Malam tadi...
Panas sangat cuaca sejak kebelakangan ni...termasok la cuaca malam tadi. Aku on YM macam biasa sambil melayari buku muka. Harap harap banyak lagi gambar gambar live dari majlis pernikahan Tasha di uploadkan oleh Siti fotographer pilihan adik manis.Aku rasa bersalah sebenarnya ni...
Sambil melayari buku muka, ada pop up message ku terima dari sahabat.
Sahabat : nanti aku rekomen jahit manik kat kawan kawan aku pada ko yek.
penjahit manik amatur : sile sile..itu yang di harapkan, tapi aku segan la...aku ni amatur.
Sahabat : practise makes perfect.
penjahit manik amatur : stuuju!...usaha tangga kejayaan kan.
Sahabat : nanti ko emel kat aku gambar hasil jahitan manik ko tau.
penjahit manik amatur : insyaAllah ...apa yang ada ye..maklomla aku baru belajar, tak ramai lagi customer. Tapi bole laa ...;)
Nak hilangkan rasa bersalah yang wujod dalam hati ni, aku jeling buku sekolah menjahit manik ku tahon lepas...bulan Nov 2009 rasa nya aku pegi kelas Intas Mastura. Aku dekati kembali kotak tools menjahit manik yang ku rindui. Hampir 2 bulan la jugak aku ketepikan hobi menjahit aku gara gara kesibukan menyempurnakan majlis persandingan anak buah aku 17 Jan 2010 tempoh hari. Kesibukan aku mengalahkan menteri kewangan gitu...ehiks.
ini ialah Kitab manikku...
hasil teknik jahitan yang aku pelajari dari Intan...cikgu yang bagos!
Hasil jahitan aku pada baju kurung ku sendiri...manik pintalan.
Aku suke sangat2 jahit teknik nie
Hasil jahitan aku pada baju kurung ku sendiri #2...manik tabur dan camporan batu crystal besar punyeeee. hikhik
Jahitan manik tabur juga menjadi kegemaranku kerana ianya mencabar tahap kesabaran ku.
walah! di hujung lengan baju dan leher.
Cikgu kata " makin kecik manik, makin mahal yea upahnya !"
kalau ada sesiapa yang berminat nak aku jahitkan...jangan segan segan nak email/YM yek!
Email je :: Lilyjaafar@Yahoo.com.
tak pun.
YM je :: Lilyjaafar.
No comments:
Post a Comment