Yeay!
Rumah den dah ado UNIFI, korang ado? hahahahaha. Kak lola register last month, baru hari ni abg UNIFI datang install segala bala cable di rumah.
UNIFI tu amende ?
Kini rumah kak Lola ada telefon , ada cable TV dengan 14 channel free dan jugakkkkkkkk modem untuk melayari internet dunia tanpa sempadan dengan kelajuannnnnnnnnnnnnn berdesup serta 2GB free email dari TM.
Dia orang panggil TRIPLE PLAY gitu...
Laju ke ?
Yes! memang pantas. Hakak suke sangatttt. Nak surf Youtube ok tak?nak layan drama kat TONTON.COM pon laju...tak de terkepot2 dah macam pakai broadband...sekali klik. Zasssssssssssss! Suke suke..tak perlu berebut2 lagi nak pakai broadband dgn encik Suami kan...bole berblogging di tingkat atas , kat bawah, kat dapur..di mana jua dalam ruang rumah anda berada. Woweeeeeeeeeeeee.
Best! Memang best.
Kalau sebelum ni, kak lola pakai broadband MAXIS yang kejap2 expired...kejap2 kena toptup...belom habis pakai pon, dah di expiredkannya. Kejap2 hang. Kejap2 down. Nyampah ai.
Kini hidup lebih mudah dan indah dengan UNIFI.Wah! promote bagai nampak! Dpt komisen ke? Abg UNIFI kata kalau kite ada form and rekomen kat rakan2..kite leh dpt komisen gak tau. Tak pi kak Lola tak pasti la details procedure nak dapatkan komisen bagai tu...sile la kalau sape2 rajin kan nak carik duit poket. :)
Ada TV? maksodnya....
Selain tahap melayari internet yang laju, ada 14 channel tv free yang di sediakan. Ada jugak channel lain yang buleh di subscribe mengikut cite rasa pengguna. Channel yang nak kena subscribe tu boleh di preview jugak sebelom kite confirm subscribe. Ada yang boleh subscribe per month. ada jugak yang bole di subscribe per movie.
Channel2 free yang kak Lola amik adalah dari pada pakej VIP 5 je yang mampu setakat ni tapi yang pasti channel kebangsaan ada la seperti...Tv1, TV2, TV3, Tv7, Tv8 dan TV9 dekattttttttttttt di hatiku.begitu juga...channel HIKMAH ada [ byk drama Hindon je nih ] Bernama ada, Travel channel, Bloomberg, CNB ke hapa tadi...haa gitu la yang seingat kak Lola. Kak Lola tak kesempatan nak siasat lagi sebab encik suami dah beku depan tv...tak de chan nak pegang remote ponnnnnnnn lagi.
Buat masa ni kak Lola tak subscribe lagi channel2 yang lain sebab kak lola nak tengok dulu hasil perbelanjaan dari bil pertama. Kut2 la ada macam macam di casnya kan.
Nak telefon pakwe, mak mertua, pak mertua, anak sedara bole?
Ahaaaaaa...Sebijik telefon cordless hitam di sediakan juga. Kalau nak call ke mobile...charge 10 sen di kenakan yek. Kalau telefon rumah. .Mana la tahu nak kabo kat satu donia , umah korang dah ada UNIFI..bole la calling2 here and there. Free sajos.
New era of digital lifestyle bermula hari ini di sini. Huhu...Korang bile lagi? ;)
No comments:
Post a Comment