Mereka anak kawan aku...Lyn @Stirling
Comel sangatttt kan. Geram!
Anugerah Allah maha Penyayang...di kurniakan kepada hambaNya yang terpilih sekali dua.
mewarisi kedua wajah dan karakter ibu dan ayahnya...mereka serupa tapi tak sama.
Seorang Bim seorang Bam.
Bijak bistari nampak gayanya.
Geramnya aku...Tuhan aje yang tahu.
eh !macam pantun berjela la plak ...
Bercerita tentang BABY lagi malam ini...bukan lagu si Justin Beiber yer..baby baby ooo baby baby ooo tu yer.
Malas tau nak dengar lagu tu...tapi dok terngiang2 dalam gegendang telinga aku nie. How ley?
baby itu Anugerah dan Amanah Allah buat hambaNYA
baby itu pengikat kasih dan hubungan antara dua insan
baby itu penyeri rumah tangga
Kelahirannya perlukan pengorbanan, bukan hanya dari ibu jua dari bapa.
Tanggongjawab menjelma...kasih sayang berganda.
Sayangila mereka ye ibu ibu dan bapa bapa.
Baby
Sahabat 1 - sedang berusaha buat treatment sebab sukar nak lekat baby ke 2...sahabat aku yang sorang ni setiap kali buat treatment, wajah bertukar rupa. Muka serius keras macam bata, molot moncong sedepa.
Dengar dengar cerita, ibu dan kakak ipar dah bising suruh tambah zuriat, anak lelaki sulong dah besar panjang.Sahabat pulak ligat orangnya...nak kata gile kerja pon boleh juga. Hidupnya sampai ke malam di office...depan laptop.Memang tak ada gaya nak ada baby no 2...
Si Ibu bersuara "adik ko dah nak masok 3 dah anak dia..ko bile lagi nak menambah?"
Berdesing agaknya telinga sahabat, cuba menurut perintah dan luahan orang tua tercinta...pergi la dia buat treatment...tapi di wajahnya setiap kali datang kerja, muka stress giler.
Sahabat pernah katakan padaku " Aku dah malas nak beranak"
Minda kata mahu, hati kata tak mahu.
Sahabat 2 - baru berumah tangga bulan lalu. Tak berapa tahon lagi dah terpaksa menempoh usia 40 tahon.
Di perkatakan oleh sains, perempuan tak elok beranak lepas usia 40. Takot2 anak terkena down syndrome kerana faktor usia...mengandong lewat.
Berkahwin sahabat dihujong usia, sahabat berkata padaku "takan nak main hari hari beb, tak de tenaga "
Apa yang mampu aku katakan selain " pelbagaikan teknik dan gaya kawan...berusaha hingga berjaya"
Hahaaha
Gile ke hape cite dengan aku yang baru nak bernikah nie.
Macam macam la manusia kan.
Sahabat 3 - Di takdirkan sahabat tak mampu untuk mengandongkan baby demi keselamatan dan kesihatan dirinya.
Si ibu mertua meminta si anak mengambil anak angkat. Di turuti perintah si ibu mertua,demi menjaga maruah suami dan kasih sayang tak terhingga kepada harapan keluarga mertua.
sahabat pula wanita lincah bercareer, si anak angkat di bela di jaga setiap hari oleh si ibu mertua.
sahabat katakan padaku " aku sedih dan sunyi la Ly"
Kenapa? tanye ku penoh simpati.
sahabat menahan gelora dalam jiwa " Adam panggil mak mertua aku ....EMAK!"
Semuga semua pengorbanan mu di hargai ibu ibu semua.
No comments:
Post a Comment