Al Junaid berkata
" Sabar adalah perbuatan menelan kepahitan tanpa bermasam muka [redha]".
***
Dulu masa sihatnya, dia ceria je. Suke buat lawak. Suke berjenaka.
Kini badan dah makin susut. Kasihan dia menahan derita.
Melihat akan dirinya sahaja, aku dapat rasai kesakitan di alami.
Abang iparku mengalami pendarahan otak.
Kakak iparku sentiasa berada di sisi dia, tak pernah dia bermasam muka, walau penat melayan kerenah dia, serta anak anak.
Dia tak pernah berhenti tersenyum biasa.
Tabah dan sabarnya kakak.
Kehadiranku yang hanya mampu berada di sini menemani
Harap harap kurang rasa sakit di tanggungnya.
Aku capai majalah solusi, agar rasa sayu dan risau dalam hati ini cepat pergi.
***
Sabar itu Indah
Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang di batasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir.
Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.
Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus dari Allah
Ujian itu penebus dosa
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang ESA
Pahrol Mohamad Juoi
Solusi edisi 31.
Terima kasih Solusi.
No comments:
Post a Comment