Wednesday, May 12, 2010

Orang Mude BerApi





Semasa aku mude, aku PUN selalu sangka apa yang aku lakukan, apa yang aku fikir sentiasa Betul.
Tiada yang tidak betul...melainkan aku sahaje yang betol.... walaupon kadang kala, hasilnya memang terbukti bangang giler.

Contohnya :
kite kejar pakwe kacak yang memang kejarkan mak we cun lain...bukan diri kite.
Dah terang2 pakwe tu suke orang lain, yang ko pi kejar dia pehal?
Bangang giler kan.
Full stop.

Kisah macam ni bukan hanya berlaku pada yang masa mude, tapi pada manusia yang dah dewasa tapi pemikiran masih tak matang2.
Harap maklom.

Contoh contoh lain :
Dah tahu duit gaji tolak api air dan sewa bilik bersih dapat dalam bank $1800 sebulan tapi duit perbelanjean pakai kereta yang hanya di gerakkan seminggu sekali dengan bayaran bulanan $600 sebulan.
tetibe plak...Kereta rosak MAKSIMA dan memerlukan pembaik pulihan berjumlah $600.
Baki gaji berjumlah $600 untuk meneruskan kehidupan selama 30 hari.
Belanje makwe makan 30 hari = $300
duit pinjaman = $300
duit makan tengahari - $300
pinjam Acik nak lepas terdesak - $200 yang hanye di mampu di bayar balik pada 5hb selepas dapat gaji bulan depan.

Apabila Acik berikan nasihat, ada sahaje jawapan balas yang orang mude berikan.
Pandai pandai la ko nak hidup nak....
pandai sangat menjawap.

Acik cadangkan...
kamu buat la part time,
kamu menjawab...
saya kerja 24x7...ada masa malam je laa..itu pun kalau ada job nak buat.
acik cadangkan...
kamu kenal la ramai orang , jangan sekali2 sombong...harap2 ada yang sudi tolong kamu dapat kerja yang bergaji lebih besar dari sekarang...
kamu menjawab...
89.99 juta penduduk bole cakap mereka nak tolong, tapi tak satu pun sangkut...
acik cadangkan...
kamu sewakan kereta tu kalau bole datangkan pendapatan lebih
kamu menjawab...
dah try tapi tak de yang nak...
acik ingatkan...
kamu berusaha la sebaik mungkin, sebab mungkin apa yang kamu sangka terbaik tu tak cukup BAIK
kamu menjawab...
dah habis baik dah ni...ada tak sugar mummy mana mana nak sponsor hidup saya ni...

Nak je Acik katakan pada kamu...
Kamu tu pandai, tapi pandai bukan satu keistimewaan, ianya satu Anugerah...
kalau kamu pandai sekalipon TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
tak berusaha, pemalas , suke bagi alasan, attitude terok...tak buat apa apa...kamu tak kemana..
Kalau kamu memang pandai sangat sangat...pasti kamu tak pinjam duit kat Acik malam ni kan?


Cepat la ko matang wahai orang Mude

1 comment:

  1. aduh, ini bukan fa ni! whahahha. tapi fa kena ingat juge. huhuk :p

    ReplyDelete