gelabah. Bimbang.Lantak ko la nak rase dalam hati bercampor baur.

Bende kecik je...saje je cik LOLA jadikan tajok.
Cik LOLA kan OVER :))
tak banyak keje kan..ni le jadiknya.

so, cik LOLA pon teros pegi kat setting, change privacy buat diri AUTHOR sahaje buat masa ini.

Cik Lola kena amik masa nak pikirla...
" nak share ke tak blog luahan perasaan dan kerserabutan otak cik Lola ni dengan sahabat sahabat?"

Tahu aje la...cik LOLA ni macam ada pertalian yang mesra dan akrab dengan budok 7 orang tu...
Kalau sorang dah tahu, maka kena bersedia bahawa yang 7 orang yang lain jugak akan tahu.

RAHSIA kite berLAPAN gitew.

Actually, KALAU cik LOLA tak tahu zanos tahu pasal blog nie...cik LOLA tak kesah pon.
now cik Lola dah tahu, zanos tahu...
MAKA, cik LOLA dah tak leh nak tulis dengan telus tulus original dari hati dah nie...
sebab cik LOLA ni penyayang orangnya,
dah start pikir...
kot2 ada yang terguris hati dengan kata kata la

ye la..walaupon sebenonya cik LOLA tak ada niat pon nak sakitkan hati sape sape,
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii kadang kadang luahan hati cik LOLA dengan gaya bahasa cik LOLA bule buat sahabat sahabat rasa bise kan.

Dalam masa yang samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, cik LOLA perlukan medium jugak untuk lontar perasaan cik LOLA sendiri gak kan.

camne?

@@@@@@@@@@@@@@@@


pagi tadi, Tashos email cik LOLA
dak Tashos kata dalam emel dia,

"pehal x leh nak baca blog akak nie...ada stalker?"
"akak kantoi...zana dah tahu pasal blog akak nie..akak segan ar, kut2 ada kata kata mengusik jiwa plak ke"
balas aku selamba...

tashos tanye lagi..."akak dengan zanos kan rapat...pehal lak akak nak malu? nak risau benau? "
{budak nie budak melakau...jadi harap maklom kenapa banyak benau au au dalam tulisan nie yek}
HEEE

tashos tambah...."tulisan akak bukan ada kena mengena dengan yang hidup atau sudah mati...."

heh!
Gud idea.
...bole ke kalau aku nak anggap cam gitu ek?...
walaupon sebenonya memang aku tulis sebab
KADANG KALA
hati ini rasa bosan,
hati ini sebenonya rasa tak berkenan,
hati ini sebenonya rasa sayang pun ada,
hati ini sebenonya rasa windu,
hati ini sebenonya rasa gembire
rasa suke,
rasa duke,
rasa sedih,
rasa sadis,
rasa jengkel

jadi kat sini saje la ruang untuk cik LOLA luahkan perasaan.

******************************

masalahnya sekarang ni kan...


rasa macam ada bibit bibit bersalah dan berhati hati semula setiap kali nak menulis.


Masalah..masalah...jum belayar





Sunday, October 24, 2010

Pre Nikah Day : Kecohrable

eh eh...ada eh Pre nikah day..selalu orang sebut-sebut pre wedding shoot kan?
Ehekz...adakan sajos.

******
Bakal bapa mertua mewakilkan Abang kepada Encik Tunang ku menjengok muka sebelom majlis pernikahan ku berlangsong tak lama lagi.

Lagi 1 bulan 1 minggu beberapa hari lagi dari tarikh hari nie.
Dug dag dug dag dug dag.

Pertemuan keluarga ke dua belah pihak berlangsong pagi tadi.
bagi mencapat kata sepakat
majlis pernikahan di teroskan seperti tarikh di tetapkan dengan syarat2 di persetujui bersama.

Perancangan asal sepatutnya melibatkan....

perbincangan sekadar perbualan casual,antara abang aku dan abang encik Tunang sambil minum kopi...

***

Tapi aku jempot jugak la....
Abang ipar aku dan kakak no 2. Kakak buatkan lengkong dan karipap sedap.
Abang ipar aku dan kakak no 5. Esok dia nak jadi saksi aku, so kena la jempt makan Nasi lemak yea. Ehekz
Anak buah aku merangkap setiausaha sebab dia yang paling last sekali kawen haritu.
Bab bab isi borang, hantar borang kawen semua masih segar dalam ingatan diakan. Bahan rujukan paling cepat. HEee

Akhirnya....
Semua orang bercakap sambil makan NASI LEMAK SAMBAL UDANG SOTONG DAN IKAN BILIS BESTTTTT!!!

