Sunday, February 14, 2010

Encik Tunang hantar Limau

Raye cine 2010 jatoh pada 14 Feb tahon ni...iaitu bersamaan Valentine Day. Aku tak sambut raye cine, aku juga tak sambut Valentine.

Apa menariknya raye tahon baru cine dari kaca mata aku...hurmmm...color merah! hee...

Menarik nya raya tahon baru cine bagi aku ialah buah limau... selain dari itu chongsam, aku ada 1 congsam...itu pon aku pakai sewaktu body shape aku masih slim...well tak ramai warga Cine di Malaysia yang pakai baju Congsam pada musim tahon baru cine ni.

Rata rata ku lihat, mereka masih mengamalkan budaya pakai seluar pendek...sama macam hari hari biasa. Ha!Yang lebih menariknya masa musim raye cine ialah, jalan raya di Kuala Lumpur lengang, aman damai tak ada banyak kereta dan tiada kelam kabut di jalanraya, semua kedai perniagaan cine tutup. Semuanya tenang. Aku suke nikmati waktu masa orang cine balik kampong berhari raya.

Hidup terasa aman damai. Love it very much!

Bunga api yang berdentam dentum dan tarian naga eh singa la.... bukan menjadi kegemaran aku kerana aku bukan peminat bunyi bising bising dengan tarian singa ke naga. Aku lebih suke tarian modern...hip hop tik tok kind of bising aku tak kesah! Ahaks. Gurau saje...

Ada orang tekan loceng di luar rumahku...ting tong! Aku terkejar kejar dari bilik mendapatkan pintu...

Seorang jejaka berkaca mata sedang mengangkut 2 kotak buah limau di depan pintu rumah ku...encik Tunang hantar 2 kotak limau mengalahkan tokey bikin bangunan wooo....time kasih encik Tunang ;))

Makan limau boleh mencantikkan kulit bukan?
So mulai hari ni, aku nak makan sebijik limau sehari dan banyak buah buahan..supaya miliki kulit yang cantekkkk ;))

Limau cine jenis Lokam manis semanis madu...
hari tu di office Eric Tang bagitau aku kalau makan limau ni jangan buang bulu aka serat dia yang puteh kerana disitulah bahagian yang menyejukkan badan dan memudahkan penghadaman...

tapiiii
ada pulak umat yang bagitau aku kena buang serat puteh di luar tu sebab serat itu akan menyebabkan aku sakit tekak...ada ulat bersembunyi dan macam macam lagi teori.

mana satu betol daa?

aku tak wish pun boss baru happy chinese new year...nak wish ke tak ek?

ops! sebelum hari raye cine hari tu, aku sudah terbeli kasot baru pulokkk by SEMBONIA hee..
macam aku plak yang nak raye yea. :))
Gong xi fa chai all.

No comments:

Post a Comment