Thursday, June 30, 2011

Dulu Lain Sekarang Lain




Dulu...

Aha!yang si baju merah tu...tak pasti la plak dah bertudung ...eh eh eh!
..dah berubah ke belum.
hahahaaha



sekarang...

Ada bagus? ;)

Lunch hour tadi ...
ada date
marinos, aku dan Makcik merry bertemu dengan HanaNattasha....ahaks. Nama nak bau bau retis sajok!
Nak jugak nama iras2 Hana Tajima gitukan.
Lantak ko la bedahhhh...hahaha
hakak ok je.;)

Beriya iya la aku duk calling2 dia...asyik engage jek mobile dia.
Rupe rupenya dia bergayut dengan boy fren lama. Kemain eh...
nasib baik aku tak buat announcement ala ala anak hilang kat shopping mall di kompeni kau tau.Kahkahkah..

"pengumuman pengumuman...
pengumuman ini adalah untuk HanaNatasha...sile datang ke lobby, ada mak datin ketuk2 ramadhan nak berjumpa dengan anda...Sekarang"
Haaaaaaaaaaaa...skrip hakak dah ada siap ready set dalam otak ...tak announce je tadi tau. Hiks.

On the way ke pusat komuniti tasik Cyberjaya...[kat sini ada lunch buffet, all u can eat untill finish berharga rm19 sekepala...]
HanaNatasha hulurkan sekampit inai mekah yang aku kirim dengan mak dia yang tunaikan umrah beberapa minggu lepas ...[aku kirim inai pecet pecet...dia bagi inai sekampit kau.Hahahahaha...Hamik! Inai sampai lebam pi... ]

eh, ada gambo mata la plak...leh inai sampai ke mata ke hape maknanya neh??
Gasakkk...
sape pandai baca jawi...tulunnn baca apa dia kata kampit nih.
Apa? bole di buat songel jugak?
kih kihkih Kih

Terima kasih makcik! Makcik sangat pemurah...hahahaha
Boleh buat tatoo satu badan la dengan inai ni ...Kelako.Korang nak? Kalau nak kabo ler eh.

Sampai di buffet table...
Aku serang spegethi, perot lapa kemain menunggu HanaNatasha tadi kan. Spegethi sauce dia sedap.
Sambil dengar cerita ceriti dari HanaNatasha...[dia ni kalau bercerita macam tak ada koma eh..banyak slot betol ]
Aku tak henti henti jugak menyerang roti nan cicah dengan paru masak apa ntah aku tak pasti..serta daging goreng garing bersama air peach sejuk.
Lepas tu aku amik Lasange pulak. Aku dah mintak HanaNatasha buatkan Lasange sebelum Ramadhan tibe...aku teringin. Hahahahah ..bukan si Mak Buyong kat Selayang tu jek saje yang ngidam tau.
Lepas tu aku cuci molot dengan bubur mata ikan dengan santan sejuk dannnnnnnnnn
rojak buah cicah petis.
Tibe tibe hidung ku gatai....perot aku rasa nak meletop dah ni

Akhir sekali,
HanaNatasha keluarkan kek carrot cheese dia buat. Lembut lemak berkrim.Di gemari si marinos.
Sodap memang sodap. Manis kedaung.TETTTTTTTTT.
Kena improve resepi dik nun yek. Nanti kalau sodap, hakak leh ordar untuk Aidil Fitri ;)

Dah lama tak jumpa...banyak cerita di kongsi bersama.
Dalam kereta on the way balik ke office kami...
aku dah ZZzzZZZZ

Sekian.



Happy la hari ni



Wohooooooooooooooooooo!

Blog kegemaran hakak dah jadi champion blog paling utuh abad ini ....wohoooooooooo senyum manis celah laptopn tumpang gumbire. Heeee
Pageview TiffinBiru telah di cicahi seramai ENAM juta pembaca. Phewwwwwwwwwww...kalau di tukarkan dengan uwang.

Phewwwwwwwwwwwwwww...umpama mimpi dalam mimpi gitu.
Tapi hakak tolong gembire dan tumpang terbeliak bijik mata jugak tengok entri dia hari ni.
Eh! hakak pulak yang excited. Apa hubungan? hahahahahahaha

Dannnnnnnnnnnn,
pagi ni lepas tengok entri beliau, hakak pon jeling2 la kat hakak punya pageview. eh eh! Enam jugak...hahahahah
tapi Enam ribu saje.Hiks. Sama kan sama kan? Kite sama laaaa....:))

Sadis campur sayu perasaan tibe tibe apabile ..blog personal suke suki macam hakak punya ni pun ada pembaca sudi baca.
Terharu betol... :)).
Time kasih time kasih...[bongkok2 macam lepas habiskan persembahan teater di hadapan penonton... ]
Link
******

Hakak jugak happy hari ni sebab semalam hakak pegi amik jam hakak yang tertinggal di rumah anak buah hakak kat Bangi. Dia tu tokey jual tudung online jugak.Shoppink la apa lagi kan...;).
Tudung style apa plak aku nak sambar kali ni yek?Hmmm....

image kopi dr : Beautiful Nara...mintak skit ye bang.
Cantek kan Fazura pakai Syria..i loike..


