Monday, May 23, 2011

Brownies Kukus Cheese

Malas nak cakap banyak hari ni...jom zasssssssss resepi

  • Bahan A:
  • 180 gram mentega
  • 20 gram serbuk koko, diayak
  • 170 gram gula kaster
  • 3 biji telur
  • 120 gram tepung naik sendiri, diayak
  • 1 sudu teh baking powder, diayak
  • Bahan B
  • 250 gram krim keju (Phildelaphia)
  • 60 gram gula kaster
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. -Pukul butter and gula.
  2. -Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. -Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
  4. -Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
  5. -Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
  6. -Tuangkan baki adunan A.
  7. -Masukkan ke dlm acuan dan kukus - selama 60 mins.(atau sehingga masak)
  8. -Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidangkan.
Malas nak cakap sebab bukan aku yang buat ...hahahahahahah.

Sedap sangat. Tiada perkataan lain untuk menjelaskannya.

Sedap.

No comments:

Post a Comment