Huik! Puasa pon belom la weiii...dah cite pasal baju raye?
Iskkk isk iskkkk
very tak senonoh one....
Akak nak prepare awal la tahon ni...lek ar ;)
erk!
mana gambo Aidil Fitri 2010 aku neh?
selak sana selak sini...isk! mana ni??????????????
Aidil fitri 2009
Aidil Fitri 2008
Aidil fitri 2007
&&&&&&&&&&
nak beli kain kat mana lagi ni kalau Kamdar @Diplomatik ni dah tutop?
Lepas makan tenghari di Wong Solo...
sahabat sahabat ajak aku ke kedai kain di sebelah. Suri Textile nama kedai kain tu. Cantek jugak kain kain di pamerkan. Banyak pilihan dan harga pun agak berpatutan.
Baju kurung siap pun ada di jual di sini.
"Hakak nak booking dulu bole?...hari ni tak plan nak tersambar sehelai ni haa"tanye aku seposen.
"Boleh, tapi akak bagi duit deposit la skit" balas tuan punya kedai yang sibuk menidurkan baby di bahunya.
Gigih sungguh anak anak muda sekarang meniaga kan. Tangan kanan mendukung baby, tangan kiri mencapai itu dan ini. Molot pulak mesra melayan pelanggan.
Aku kagum.Sangat kagum.
Alaaaaaaa pegi je la jalan TAR esok esok dah nak dekat raye. Siap lelong lagi. Lebih jimatttt. Tak gitu?
Gulatis, Euro Moda, Jakel kan ada. Apa nak fikir susah susah.
Ahaaaaaaa...tahun ni hakak tak berapa nak rajin redah kedai kedai kain kat Jln Tar tu yek.
Usia usia macam hakak ni, ...jarang sekali bernafsu nak berpeluh2 meredah lautan manusia berebutkan baju raya di situ.
Tahun ni hakak plan nak tempah baju raya kononnya, tak mahu dah beli ready made, kesian kat encik suami setiap tahun kena temankan cik puan isteri meredah kesesakan orang ramai memilih baju raye.
Alamak! sahabat2 dah siap bersimpuh kat lantai tunggu hakak pilih kain...
ada yang duduk gaya macam nak main batu serembat pon haa...wakakakaka
Aku dah tersambar sepasang kain untuk Syawal tahun ni.Hajat hati nak bergaya bertemaakan warna biru,
tak pasal pasal aku sambar sepasang kain puteh purple. Weeeeeeeeeeeeeeee.
Korang dah fikir belom nak beraya dengan warna apa tahun ni?
Keeeeeeeeee beli ready made je?
Setiap tahun aku memang beli ready made, tapi tahun ni rasanya aku nak buat persediaan awal tahap cipan.
Bulan August dah masok bulan Ramadhan tau....che tgk calendar, che tengok.Dah tak lama tau...
Wohoooooooo! 5 June 2011, ada jemputan perkahwinan wedding garden adik manis Hazlin & Faiz yang perlu aku hadirilah....nak kena sambar lagi sepasang kain nih nampaknya.
Kedai mana la yang aku nak serbu ni ek?
salam...hai kak lily ingt lg tak dgn sy su (suri textile)heheh.....thanks promote kedai sy...malu plak sy bila baca akk punye post nie...bila nak dtg sini lg...
ReplyDelete