Petang tadi nampak Fazura pakai syria...cun sangat. Terus jatoh hati pada SYRIA...

Dah alang alang lepak tu..kami borak borak tentang kisah keluarga.
Kebetulan cousin hakak iaitu Ibu kepada anak buah hakak si tokey tudung ni pon ada. Aha!!Lagi la meriah jadinya.
Cousin hajak akak belajar masak masak di rumah anak nya. Cousin hakak ni memang pandai masak, suke masak dan macam macam la dia pandai....gossip pon pandai. Hiks.
Dia kata dia nak jadi cikgu. Dia nak bukak kelas.Hakak plak teringin nak jadi student.
wah! menarik nih...detik dalam hati.
Sebeno benonya , hakak ada jugak niat terpendam suke nak masak masak ni...tapi sampai saat ini ianya masih dalam bentuk niatla. Kahkahkah.
Hampas je ayat kan :))

Resepi pertama yang cousin hakak hembos semalam dengan lancar dan mudahnya ialaah kuih seri muka.
"bla bla bla ko blend semua lapisan atas ly...mana ada susah" gitu hembosan kata kata cousin.

dah ko hari hari buat memang la tak susah, yang aku ni blender pon ntah letak mana...alaaaa kasssim :))

Habis chit chat tentang keluarga, ada makan malam disediakan cousin hakak.
Wah! lepas shopping tudung dapat pakej makan malam lagi.
Mana nak dapat woi.
Only di Niece's house.
Hari yang happy....Best!

Wednesday, June 29, 2011

Happy Wednesday



8:17 pagi...
sepatutnya hakak dah naik kereta, berdesup ke pejabat.
Tapi...di luar tu hujan turun menyurah2...siap gegar2 tingkapp rumah hakak penangan angin dan air hujan yang kuat.

Huik! Serius bunyi macam ribut ni...perut pon bising macam ribut..HEEEEE.
Tunggu hujan reda sikit la yek...baru ke office.
Hmmmm.... macam gaya x mo reda je hujan ni...hmmmm

Kalau dah hujan macam ni...
hakak cepat lapar ar...apa yang ada di dapur pagi ni ek?

laa laaaa laaa laa...

oh! homemade white choc yang kakak ipar buat wiken lepas ada lagi...nyamnyamnyam :)

pagi pagi kena ada manisan dalam badan, baru aktif dan ceria hidup ini.
Bole gitu?

:)
Happy Wednesday people


Tuesday, June 28, 2011

Ada apa dengan Kasut Perkahwinan






bulan June dah semakin hampir di penghujungnya...inai di jari kaki pon dah semakin menghilang. Huhu...
bermakna dah 6 bulan jugak hakak berkahwin dengan hencik suami...;) Sekejap je dah setengah tahun kan.
bermakna jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...

Sudah 6 bulan jugak hakak tak pakai kasut ni dan kasut ni tak berusik. Hakak sayang kasut ni. Kasut kenangan kan.Tinggi dan Cantek! [ cantek la di bijik mataku ini..kahkahkah ]

Nak cantek tak adik manis???? Hahahaha

Ini kasut pernikahan hakak, cream color.
Kondisi kasut, masih baru. Jarang pakai. Eh! memang tak pakai la lepas-lepas nikah tu. Pakai pon sebab nak posing kat luar rumah.

Nak pinjam?
Email hakak di Lilyjaafar@yahoo.com untuk pertanyaan dan sewaan ok.
Jangan segan2. :))



Jenama : LEWRE
Size kasut : 37
Kaler kasut : Pearl color.
Tinggi tumit : beberapa inchiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saje.
Ke stabilan : Stabil. Percaya la. Dulu poon hakak jakun gak ingat kan tak stabil, serius STABIL.

***

Ahaaaaaaaa!! Yang ini pulak...
Ini kasut persandingan hakak, special gift dari Abang MAN.

Hakak ingat hakak nak sewakan kasut ni kepada sesiapa jua yang sudi nak menyewanya.
Sayang tak berusik kan....baik bagi adik adik manis pakai..penambah seri di majlis mu itu nanti di samping wajah yang dah siap sedia serinya tu kan.

Kepada bakal bakal pengantin perempuan
kepada gadis2 melayu yang nak menyertai pertandingan ratu Siapa lebih tinggi ke..ahaks. Gurau je.
kepada sesiapa sahaja la yang nak pakai kasut setinggi langit ni buat acara bergaya.

