Mengganas
H1N1...salah sorang officemate aku di kuarantin DI HOSPITAL oleh virus merbahaya itu.
semalam teman sepejabat memberitahuku berita terkini...
Yats " kak tie N di kuarantin di Hospital kerana positif dan PEMBAWA H1N1...BOSS mintak kite jangan heboh heboh...sekirenya ada yang bertanye...kite hanye bole jawab " sile rujuk manager anda"...haa camtu lah"
Aku berdetik dalam hati" Ya Allah! ...jangan kau duga aku dengan ujian tak tertanggong oleh hambamu yang kerdil ini Ya Allah"
Aku "sapa lagi yang kena..sejak bila Yat?"
Yats " kan since last Thursday lagi kak tie dah temankan anak anak dia di wad"
Aku " habis anak anak dia pon kena...?"
Yats " anak anak dia la yang di jangkiti dulu di sekolah..semua satu rumah"
Aku " eh!jom amik vaksin"
Yats " kat mana?..eh x pe..nanti aku tanye kak tie camne nak amik vaksin"
+++++++
Yats "Kak tie pesan, pegi klinik panel, dapatkan surat doktor untuk dapatkan suntikan vaksin di mana mana private hospital ...jangan lupa bawak GE card, kalau pergi sendiri nanti kena charge tau RM 70 camtu...Tak payah pergi klinik kerjaan...mereka sekarang sibuk dengan kes kes kritikal je..pegi la amik Vaksin yer"
*************************************
Lewat petang semalam, segerombolan jejaka ...entah dari mana... aku tak pasti...menghulurkan MASK kepada kami semua pekerja pekerja DC.
Office kami juga di beri semburan anti septik dan anti bacteria di setiap penjuru.
Tissue anti bacteria juga di hulurkan supaya kami mengelap semua peralatan pejabat yang kami sentuh.
Sehingga pukol 800 malam aku masih di office membantu menyelesaikan task task yang di tinggalkan Kak Tie...
atas arahan Boss ...oh ye! Boss aku sedang bercuti...acting Boss yang mintak TOLONG.
Kalau di kenang kenang kembali...
Kalau ikotkan atas kata kata tuduhan dan penghinaan yang pernah Kak Tie tujukan padaku suatu waktu dahulu...
aku jauh hati sekali untuk membantu menyelesaikan kerja kerja yang di tinggalkan...
Tapi entah mengapa hati ni mungkin telah memaafkan, mungkin hati ku bukan kelabu asap seperti hatinya...
dan aku adalah manusia yang tak berdaya sekali untuk menolak jika di mintak MEMBANTU.
Atas dasar ke manusiaan, atas dasar menghormati manusia yang lebih tua dariku...
apa pun yang pernah Kak Tie katakan, buruk burukkan, hina tentang kelemahan ku.
Aku redha...aku maafkan. Aku punya kelemahan...aku mampu memperbaiki kelemahan kelemahanku.
Aku harap apa yang berlaku hari ini, ujian di berikan Allah... menjadi iktibar kepada kelemahan dirinya sendiri juge.
Aku sedar diri bahawa aku ini hanyalah manusia yang lemah di sisiNYA
yang MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGAMPON.
No comments:
Post a Comment