Monday, March 28, 2011

Pagi Isnin yang MELEMASKAN

dengan slang pantai timur dia...dengan suara kuat dia...aku rasa satu tempat kerja aku boleh dengar suara dan kata kata yang keluar dari mulut dia...

selalu...


Pagi ni je aku asyik dengar mamat ni sebut " BODOH!"
.kalau tak BODOH,
dia akan sebut " MAMPOH!", kalau tak MAMPOH!
dia akan sebut " GILE MUH!"

hari hari kalau dah itu yang aku dgr...boleh terikut2 kau. Isk! mintak simpang,
mak ayah tak pernah didik aku gunakan ayat2 camtu...keadaan persekitaran selalu mempengaruhi tindak tanduk dan kata kata kite kalau bende2 / kata kata yang tak elok di suapkan hari hari.

Lemas.

****************
ingat lagi masa sekolah..bile ada perhimpunan je ...masing masing pasti melaungkan.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

balik rumah pulak, nenek selalu pesan ...sambil lepak tepi tangga..ha'a kat umah nenek dulu ada macam beranda tempat kami aku dan kakak2 lepak kalau datang menziarah nenek...

" budi bahasa tu amalan mulia",
contohnya, kalau orang tua tua bercakap, orang muda jangan la masok campor atau menyampuk...tak manis gitu..macam mak ayah tak ajar berbudi bahasa,

lagi satu orang muda jangan duduk belakang langsir.. curi2 pasang telinga perbualan orang tua tua
kalau bercakap dengan orang tua ke muda ke tetamu ke, kena jaga budi bahasa.
Tak manis kalau hembos sesedap rasa je bile berkata kata..almaklomla, masing2 kan ada pendapat tersendiri, kalau tak sependapat tu...tak paayah la sampai beremosi nak pakai bahasa yang kasar...begitu cerita nenek tentang budi bahasa.

korang ingat lagi?
aku masih ingat...masih melekat dalam memori ni

kalau reporter datang interview dan hulur mic kat korang, [ala ala macam nak masok Tv1 llaaa...] agak2 korang reti tak nak jawab...?
Apa makna Budi Bahasa Amalan Mulia pada diri anda?
Apa makna keSOPANAN dan keSUSILAAN ?

Hakak bukan la nak kate diri hakak ni sempurna...takkkkk,
cume hakak rasa lemas kalau duduk dengan org asyik sebut BODOH2 ni kannn...
kang sawan BODOH plak hinggap kat badan sendiri.

sape yang susah?
Hakakkkkkkkkkkkk jugakkkkkkk..renung2kan :)



No comments:

Post a Comment