Sudi2 kan la email kepada hakakkkkkkkkkkkkk @ lilyjaafar at Yahoo.com untuk pertanyaan
dan penyewaan.

Jangan segan2. Hakak x makan orang ;)

Jenama : MAN's Collection KAJANG.
Size kasut : 5 setengah
Tinggi tumit : 5 inchiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Ke stabilan : Stabil. Percaya la. Dulu poon hakak jakun gak ingat kan tak stabil, serius STABIL.

Adik manis mahu Vogue bukan?
Semestinya ada di siniiiiiiiiiiii....wah! motto..currrrrrrrrlas
;)


Monday, June 27, 2011

Oh! Ibu mertuaku



Hujan lebat membasahi bumi pagi ni kan. Macam mana kat tempat korang? Hujan lagi ke? Apa?
Tak pergi kerja?
Kahkahkah...sama la macam aku.

Aku ambil cuti hari ini.
Aku amik cuti hari ni pun sebab menemani ibu mertuaku yang sakit.
Sakit urat,
sakit sendi,
sakit lutut dan
macam macam lagi sakit tua yang menghidapi apabila usia dah menjangkau ke laut.

Korang amik cuti sebab sambong tidur bawah selimut ke? Isk isk isk...eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Buruk perangai
Masa tak menunggu kite yea adik adik...Pi kerja pi, jangan malas2.Kihkih.

"Mak nak makan apa tengahari ni ye mak?"tanye ku berbahasa di pagi yang nyaman ini.
"Masak pulut dah la..ikan perkasam semalam dengan ayam goreng ada lagi...nasi tak payah masakla..semua orang tak mo makan nasi..mak masak semalam" jawab ibu mertuaku sambil mengurut2 peha dan betis yang mencengkam jiwanya itu.

Haih! dah angin2..dah sengal2 sendi, pulut jugak menjadi idaman hati makan tengahari. Ibu oh ibu.
Ibu mertuaku memang suke makan pulut..tak kire la makan dengan apa pun...Hidupnya memang dengan pulut
Kadang kala, kami makan pulut dengan ayam goreng,
ada masa makan pulut dengan durian,
kadang tu ada jugak sambal ikan bilis, atau sambal ikan masin..makan jugak dengan pulut.
Kuih berasaskan pulut tak payah cerita...
Badan aku pun dah mula naik berangin di buatnya. Ehiks. Tapi sebab sodap. Aku belasah. Sok dah tua...aku pun macam ibu mertua agaknya. :))

Ibu mertua ku
umpama ibuku sendiri. Aku ikutkan sahaje kemahuannya.
Dalam usia ini, tak perlu lagi bertegang2 urat membantah makanan yang di ingini tekaknya. Melarang itu dan ini kepadanya. Kang naik pulak darah tingginya melayan kerenah aku...berdetik dalam hatiku begitu.



Di dapur...
Aku nampak Choclate buatan rumah yang di buat kakak ipar ku semalam masih banyak. Tangan gatal mencapai sebijik buat rasa rasa. White chocolate yang kakak buat ni tak berapa manis sangat la. Sedap!
Kebiasaannya kalau buat homemade white choclate...Manis gilos kan. Yang kakak ipar aku buat ni ok, just nice...sedap je. Tak manis sangat ...

Aku ingat nak bawak office la esok, buat test market ;)

Sementara menunggu, pulut ku rendam buat makan tengahari...
kedengaran suara ibu mertuaku menahan sakit dan angin yang keluar dari dada di ruang tamu.
Pastinya meletihkan. Aku yang mendengarnya pun naik letih. Kasihan ibu...

Aku ke ruang tamu...ku tinggalkan beras pulut dalam rendaman...
Ibu mertuaku sudah lelapkan mata...tenang.
Selepas anak-anak dan cucu cucu dah ke pejabat dan ke sekolah, baru lapang agaknya fikiran ibu untuk berehat dalam damai.

Aku capai novel yang berkisarkan cinta dua darjat tulisan Ilham Kalsom yang terbengkalai petang semalam.
Aku nak habiskan dulu novel ni..nanti aku kongsi review yek. :)

Saturday, June 25, 2011

Orang dulu dulu makan Jamu



Aku tak sanggup la nak telan jamu. Tak tertelan...
Korang sanggop?