Hahahahahahahahaha
Kecohrable habis.
Keluarga aku memang suke MERIAH MERIAH GELAK KETAWA SAMPAI TAK NAMPAK BIJIK MATA.
:))

Terima kasih buat kakak dan abang yang memeriahkan dan menkecohrablekan keadaan
Semoga perjalanan dan urusan majlis nanti berjalan lancar.Doa doakan yek.

InsyaAllah.
Amin.


“You are perfect, just as you are.”








Party Febeles Malam Minggu


23 Oct 2010 - Sabtu - Semalam.

Kawan2 adakan majlis makan malam beramai-ramai sampai larot malam semalam.

Haaaaaaaaaaaa...hamik gitu tema party malam tadi.

sempena apa party ni weh?gitula desas desus aku dgr dari molot sahabat2 yang hadir.

Aku pun tak pasti sempena apa, tapi bak kata zanos aka tuan villa
"Alaaa aritu kan saya tak pegi open house umah Tash, terkilan gak...so saya nak buat BBQ la untuk kawan kawan"

Entah dari arah mana datang tetiba ada yang hembos nak sambot part ala ala Halloween party.
Perangai pun dah ala ala hantu kan, sesuai sangatttt :)
Ada yang siap nak pakai Skarf Shrek ok.
Nasib baik hantu SPENDAR tak jadik...kalau tak haru tembel mata aku seminggu.
Wakakakakaak
Yea yea yea...kawan kawan aku semua COP sengal kat dahi.

*****************

Pukol 4:30 aku masih terbaring depan tee vee layan lifestyle channel Febeles...Febeles Kimora Lee Simone
Tibe tibe

"Ly tapaukan spagetthi utk mak aku eh, dia dengan muka selamba yakin spagethi ko sedap"
katanyeeeeeeeeeeeeeee dalam text tu

Aku yang tengah terbaring nie...
Ya Allah! spagethi pon belom masak...dah ada request tapau dari makcik.
Waakakakakak terus aku bingkas ke dapur...MASAKKKK!

Aku balas text sahabat " selalu aku potong bawang dadu, hari ni terpaksa potong bawang bentok hati...harap2 dapat mencoit hati mak ko Zai"
Zai balas text ucapanku " kalau aku ada habang hensome belom kawin, sure ko jadi menantu kesayangan mak aku Ly"

Wahhhhhhhhhhhhhhh!
Apporval sudah ada, habang sudah tiada.
Hahahahahaha
Haruuuu

**************************
Aku ke dapor siapkan spagethi dan sauce.
Daging Burger Ramly aku potong halus halus dengan penoh kasih sayang.
Siap semuanya, aku sambong baring mengadap tee vee sambil menunggu dianos amik aku bawak sauce spagethi ke villa zanos.

****************************

Tepat jam 8:00 selepas hujan waktu petang,kami sampai di villa zanos.
Bab makan, masing masing datang TEPAT pada waktunya. HEEE

Ahli Kelab Kalis Kutuk yang hadir ialah...

Aku,
zai,
dianos,
zaidos,
Tasha
Tony
ejal,
zeck,
Addy,
Shidie,
Akem,
Alem,
Dean,
Etos

terhidang indah apa bila kami sampai...
Tuan rumah sedikan BBQ kambing, ayam, sosej, udang satay dan salad.
Kawan kawan bawak potluck.
Ada yang bawak kek coklat pertunangan { sebab bekas dia cantek la sangatkan...maka kek itu di panggil Kek pertunangan..Terima kasih kepada Cik Ayom dengan sumbangan kek coklat yang sangat sedap itew}

Ada yang bawak buah buahan tempatan.
Ada yang bawak mash potato tanpa gravy. Wakakakak { Terima kasih kepada pengiat makanan sihat tegar}

Ada yang bawak kordial { Barli lemon sedap }
Ada yang bawak Ice cream Cornetto comel comel { so delicious macam orangnya }

Aku buatkan sahabat, spagethi beef Pak Ramly.{ memandangkan aku buh daging burger ramly, maka kena la kasi kredit resepi pun nama Pak Ramly kan...kang kena saman...kang kang ...waakkakakkaa }

Aku menonong teros ke dapur tuan rumah, ku cari cari, aku jeling jeling...
mak dan ayah tuan rumah tak de di rumah.
Mak ayah ko mana zanos? tanye ku
"ke Alamandos ok kasi space buat tuan puteri berparty" katenyeeeeeeeeeeeee

Sporting habis kan.

Kami lepak makan makan, borak borak, gossip, amik gamba, sambil2 tu ada yang tonton rancangan mari menari,
ada yang pakai baju bulu ala ala komunis sebab suami si zanos pencinta paintball costume tegar,
ada yang tersandar kat dinding je layan perot yang sedia ada moncet,
ada jugak yang melayan camera DSLR masing masing.Kemarokkkk...baru beli camera la katakan.

