Sunday, May 22, 2011

Project Blue Box : Hijau Salju Edisi I

Jumaat malam, menonton Nur Kasih the movie di Midvalley.

Pagi sabtu aku dah berangan-angan design manik buat Dik Na.

Hari Ahad, jahitan manik dah siapppppppppppppppppppppp. Laju bukan? ;)


Teknik : Dedaunan...yok or jek.Hihik

16 May, Dik Na serahkan baju kurung hijau beliau dan kakak kesayangan kepadaku.

Hari ni, baju kurung hijau lumut untuk Dik Na dah ku siapkan penoh perasaan. huhu.

Gigihkan ...hujung2 minggu duduk perapkan diri dalam bilik siapkan jahitan manik buat customer comel :)).

Syabas Lily..syabassss. Rasa puashati kalau dapat penuhi hasrat customer. Baju kurung chiffon plain sekarang sudah berbling bling cantek. Ehiks. Yakin cantik bole?

Sendiri buat, sendiri design, sendiri puji cantik. Apakah? Wahahahahaha...

Walaupun hari ni terkejar sana dan sini membantu perniagaan encik suami yang sedang merangkak rangkak naik, namun aku kuatkan azam siapkan jugak baju kurung hijau buat Dik Na.

Harap harap ilham kreatif ku lahirkan di kurung hijau beliau, walaupun hanyala teknik paling simple di gunakan, mampu membuatkan Dik Na tersenyum puas hati.


Kalau Dik Na tak puas hati, aku je lah pakai baju kurung hijau nih...Bole gitu? Ahahaha...[macam muat Kak nun oiii...Hee...]

Baju Dik na dah siap aku hang kan di depan mata.2nd Project Blue Box bersambong buat kurung si kakak pulak.

Walaupun warna baju kurung hijau buat si kakak sama warna dan gaya, aku rancang nak berikan sentuhan design dan teknik berbeza daripada teknik yang ku buatkan di kurung hijau Dik Na. Kombinasi warna merah dan hijau aku pilih untuk menceriakan kurung hijau lumut buat si Kakak.

Jeng jeng jeng..tunggu saje hasilnya nanti yek.

Adik adik manis nak mintak kak nun jahit manikkan baju kurung? Boleeeeeeeeeeeeeh. Meh la hantar...tempahan masih terbuka luas. Meh meh meh..jangan malu2

No comments:

Post a Comment