Walaupon aku tahu banyak khasiat terkandong di dalamnya.
Tetapi aku tak tertelannnnnnnnnnnnn....sangkut tang tekak tu ha.
BoLeh terhembur keluar melalui hidung dgn telinge lah. Hahahaha...
Jamu kan rasa dia tak sedap..berbau pulak tu...eeeeiii...Macam mana nak maintain ramping pinggang macam kerengge niiiiiiii...:))


Ahaaaaaaaaaaaaa...hakak telan iniiiiiiii ...Minyak kelapa Dara GEL 2 bijik sehari ...softgel.
Takkan sangkut tang tekak punye....tak berbau dan mudah di hadam. Yang penting..HALAL.

tu yang hakak nampak berseri2 dalam gambar tu...orang kateeeeeeeeeeeee.
jom tengok wajah terkini....seri? ke..seri muka?
kah!!

Alamak! Botol pertama aku dah habis la....apa macammmmmmmmm mahu order lagi?
Meh sini Emel kat Lilyjaafar@yahoo.com. Hakak amikkan stok. Harge pun berpatutan ...mampu milikkkk ;)

Apa bile badan rasa sengal2 , rasa letih sokmo..
Rasa lutut sudah longgar, siap ada bunyik kriok kriok setiap kali bangun lepas rukuk.

Bawak bawak la makan VCO ni....
Aku dah amalkan pemakanan tambahan VCO ni sejak sebulan yang lalu. Ringan sikit tulang kalau makan VCO gel ni.Boleh kalah Wonderwomen wa tell you.
Turun naik tangga dekat 10 kali kemas rumah...tak terasa apa apa lah. Selamba.Maintainnnnnnn...;)
Tiada lagi bunyi...adeih adeih adeih..kahkahkah

Selepas sebotol hakak habiskan dan amalkan makan VCO ni kan...hakak perasaan...
VCO ni banyak membantu hakak mendapatkan kesihatan yang hakak inginkan la...
sihat
cergas
kulit tegang
kulit tak berminyak dah dan
tak berjerawat lagi.
selain daripada meningkatkan daya tahan tubuh...jarang2 dengar hakak ngadu demam sekarang ni kan kan kan :) Haa...
ianya jugak membunuh virus dan bakteria serta kulat tau.kut2 ada kulit2 berkulat kat siku..licinnnn kalau di sapu.

Ahaaa! Manafaat dalam hubungan suami isteri - vco memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir [natural ] gitu...;)
Selain tu VCO jugak merawat sel sel kulit jadi lebih tegang dan jugak jadi lebih anjal. Elastik gitu.

Nak cube?Meh order...
Emelkan kepada Lilyjaafar@yahoo.com untuk harga istimewa.
Details product bole di dapati di CATALYST.

Info :: Minyak kelapa Dara aka Virgin Coconut Oil telah di rumuskan oleh pakar pakar negara barat sejak tahun 1930an lagi. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa 1 kandungan yang terdapat dalam kepala yang di panggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan POSITIF ke atas kesihatan manusia.

Bagaimana ianya bole memberi pelbagai kesan POSITIF?
Minyak kelapa dara ni adalah minyak kelapa yang di process tanpa mengunakan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat di kekalkan seaslli aslinya.

berbanding...
minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memprocess yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.

Hakak sekarang ni percaya product2 asli je..apa orang sekarang panggil...Organik organik...;)
Anda bile lagi?

Friday, June 24, 2011

Ive Grown too Strong

Ini ialah kisah cinta...tersadai.

***********************************
"hey! bole ke tak bole kalau i nak buat bla bla bla...." tanye si pemuda padaku di tangga.
"eh! kan dah explain semalam dalam email...tak pernah buat lagi macam tu..." balas aku penuh perasaan menjelaskan yang telah ku jelaskan semalam.

Aku rasa aku guna simple bahasa melayu je.
"....cantik awak sekarang..."kata pemuda itu padaku di hujung ayatnya sambil tersenyum

Aiks!
Aku berlalu pergi...tak menoleh lagi...


listening to Maddi Jane : sweetie pie with lovely voice.

****

No, I can't take one more step towards you
‘Cause all that's waiting is regret
Don't you know I'm not your ghost anymore
You lost the love I loved the most

I learned to live, half alive
And now you want me one more time

[Chorus:]
Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

I've learned to live, half alive
And now you want me one more time

[Chorus]

It took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
‘Cause you broke all your promises
And now you're back
You don't get to get me back

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart
You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?


Senam la woi - Episode Kick Boxing II

image : Google saje.


Kelas petang ni ialah kelas KickBoxing. Aku suke kelas Kickboxing. Sangat mencabar. Berkilo kilo lemak boleh di bakar dengan hanya boxing angin. Betullllllllllll.

Tapi...