Aku dan gegurl asyik asyik jadi bahan setting camera mereka. Berpeluh ketiok.

Haa..apa lagi, macam macam pose bakal di jadikan bahan kutukan dan gelakan la tu.
Sendiri pose, sendiri Gelak.

12 malam -Party Syiok habis.





Friday, October 22, 2010

UnikNYA Anugerah DariNYA

Istimewanya...
Sama tapi tak serupa kan.

Aqeim


Alem

Aku selalu gak verangan nak ada anak lelaki & kembar.
Kini aku ada mereka.


Thursday, October 21, 2010

Dapat Kek Kawen Woi





Update terkini...ni no ni no...eh silap! ni kes cemas
bukan KES CEMAS bukan yer

Tadi wedd consultant aku baru je...update nie
katanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

u wil also get...
1 Gazebo for ushered with decoration
1 Fountain
Red carpet
bla
bla
bla bla
bla bla bla bla
bla bla bla bla bla
bla bla bla bla bla bla bla bla
3 tier wedding cake
blablablablablablablablabla

image from Mr Google.

uh wow!
Apo nak di kato
Kecik tapak tangan, nyiru hakak tadahkan :))

aku ingatkan tak ada kek kawen FREE.
rupe rupernya ADAAAAAAAAAAAA Lola oiiii.

Hari tu...mak YAM kata nak sponsor Pulut bertingkat dengan di kelilingi rendang sedap di gubah bersama bunga orkid hiasan taman
camno nie?

Weddin' Consultant aku memang ROCK!



Chiffon Cream ku lip lap lip lap


by Rizalman's
Idaman kalbu, suke mata hakak mandang sejak pertama kali terpandang.
Hakak nak duduk lentok lentik gitu pun hakak dah tak mampu oke.
Wahahahaah

sadis.

@@@@@@@@@@@

Semalam, Kak Aya call...

"Lily tolong singgah rumah yea, Kak Aya nak Ly cube baju."
WoweeeEEEEeeeeeeEEE


Alhamdulilah...tak sangka Kak Aya fokus siapkan baju aku dulu.laa laa laaa:))
Sayang Kak Aya.
sukenya dalam hati....baju nikah den dah nak hampir siap.
Yeay! Yeay!


@@@@@@@@@@@@@

10 pagi aku sampai kat bawah flat umah Kak Aya,
aku dengar bunyi gedegang gedegung macam bunyi orang gadoh hempas body ke dinding
{{{ siap ada sound effect ok....gedegang gedegong tu }}}

Aku panjat tangga, dan panjat lagi...sampai tingkat 2, aku lihat Kak Aya tengah pukol tombol pintu rumah dia dengan tumit kasot.
Waakakakakakaka
Kasot sapa la jadik mangsa nie.

Aku dah geram ni...dah la panas!kata dia...
Wakakakakakaak
{{ OPsss! sorry bukan niat nak gelakkan...tapi 1st time aku tengok kak Aya hilang temper.. Kunci rumah plak dah rosakkkkkkkkkkkkkk, anak bujang dalam rumah tido mampos tak dengar kak aya call...}}

Aku cuba tenangkan kak Aya..."Encik tunang ada kat bawah, Ly suruh dia naik tolong jadi McGyver eh
{{McGyver ialah mr Tools yang sungguh femes zaman 80an yea adik adik}}}

Encik tunang belom habis mengah panjat tangga...aku teros mengarah...ehekz..
"Abang tolong bukak kan pintu ni bang, kunci ada dalam rumah...anak kak aya plak tido dalam bilik tak dengar .."

Encik tunang.."mintak izin tendang je la kak Aya..bole?"
Kak Aya " tendang lah..aku dah PANAS nie!!!!!..busuk dah udang sayur ikan aku ni haaa"
Wakakakaakak
{aku tak pasti kenapa aku rasaa sanggat kelaaka tengok kak Aya marah}}

Sekali tendang oleh encik tunang.
Kes selesai. Hiks.
Tombol pintu umah kak Aya dah bole buat sup.
hahaha.

Masok ke dalam rumah, aku lihat baju nikah ku yang separuh siap dah tergantong di hadapan mataku.
Walah!!!!
Senyum herot aku sendirian...idong terasa kembang dan kuncup.
Kak Aya mintak aku cube...aku bawak ke dalam bilik dan mencuba.

Perasaan berbaur baur.
Reka bentuk baju kurung ku ambil inspirasi dari Majalah Ratu Sehari adalah yang pertama kalinya di buat oleh
Kak Aya.
Kain kurung modern ku sunggoh meleret2...camno la aku nak cat walk sok ek.
Tolong angkat kan pleaseeeeeee :)
Aku harap sangat sangat selepas manik manik UNGU di taburi...baju nikah ku jadi seperti yang aku idamkan.


