Sunday, May 23, 2010

Kini misi BERMULA



Sabtu 530 petang...

aku pegi Subang amik Encik Tunang. Al maklom la, dia bekerja hari sabtu...aku tak.Hiks
Penat bekerja tak lalu dia datang nak amik aku katanya. Uhuks...baru jadi tunang dah tak lalu.
Nanti kalau aku dah jadi Nenek, tak lalu nak pandang aku plak. Huwaaaaaaa
Kena makan kolejen banyak banyak kasi tegang ni?
hihi...

Maka aku la yang pegi pick up dia untuk misi petang nie ke Sungai Choh, Rawang.
Ada apa kat Sungai choh Rawang yer?
ada ini...

{balik dari butik..muka sengih memanjang cam kerang busuk...hahaha.
Aku sudah jatoh hati..dum dum dum}

Seperti ku pesan semalam, aku perlu 2 perkara penting untuk meneruskan perjalanan hidup ini.
Ewah!
Penting la sangat...
aku perlukan baju Melayu dia untuk sample buat baju Nikah nanti dannn
charger camera aku yang di pinjamnya bulan lalu. Bosan siot hidup ini tak bole main main dengan camera cenonetku.

dari Subang berdesup ke Rawang.
Sepanjang perjalanan encik Tunang menyanyi nyanyi dengan gaya penyanyi Itali.
Gaya Pavaroti gitu.
Melihat dia menyanyi aku hanya gelak dan terus gelak.
{encik tunang ni happy ke..cemas ?}
Aku tak pernah tengok penyanyi di kaca tv atau di konsert menyanyi seteruk dia.
Menyanyi sampai macam nak kena kancing gigi je rupa dia.
Wakakakakakaakak
Aku penat gelak.

Selepas Tol Rawang...Agh!!! Rawang dari dulu sampai sekarang..tetap Rawang.
Hentah zaman bile TAK JAMMED.
Jalan sempit berpuloh tahon lampau tetap begitu.
Tiada penambahan
Tiada pembaharuan menuju ke pekan Rawang.
Tak dapat ku bayangkan kegigihan warga tua mengharungi hidup di Rawang yang yang serba keserabutan.
Salute.

7:00 malam, akhirnya destinasi yang ku cari ku temui...
Kilauan lampu menerangi Butik membuatkan keletihan meneroboskan diri dalam jammed tadi bertukar gumbira.
Aku dah nampak!
Aku dah nampak dahhhhh!
Aku suke, aku jadi teruja. Siapa tak sukekan KECANTEKAN dan KILAUAN.
Bukan petir yer.

Aku bagi salam...empunya Butik sambut salamku depan pintu.
Empunya Butik mesra alam orangnya..hiks
aku rasa selesa...begitu juga encik Tunang dengan mereka.
Ramai jua tetamu melawat nampaknya lewat petang semalam.
Aku tak berkelip memandang yang di hadapanku.
Kali pertama aku melihatnya...aku telah membayangkan aku berada di atasnya.

Yang ku idamkan kini di hadapan mataku.
MasyaAllah...canteknya.
Aku mahu.
woweeeeeeeeeeeeee :))

Jatoh cinta pandang pertama.

No comments:

Post a Comment