Aku tak pergi kelas petang ni...sebab,
1. perut aku sakit. Angin kut. Aku tak makan nangka pun angin. Perut rasa tak sedap.
2.Kawan kawan pulak semua sibuk bertungkus lumus bekerja sampai senja. Sorang lagi nak balik kampung kat Melako...ada kenduri kahwin. Sorang lagi dah terbang dan bercanda di pasiran pantai Pulau Perhentian. Haih..syioknyeh. Aku tak suke pegi kelas sorang sorang...kang kena kidnapp camne. Ahaks...sape la nak kidnapp ko nyah. Adesss...
3.Aku teringat novel Kerana Terpaksa yang belum habis aku khatamkan.
4.Anak abang aku ada menetap di rumah aku sementara ni...sementara nak dapatkan rumah sendiri katanya.Kesian aku tengok dia tak biasa lagi dengan Kuala Lumpur. Takan nak biarkan dia duduk kat rumah sorang2. At least kalau aku ada kat rumah, boleh layan aku update drama AnNissa kan ...kahkahkah.


Nasib ko la labuuuu, jadi mangsa auntie kauuu yang giler tonton drama ni.:))





WOW! Makan Murah lagi Sodap

Siapa tak suke makanan sedap lagi murah di Restaurant berhawa dingin?
Sile angkat kening...He he

Meh sini akak nak share info skit...
Adik kepada adik manis, dia keje dgn Kompeni yang bagi harga meletop ni.

Rm 9 = western meal+ cupcakes

So semalam...dia bagi email kat hakak yang July nanti ada discount coupun untuk makan makan di Taste Restaurant kat Bangi tau.

Hakak dah beberapa kali menjamu selera di restaurant ni. Memang sodap. Kek dan cupkek pun ado. Sedap sedap belake. Tak caya, bole cube.

Sile nantikan offer ni July nanti dan bawak la sanak saudara, anak-anak, buat mini gathering dengan kawan kawan sekolah rendah, menengah agama sekali yea...hikhik. Support woi support.

Pssst :: kebanyakan discount coupon hanya untuk Klang Valley area saje.
Yang ini? Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk..sampai ke Bangi oke.
Beli banyok2 tau. Murah & berbaloi2.


Wednesday, June 22, 2011

Sukan Berbasikal VS Latino Dance




Sejak dua menjak ni...officamate aku ramai yang gilerkan sukan berbasikal.
Beribu-ribuan wang dihabiskan untuk mendapatkan basikal paling laju dengan speed dan gear siap.
Belum masok pakaian sukan berbasikal, kasut topi dan jugak eksesori...begitu juga lampu lip lap lip lap.Malam2 ride baru nyaman...;)

Mahal betul hobi zaman moden ni kan.
Aku yang mulanya teruja, hampir terjerumus ke lembah berbasikal jugak. Tapi sebab nak kena renew road tax bulan ni...
belum sempat terjerumus.hiks.

Hari ni kami terima berita tak berapa nak baik...
Junior staff aku menghadapi kemalangan berbasikal.
Kalau dah basikal berharga ribuan ringgit, apa kelas takat main pusing-pusing keliling rumah dan office saje kan.
Mesti la sekali sekala nak di lambung dan di junamkan. Tak begitu?

Kalau tak nak sakit, tak nak patah...tak nak ketaq lutuit, tak sport kata mereka. Sile pergi Midvalley main main eskalator cukop..sampai poket berpeluh...ok gitu? Adessssssssss....kahkahkah.
Dengar cerita....Pergelangan tangan patah, tulang tersembul keluar, tulang siku retak, tulang tengkuk dan leher masih dalam process scanning.
Katil ICU jadi teman bermalam nampaknya budak nakal sorang ni. Semuga cepat sembuh.

nasib baik ada abg angkat bersama...dan TAK PANIC...[ anda nampak tak tu..tu tu...tulang pergelangan tangan dah tersembul keluar...isk! seram...]
Sorang lagi dah mengeletar tak tahu nak bagi bantuan macammana...

Kepada bakal bakal kaki basikal masa hadapan, sile dapatkan informasi tentang track atau trail yang bakal di redah. Jangan pakai redah sahaje tanpa info yang betol yea. Tak pasal2 salah track/trail...menyembah ke bumi kepalo ekau tu jang.

Selisih...mintak simpang.

&&&&&&&&&&&&&&&&

Tepat jam 5:30 petang...macam petang semalam, aku bergegas ke GYM.
Hari ni ada class Latino dance.
Best!
Walaupon steps asal agak mengelirukan...dengan muzik yang agak asing di pendengaran aku. Kucar kacir kaki aku bedah...wahahahahah. Aku tak give up lagi...teacher pon tak give up lagi bile student2 nampak celaru dengan muzik latino di mainkan.

Nak jadi penyedap, teacher tukar muzik lebih rancak pada sessi ke2 selepas break minum2.
Apa bile muzik di rancakkan, baru la kami semua student2 Jawa...eh tak tak tak...student Latino auw! berjaya menjejaki steps yang betol.
Kelas petang tadi memang BEST!

