Monday, May 9, 2011

Kerinduan Buat Ibu

Di satu sudut,
aku baca pelbagai ucapan - ucapan anak anak buat si ibu, buat mama, buat ummi tersayang.

di satu sudut lagi,
mereka bercerita tentang sambutan meraikan dan meluahkan kasih sayang buat si ibu

Ouch! bahagianya mereka yang masih memiliki dan yang telah bergelar ibu.
Aku rasa sayu, rasa terharu, rasa rindu.

Dan

Di sudut ini,
aku hanya memendamkan rasa sakit dan pedihnya menahan kerinduan ini buat satu satunya emak yang melahirkan, mendidik dan membesarkan aku hingga saat itu.

Rasanya ingin ku laungkan, ingin ku jeritkan rasa rindu ini agar mak dan abah tahu, agar 1 dunia tahu. Aku sangat sangat rindukan kedua duanya....tapi tak pe lah.

Setiap hari, setiap saat, setiap hela nafas ini, kamu berdua sentiasa berada dalam doa doa seharianku. Semuga emak tenang dan bahagia bersama abah di sana.

Selamat hari istimewa Emak.
Al Fatihah.


** Lagu OH ibu di nyanyikan oleh MAMAT dari kumpulan Exist terngiang2 dari tadi. Apakah?

No comments:

Post a Comment