Selamat Hari Ulang Tahon yang ke 3 Puloh Tige
[kalau bole aku nak pakai font giler bapak giant untuk 33...tapi tak ada la pulok...hahaha]
ye...aku tahu, birthday ko bukan hari ni...tapi esok. Kunun2 aku akan menjadi manusia pertama mengucapkan happy birthday buat ko..sedangkan aku juga tahu ramai lagi rakan rakan ko dalam buku muka dah wish ko 2 minggu awal dari aku kan...hakhakhak.
Apa yang menyebabkan kau special di kotak fikiran aku?
Ko nyanyi lagu nasyid siap video clip gambar kubur dan kematian....di saat saat aku nak melonjak lonjak dalam Red Box mendendangkan lagu Coklat - Karma... potong stim betol!hihi..
#2 - Ko gelak sampai keluar air mata...sama dengan aku. So aku rasa aku macam aku ada pesaing dalam perlumbaan air mata sapa paling banyak...hahahaha dan aku rasa ko sama macam ahli keluarga aku...keluarga aku sahaje yang gelak sama sama dengan aku sampai keluar air mata dan air hingus....dan cakap " dah la dah la..tapi masih gelak".Wakakaka.
Bagi aku...ianya unik. Aku jarang jumpa lelaki gelak sampai meleleh air mata...unik unik.
#3 - Ko tak percaya aku ini sebenarnya pemalu...bukan ko je...malah ramai lagi sukar nak percaya aku ni pemalu. Pehal ek? eh chop! ni pasal kamu ke pasal aku ek? ehiks..terkeluar tajuk sudahhh :D
walaupon ko banyak gelak...aku tahu ko juga banyak simpan kesedihan.Betol tak? ehiks...
Macam mana aku tahu? Aku tahu leeeee...aku kan lebih dulu hidup dari kau..wahahaha {{{ gelak bongkak!}}}
Sempena hari ulang tahun kelahiran ko yang ke tige puloh tige ni, aku doakan yang baik baik saje untuk kamu, semuga di permudahkan segala urusan dalam perjalanan di sini dan di sana. Aminnn.
Kata kata nasihat aku yang lebih berusia dari kamu ini...eh eh chop! tak best perkataan ni...ehem ...nasihat aku yang lebih dewasa dari ko ialah :
"ko Lepaskan yang lama...ko mulakan yang baru".
Happy Birthday Zeck
No comments:
Post a Comment