Psttt "" Teacher kata ahad ni ada Aerobic class di IOI puchong.
Bayar sahaje rm70. Anda akan di ajar caara2 untuk mengajar aerobic aka Trainer aerobic ;)
Anda akan di berikan sijil jugak untuk melayakkan anda menjadi trainer senamrobic.
Berbaloi2 Leha...kalau ko berminat Leha...ko bagi nama Jumaat ni kat teacher. Teacher kata kalau dah ada sijil mengajar, bole bukak class dan amik fees Rm100.

bukan bukak FB je dapat Rm100 ok ;))

Tak sabar tunggu Jumaat...nak kick the Boxing again. Yeah!




Tuesday, June 21, 2011

Senam la woi - Episode Body Tone



Awek baru bertudung dengan
awek dah lama bertudung berjalan seiring menuju ke Gym petang tadi.
Untuk menuju ke Gym, ke dua dua aweks terpaksa melalui depan cafe.
Di Cafe...pastinya ramai pak we-pakwe IT yang lepak berehat minum petang hilangkan lelah seharian bekerja.

Tibe tibe kedengaran satu suara yang sangat kuat melaung dari arah cafe...

"Etonnnnnnnnnn...etonnnnnnnnnnnnnn[ bukan nama sebenar ]" suara kuat itu melaung jelas memanggil Eton awek manis yang sudah lama bertudung. Kawan si Eton agaknya pemuda itu.
"Sapa Ton?" tanye awek baru bertudung kepada Eton.
"Ohhhhhhh si Demang [ bukan juga nama sebenar ]" sambil ketawa kecil Eton memandang si Demang yang dengar beritanya baru pulang dari umrah.

Kemudian, laungan suara Demang bersambong lagi...
"Awek tu dah pakai tudunggggggggggggggggggggg " jerit Deman dengan nada budak budak kampong mengorat anak dara orang di tepi pagar petang petang sambil bertenggek atas motor.

Awek bertudung terus melangkah pantas , tidak langsung menoleh kearah suara laungan itu.
Ada rasa segan dan ada jugak rasa malu menjengah dalam dada.

"Awek dah pakai tudung... sombonggggggggggggggggggggggg...sekaranggggggggg" Demang masih melaung-laung.

Adussss.
Kasihan betol pada si awek bertudung. Habis sekampung tahu dia kini baru sahaja bertudung.
Kasihan jugak pada Demang kerana terserlah sunggoh kekampongannya menjerit2 sebegitu rupa.

Redha je lah...

&&&&&&&&&&&&&&&&&

Aku masuk ke kelas Body Tone buat kali ke dua petang tadi. Kelas hari ni agak seronok dengan steps tarian yang baru. Agak penat kerana banyak lompatan yang perlu dibuat. Kalau di bandingkan dengan kelas Kick Boxing.Kick Boxing lagi ganas bagi aku. Sengal2 badanku di buatnya.

Esok nak join kelas Latino dance pula,
harap2 jangan la si Demang terjerit melolong2 lagi macam tadi.


Sunday, June 19, 2011

My Sunday Morning



Cinta sempurna itu jalannya jauh,
bukan di nilai pada jarak tetapi
hanya masa yang menentukannya - Ilham Kalsom -



adeih la haiiii...
Badan aku sengal, tangan aku sengal, bahu aku pun sengal. Ni la dia penangan kelas Kick Boxing yang aku hadiri semalam. Otot otot sedang menjalankan fungsi dengan betol la ni yek?

Sebenor-benornya, aku warm up tak betul semalam. Uhuks :(

Seronoknnya dapat golek ke kiri, golek ke kanan atas katil pagi Ahad ni. Salah golek, terpandang pulak jam di dinding.
Halamak! Matahari dah nak terbenam balik kau...kihkih.
Awak tu isteri orang ye cik kak, bukan bujang lagi.
Sile Bangkit!

Telefon berdering...
MAK MERTUA nama yang tertera di handphone aku
"Assalamualaikum..mak" jawab ku ..
"Waalaikumussalam...Suami hang mana?" tanye mak mertua ku.
"Tido lagi.." jawabku sambil tersenyum malu..kah
"mak dah nak siap siap pi kenduri kawen ni...majlis tu dari pkl 10 sampai 1pm saje."
"Ye la ly kejutkan enciksuami" jawab ku pendek
"lepas pegi kenduri mak nak pegi hospital ...anak Mizi berak darah semalam..tahu dak?" tanye mak mertuaku
"Hah? tak tahu plak..hospital mana mak? nape jadi camtu? salah makan ke?" tanye aku sebagai anak polis pencen.
" Virus...hospital Kajang tempat Auni kena tahan dulu..tahu dak?" jelas ibu mertuaku cool je.
"Oh ok..ly kejutkan suami bangun la mak...kang leh pegi kenduri sekali...jumpa kat sana yea" aku cube tamatkan perbualan.
"Ha'a ye la..assalamualaikum" suara ibu mertuaku sayup2 hilang.

