Pening pening, tensi tensi...Boleh potong kepala wooo.Hikhik.
Drama hari ini ialah...Hari ini minda saya celaru...celaru bedah bak kata budak budak sekarang.
Pagi pagi lagi...kakak call saya lagi suruh follow up dengan Operation Manager tentang dewan persandingan saye di salah satu Golf Club [wah! haku kahwin di Golf clubkah? hahaha...berangan saje ok] berdekatan dengan rumah kami. Kakak saye cerita dengan nada begitu teruja sekali dengan persembahan di berikan sewaktu menghadiri majlis perkahwinan jiran lama beliau di kelab itu.Saya ni baru la sangat sangat sampai office waktu kakak call.
Kakak :: "Manager tu kata $35 sekepala cuba call cuba ...how how?"
Saya :: "kat office ni , belum sempat call lagi"
Ehem...sakit plak tekak ni, sebenarnya siapa yang nak kahwin ek? hmmm...
Saya dengan perasaan bercampor baur, menurut perintah kakak tersayang menghubungi Operation Manager.
ring ring...ring ring...ring ring...kerangggggggggggg.
Ops manager "Semuanya kami sertakan, 500 kerusi, meja bulat, meja makan utama dan decor, scalopp menuju ke pentas utama, makanan kami sediakan 5 menu untuk pengantin pilih nanti, PA system termasok Complimentary Gift 1 bilik percuma untuk Pengantin, dan sebuah holding room untuk VVIP. Harge yang saya sebotkan itu untuk cover semua cost persiapan persandingan mengikut tema pengantin...apa warna tema pengantin nanti? apa? Lavendar?..boleh...semuanya kite boleh sediakan ...tiada masalah!"
Bakal Pengantin " $35 untuk berapa kerusi En Manager?"
Ops Manager " min 500 kerusi bersamaan 500 tetamu"
Bakal pengantin mengambil kalkulator dan mengetuk2 angka di sebut oleh Ops Manager.
"Masalahnya MAHAL GILER LA EN MANAGER!"
Bakal pengantin :" kak dah call En Manager tadi... dia cakap kalau reduce tetamu jadi seciput 200 org, maka harge di berikan akan naik menjadi $40 - $45 sekepala...semuanya untuk menampong cost2 di sebutkan tadi lah ...tanpa pelamin."
Kakak bakal pengantin : " dah macam rate hotel la pulak... baik buat di hotel cam tu"
Bakal pengantin : " tak pe la, nanti survey tempat lain"
Tahap tensi dalam jiwa meningkat pagi pagi bute hari Isnin.
Stick to my budget...Lantak!
Tengahari, saya ikut zan ke Bangi bayar bill lunch tadi...asalnya dia nak bayar bill internetnya dan kemudian makan cendol di tepi Shell. Sedar sedar, kami sampai di D Muar. Orang kata D muar punye mee bandong enak sekali. Tensi punye pasal saya makan nasi ayam. Hamik!
Petang pula seperti di rancang minggu lalu, saya , Lindah dan Zan ke Nilai tempt makan sedap di perkenalkan Zan buat pertama kali ...Auntie Aini's Garden Cafe. Mula mula sampai di pintu gerbang cafe...saya sudah teruja. Landskap dia cantek tau, sungguh natural hasil olahan dari sumber alam semula jadi yang sedia ada di sana. Patut la owner memanggilnya Garden cafe...memang rasa dalam Garden gitew.
Ada kelas kau! Auntie Ani's Garden Cafe - Eastern and western Fusion. Semuanya sedap belake.Malangnya hujan turun agak lebat dan suami si Zan lupa pulak nak bawak Nikonnya tadi. Kalau tidak sure aku dah sakan berposing di celah celah pokok cili...cili mereka tanam subur siut!...Heee
Adi order Lambshank dengan barli ice, zan pulak order roasted chicken, lindah dengan chicken chop dan nescafe tariknya dan aku Rib eye dengan air kepala muda. Yummie sekali. Di tambah pulak dengan tapai ice cream. Pepatah dulu kala " perot kenyang senang hati"...Pepatah baru di temui " Bila dah kenyang...tersandar". Hahaha Over all, sedaps. Nice.
Dari sudut kaca mata saya yang baru sampai di Garden Cafe Auntie buat pertama kali, mereka sangat berpengalaman dalam masak memasak. Layanan di berikan mesra, tempat menarik, udara segar di celah celah pokok2 pelbagai guna, daun pandan ada, pokok bunga bungaan ada, pokok terong pipit pon adaaaaaaaaaaaaaa. Pokok cili padi berlambak tak payah cakap. Maklom la cafe di dalam negeri Sembilan...Cili padi itu MUSTI! ehikz.
Saya nak pegi lagi 1 hari nanti, nak cuba Masak lemak cili padi Kupang pulak. Abang sayang saya suke kupang...kurang pedas ye Auntie!;)
Ps : Anda suke makan? sile la http://catzscafe.blogspot.com/2009/05/aunty-ainis-garden-cafe.html
bukan mas kawen RM300 ke. ehh.. acik bukan org selangor. wakakaka. :p
ReplyDeletebukan 30 sen sudah!
ReplyDelete