Amin.



Wednesday, October 20, 2010

Blog Carik Jodoh...Meh Meh Meh

Aha! Berita baik berita baik buat yang masih BUJANG.

Kawan kepada kawan baik aku buatkan ini untuk kamooo, kamoo, kamoo dan kamoo.
Cuba usha yek...semoga membantu yek.



http://bujangok4u.blogspot.com/

Nak Cantek Punye Pasal...Aku Sanggop



Aku baru balik dari kedai Abang Man di KAJANG.

Abang MAN mana plak nie Cik Lily?
Halaa..malas la aku nak tulis penoh. Kang kata nak show OFF plak. Ehekz.
Tapi kang pembaca keliru plak kan...maka terpaksa tulis dengan telus la yea ;)

Tak lain dan tak bukan...of kos. The Designer tu ler..mana lagi kalau dah balik dari KAJANG kan.
Hekhekhek

Buat yang kesekian kalinya...payment yang telah aku buat di sebotkan.
Abang MAN confirmkan betol betol catitan pembayaran yang telah aku buat dalam buku log dia.
Abang MAN pastikan baju bakal di sarong bakal suamiku sesedap mata memandang...dia cuit sana, dia cuit sini.

Mengisi ruang masa dia memperelokkan reka bentok baju pada Encik Tunang...aku sarongkan kasot pengantin yang di pamerkan di rak pameran.
tibe tibe terdengar suara Abg Man "cantek!"
Katanyeeeeeeeeee.
Size bape ko pakai? tanye Abg Man padaku
"Size 5 la" jawab ko straight forward
"Kaki ko kecik ek, bontot besor"balas Abg MAN.

Dusssssssssssssssssssssssssh!
Nasib baik aku tak tergolek dok.
Wahahahahaahha

Siot!
Kami gelak ramai ramai.

"Nanti Abang buatkan ko kasut yang sedondon dengan baju ko...ko nak 5 inchi ke 6 inchi?"katanya sayup2
Aku " NGANGA"
"Yang penting ko cantek" tambah beliau.
Aku senyum setuju.

Tentu ramai yang tertanye tanye...apa istimewanya aku amik Abg MAN sebagai pereka baju persandinganku
" buang duit je ko buat baju mahal mahal, bukannya bole pakai lama, pakai sekejap je. Pastu bukannya ko boleh pakai semula....ko amik je la pakej mak andam yang sedia ada...bla bla bla"

Kenapa aku pilih designer sebagai pereka baju persandinganku?

Sebot pasal designer...mereka professional. Mereka tahu apa yang mereka buat.
Dan aku memang sukekan orang yang TAHU apa yang mereka buat.

"Harge work dia orang ni mahal sebab nama dia je"
Penah dengar kan kata kata camnie?
Biasa la kan...desas desus molot manusia kan

tapi bagi aku...aku pakai baju rekaan dia kerana hasil kerja dan quality baju yang di reka cipta beliau.
1 design untuk 1 pengantin oke.
Nama dia yang memang femes di negara ini adalah salah satu lagi faktor yang meyakinkan aku dengan hasil kerja beliau.
Yang paling penting aku puas hati la.
Kahwin kan bukan hari hari...why not amik Abg MAN.
Aku yakin, aku cantekkkkkkkkkkkkkk nanti :)

Masing masing ada cite rasa dan kesukaan tersendiri kan.Begitu jugak aku.
Bagi aku Abg MAN dia ada ciri ciri keaslian Melayu yang di kekalkan dalam reka bentok baju baju rekaan beliau.
Aku sukekan ORIGINALITY..ewah. Asli gitew.Naturale

Walau macam mana modern dan barat pun aku di besarkan.
Aku masih suke keaslian dan unsur unsur kemelayuan asal usul ku di selitkan dalam rekaan baju pengantinku nanti. Tak de la di kata orang " tak sedor diri budok nih"
hihik.

Kalau bukan Abg MAN...siapa lagi yang mampu buat aku teros tersenyum kan.
identity diri yang sejati itu mencuit hati aku memilih Abg MAN berbanding designer baju pengantin yang sedia ada alaf ini.
Dari kaca mata aku..secara peribadi. Abg MAN ada kelasnya yang tersendiri.

Tadi aku lalu kejap kat blog niece aku, teros teringat kasot yang bakal ku gayakan dengan baju rekaan Abg MAN.

Abg MAN kata " ko nak lari lari kat taman pon sure tak tergoleknya...percaya la"

Katanyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




{ kasot paling tinggi aku pernah pakai 3 inches sahaje oke. Wish me LUCKKKKKK :)) }