Aku capai vacum ..vacum working room encik suami.
Telefon berdering lagi...

"Assalamualaikum..."jawabku
"Walaikumussalam.." suara Abangku di Johor kedengaran
" Abang nak mintak tolong ni...anak buah ko ni belum tahu dia kena keja kat KLCC ke kat Damansara..tumpang sementara duk umah ko yea...bole?" tanye abang straight to the point.
"Oh sementara bole la...tapi pandai2 la bawak tikar bantal yek, rumah ly lum ada katil untuk bilik tetamu lagi...amacam?" jelasku terus terang.
"Malam kang anak buah ko sampai..abang suruh dia bawak tikar bantal siapsiap..suami ko bole ke?" tanye abang lagi berbahasa.
" ohhh..boleh je. Kereta ada tak? kawasan rumah ni tak ada public transport lagi tau...tapi nak exit pegi mana2 senang je...tak de jammed2 ni" jelas ku harap2 dapat hilangkan kerisauan Abang.
" Ko kasi alamat....lupa la aritu.." mintak Abang [ padahal last week masa nak pi New zealand dah bagi...malas eh!] :))
"nanti ly sms...apa apa hal telefon ly yea..petang ni nak keluar." balasku panjang lebar.
"Baikla..insyaAllah malam dia sampai la tu.." kata penutup dari Abang.

Sambung golek2 atas katil lah...
Tepek Mask di muka...layan novel kejap...;)


Siap signature penulis ok... ;)



Friday, June 17, 2011

Senam la woi - Episode Kick Boxing.




Sejak menjak beberapa orang sahabat di office masuk ICU...terngiang2 kata kata budak2 menyakat " register gym baru rm40 la woi...kalau bill masok hospital nak pakai mesin jantung 60k tak cukop..." Sape tak seram dengan kata kata macam tu kan.

Jumaat...
Aku ada kelas Kick Boxing.Aku dah bayar rm40 bagi menyertai semua kelas senaman dan cardio yang di sediakan di Gym.
Aku belasah semua kelas yang ada, demi KESIHATAN beb. Kesihatan. ;)

Sampai di Gym, aku dan lindah hamilton je kali ni yang hadir kelas. Sahabat sahabat aka geng kak joyah yang lain ada hal masing masing. Ada yang tak bawak baju. Ada yang laki amik pulak. So tak join.

Aku serbu treadmill, aku warm up dengan berjalan perlahan. Tak perlahan la jugak. Habis 10km aku berjalan di treadmill sambil menunggu cikgu Kick Boxing sampai. Dia lewat nampaknya hari ni. Cikgu kick boxing adalah cikgu yang sama mengajar aku di kelas Body Tone. Body dia memang Tone. Cantek. Nampak gagah tapi kalau dah berdansa sangat lemah lembut. Kagum eh.Nganga.

Lindah hamilton pulak berkayuh 10km dengan basikal tak bergerak yang ada tersusun di belakang aku. Apa pulak pakwe sepet tu duduk berkayuh sebelah basikal si Lindah hamilton ek? Hihi...nak jugakkk bergossip. HEEE....
Seronok berjalan kaki laju laju di atas treadmill. Cikgu dah datang. Aku terkejut di panggil serta merta dik abg jaga Gym. aku pun serta merta tekan punat STOP. Aku jadi pening la. Alamak! kenapa plak ni. Suspend.Nasib baik tak jatuh terjelepuk. Sepatutnya aku kena cooling down dulu sebelum tekan punat STOP.

Tersilap teknik daaa...
Tak pasal -pasal abang jaga gym aku salahkan. Sian dia.
Aku teguk air cepat2. Tarik nafas dalam dalam. Berjalan perlahan2 menurunkan degupan jantung aku yang kencang.

Aku menuju masuk ke kelas Kick Boxing.
Alamak! ahli kick boxing petang ni semuanya hok jatey belako. Segan pun ada. Tapi sebab dah bayar. Segan letak tepi.Kick boxing yang aku pelajari hari ni lebih banyak tertumpu kepada tumbukan. Tumbukan laju ok. Laju serta kencang. Bukan hayun gemalai kak joyah pegi pasar. Tidak yea.

Berpeluh-peluh. Aku setuju dengan kata si apek yang dah biasa berkick boxing. Kelas hari ni sangat memenatkan.
Sesi berboxing bersama partner pun seronok. Ko punch aku, aku elak. Aku punch ko elak. Lupa nak elak, sure lebam.

