Monday, May 16, 2011

Geng Kolesterol Tinggi Kena Minum Melilea


Selamat Hari Cikguuuuuuuuuuuuu :))

ucapan pagi pagi aku memecah kesunyian di office pagi Isnin ni. Aku lihat AlBuds terus mencapai handphone di sisi. Ehiks. SMS cikgu Siti la tu...kihkihkih.

eh! tadi kan...kan,
Aku rasa mengah sangat masa panjat tangga. Berat sangat badan aku ni aku rasa sekarang walaupon usia belom pon menjangkau 90 tahon. Setiap kali panjat tangga, pasti ada keluhan kecil berdetik dalam hati " alahaiii...aduhaiii". Sebijik macam keluhan si nenek tua panjat tangga untuk naik ke tingkat 18 menara KLCC kan.

Padahallllllllll office aku hanya 1 tingkat sajos. Ngade lebih!.
Aku rasa betol betol gagal kau....walaupon hakikatnya, aku berjaya sangat tak makan bende lain selain nasi hari harikan. Kadang kadang tu, pagi tengahari dan malam, aku belasah nasi. Aku sangat mengilai nasi , daging, sotong, ayam, ikan, udang, macam macam aku belasah dalam menu harian aku sejak menjak dah kahwin ni.

Puasa? alahai..sejak dah ada suami nak berpuasa ni semakinnya la liat seliat tanah liat tau.

Kalau dulu kan, masa bujang trang tang tang laa... aku mampu kawal diri makan mee hoon ke, mee hoon tom yam ke, mee hailam ke. Alasan, takut gemok. alasan lain, takut baju kebaya tak muat. Keadaan itu semua tidak terjadi lagi pada aku saat saat aku dah jadi isteri ni. Apa pasal pun aku tak pasti. Walaupon kadang kala, encik suami ada la jugak buat lawak dengan size badan aku yang semakin kembang setaman ni kan...aku macam tak ada sekelumit hama pon nak berkecik, sentap aka meraung dengan lawak encik suami tu. Huhuuuuuuuuuu..batu ke apa aku ni?Huwaaaaaaaa. tu baru masok 5 bulan perkahwinan aku ok. Uhuks.

Tulun.

Aku dah mula naik risau ni weh. Korang kalau tak ada masalah kesihatan , tak pernah miss senam petang petang tak pe woi. Orang orang di sekeliling aku semuanya dah bertebuk jantong, dah telan pil gula lebih, ada yang kolesterol melambung macam charta lagu popular minggu ini pon ada.

Bak kata orang tua tua...makan bio beringat kan.Sekarang ni aku telah berada di tahap mercu, makan tak ingat sapa sapa dah.

Oh noooooooooo!!! tulun woi tulun.

Aku tekad, dapat gaji hujung bulan ni, aku berazam mulai June ini...

1. Banyakan minum air kosong.
2. Minum Melilea untuk bersihkan usus usus. Detox detox detox.
3. Kuraangkan makan nasi dan lebihkan makan makanan berkhasiat iaitu buah buahan dan sayur sayuran sahaje.
4. Registerkan diri di GYM.
5. Banyakkan bersenam termasok banyakkan berjalan/brisk walking di dalam MALL ...hihi
6. Ajak beberapa orang untuk jadi Geng Kolesterol Tinggi kena minum Melilea...ada geng baru syiok kan ;)

Yea!kena lakukan nih...tak boleh toleh toleh belakang dah. Chaiyok Lily chaiyok!
Tapiiii..kat mana nak order Melilea weh? Jap aku tanye Tokey serba serbi...

Aku tanye kat Tokey " Din, ko beli Melilea kat mana?"
Tokey balas "Bini aku dah jadi agen sekarang...apa pasal ko nak? Ko nampak Ah Bob dah kurus ke?"

Ah bob adala budak paling tembam dan debab di office aku yang sedang berusaha gigih mengawal kolesterol dalam badan beliau.

Terbeliak bijik mata aku sekejap " aik! ko ni ..kejap agen emas, ni dah jadi agen Melilea pulak...habis semua ko agen kan eh, emas apa jadi?"
"harga emas tengah melambong lambong ni, aku agenkan diri tolong bini aku jual Melilea la pulak" gitu kisahnya si tokey tukar bidang. Macam macam pon ada.

"Berapa harga din?" tanye ku beriye iye.
"Aku amik 5 ringgit duit minyak....RM165" kata tokey terus terang.
"Hamboih! naik motor je la amik stok untuk aku" gurau aku selamba
"Nasib baik aku tak mintak duit tol sekali " tambah si Ah Bud
"Nanti ko suruh bini ko sediakan cara permakanan sekali eh Din." mintak aku dengan gigi je..belom apa apa dah demand kemain kan..hikhik
"Ko kan kalau nak lagi bagos, amik dengan Progene lagi bagos" banyak plak info di bagi si tokey.
"Progene untuk apa pulak?" tanye aku tanpa mencuit ke kolom Google yang sedia menanti aku menghentam perkataan Progene.
"Aku bulan ni cube berhenti makan ubat, aku nak cuba habiskan Melilea dengan Progene untuk kawal blood pressure aku...so far Alhamdulilah" alkisahnyaaa.
"ko tak cube berhenti merokok ke ?"...wakaka sempat lagi aku bagi sedas.

Perbualan tergendala sebentar apabila Ah Bob menghampiri Tokey.
" Betol la din, sejak aku makan Melilea ni, aku dah tak sakit2 kepala la" cerita si Ah Bob pada tokey.
Aku menyampuk " ooooooooooo patut la aku dah tak bau minyak kapak lagi ek.."

Wakakakak sedas jugak buat Ah Bob..wakakakkaka.

Jom join Geng Kolesterol Tinggi kena minum Melilea, jom!




1 comment:

  1. selamat berusaha untuk hapuskan kolesterol. hehe.
    orang kurus pun kena gak...huhu

    Cara Turunkan Kolesterol dengan betul

    ReplyDelete