Aku memang bayangkan orang2 yang menyakitkan hati aku je masa aku punch. Hiks.Lepas geram ok. Bagus untuk kesihatan perasaan dan emosi kick boxing ni. Hehe.
Telefon berbunyi. Alahai. Anak si Lindah hamilton tak bawak kunci rumah pulak. Kami terpaksa berlalu awal tak habiskan kelas. Kang keras beku anak si Lindah hamilton depan rumah tunggu mak dia tak balik2 memboxing yea.

Balik dulu cikgu.
Minggu depan bertemu lagi eh. Minggu depan saya masuk kelas dansa Latino yek.Wink* ;))


Thursday, June 16, 2011

Terserempak



Aku berkerja dari Cyber office hari ni. Head office aku di Cyberjaya.
Aku tak biasa di sini.
Bangunan baru.

Pagi...
Aku hadiri briefing untuk ISO20k certification kompeni aku. Training room ada sampai 12 room ok. Phewwwwwww. Boleh sesat nak carik trainning room saje. Briefing pagi ni sebenarnya bukan hanya untuk aku staff biasa biasa. Tidak.
Ianya termasok juga untuk manager aku. Tapi aku tak nampak bayang dia. Haih.
Betul rupenya kata kata orang di sekeliling mengenai dia...

Apa nak jadi...

Office aku di Cyber ni memang mewah.
Discussion area. Superb. Siap bersofa. Sofa best. Bulat2 ruper dia. Aku rasa nak amik gamba di discussion area...tapi aku belum nak resign pon. Apa kes kan amik gambo pulak kan? hakhakhak.

Ok ok..aku nak terus buat perbandingan kejap noo.

Pantry kat head office pun best. Besar. Toilet pon best. Bersih!Aku rasa jeles. Aku rasa nak pindah head office. Tapi team mana nak terima aku? Sadis.

Aku carik geng geng yang biasa kecoh bersama dengan ku di office Bangi, carik port nak buat kerja sambil tunggu training petang nanti yang bakal aku bentangkan. Aha!Lepak di work area kakak Ram and the geng.Suasana di office sini, senyap sunyi giler..macam kat kubur. Kalau office aku di Bangi. Kecoh giler macam pasar borong hari minggu. Suasana ni yang buat aku lemah nak join head office.

Tak jadik la. Bosan pulak tengok robot2 ni.

Obviously mereka nampak macam bekerja keras. Realitinya, mereka tak la bekerja sekeras mana. Berlakon je lebih aku rasa. Mereka di sini sebijik macam robot. Aku saje buat kecoh dengan abg Ahmad pon dia org buat tak endah je. Kepala tak bergerak, bijik mata pandang computer sahaje. Sebijik robot kan. Tak ada perasaan kekeluargaan, tak ada rasa nak kenal tetamu yang datang pun . Dunia ku, duniaku sahaja.

Di Bangi office, kalau ada je wajah awek baru lalu...habis mata melirik mengekori si awek.Mungkin sebab komuniti kerja kami di office Bangi..kecik. So, semua orang serba amik tahu.
Kadang kala ada jugak yang sampai tahap BB [ busy body ..stended la kan]

Terserempak

Petang aku pulak nak kena bagi briefing. Masa nak ke briefing room di tingkat satu...

Aku terserempak dengan beberapa orang ex officemate aku di Bangi. Terbeliak jugak mata Ah Yap terpandangkan aku tadi. Aku sengih je. Aku paham mereka tak sangka.

Terserempak jugak dengan Kak eta di lif...Kak eyta " eh eh! macam lily...". Hik hik...
Baik2 nak masok lif...lif dah tutop.
"memang Lily la ni kak eta oiii" jerit aku semacam macam aku kat office Bangi. Ops! terlebih sudah...hiks.

Anak lelaki Mohan ...boleh cam aku walaupon dari jarak jauh. Dia mendekati mahu bikin kecoh macam biasa. Aku layankan saje.

Terserempak dengan Wie, adik manis pengantin baru yang aku perkenalkan dengan si Mil tahun lalu. "Eiii, cantek la kak lily dah bertudung..." jerit dia dari tepi lif. Aku sengih macam kerang nak kena rebus. Hiks.

Terserempak pulak dengan Encik Din network yang baru je join the kompeni aku ni, siap belanje aku teh air petang2. Best! Basah kejap tekak yang kehausan selepas bagi briefing tadi.Eh !lupa ar nak cakap thanks kat dia ..aduiii.

Encik Hish mendepa tangan memanjat syukur atas perubahan yang aku buat. Siap belanje kuih pau pulak.Murah rezeki korang hendaknya.

Sekali sekala nak kena keluar dari zon selesa.
Hari ni rasa lain dari hari2 biasa....dapat lebih ramai kawan baru juge ;)