Wednesday, March 9, 2011

Menantu Mak Teh

Al-Fatihah Pictures, Images and Photos

Abang Mansor...

Kali terakhir aku bertemu dengan beliau, ...arghhh aku dah tak ingat. Agak bertahun jugak lama rasanya sejak pertemuan terakhir itu.
Seingat aku, waktu itu aku melawat Mak Teh yang tenat akibat strok di Subang Medical.

Arwah Mak Teh di masokkan ke wad ICU kerana koma.


Aku terserempak dengan Abg mansor suami Kak Ai di ruang menunggu hospital. Aku tak begitu mesra dengan beliau, agak kekok setiap kali aku mahu mulakan perbualan.Aku hanya lemparkan senyuman, begitu jua Abg Mansor.

Tapi aku dan anak anak mak Teh sangat rapat.Aku suke melayan gelagat lawak mereka.Abang Yunos, Kak ai dan noor adalah 3 beradik yang selamba. Ada ada saje gelak ketawa mereka bertiga sekeluarga memeriahkan suasana dengan keletah lawak arwah Pak Teh dan mak Teh sewaktu hayatnya. Mereka kelurga yang ceria. Itu yang paling aku ingat sekali.

Keriuhan juga melanda setiap kali hari raya menjelang tibe, rumah nenek jadi tumpuan semua cucu cucu dan sepupu sepupuku.Mak Teh, pak Teh dan anak anak tidak pernah tidak singgah menjengah kami sekeluarga setiap kali hari raye. Keluarga Pak teh suke masok pertandingan Teka Ria. Waktu itu Teka Ria adalah game tv yang amat popular. Hampir setiap minggu mereka menang pertandingan. Aku takan lupa kegembiran mereka berkongsi kemenangan menjawab soalan Teka Ria. :)

Selepas pemergian arwah Pak and Mak teh...Selepas pemergian arwah ibu dan ayahku...kami, aku, kakak dan anak anak mak teh bawa haluan hidup masing masing sebagai anak yatim piatu. Pemergian orang tua masing masing merenggangkan hubungan kami yang sedia ada...tak tahu kenapa.

Bertahun rasanya kami tak bertukar tukar khabar berita.


Sempena majlis perkahwinan ku tahun lalu, aku layangkan kad jemputan buat semua seluruh kaum keluarga sebelah arwah ibu ku.
Dengan harapan tertanam dalam naluri hati ini, agar kemesraan masa lalu kembali jua.

Alhamdulilah aku nampak Kak ai, Noor sepupuku sudi jua hadirkan diri di majlis perkahwinanku tahun lepas di Putrajaya. Tapi di mana Abang Yunus?...anak pak teh yang sulong tak datang? tertanya- tanya hati ini.Tiada kelibatnya ku perhatikan dalam sesak tetamu yang hadir. "Tak pe lah...mungkin Abg Yunos di off shore kut" aku cuba sedapkan hati

Sekilas pandang, aku terpandang satu wajah...suami kak Ai. Oh ! Abg mansor pun ada...Alhamdulilah, senyuman manis terukir di bibir. Desas desus ku dengar dulu...hanya desas desus rupenya.

Minggu lepas, Noor khabarkan satu berita...Abg mansor kini berkerusi roda tibe tibe.Tiada angin, tiada derita. Beliau tak mampu berdiri di atas kaki sendiri lagi.Sayunya hati mendengarkan kisah cerita kehidupan Kak Ai kini.Entah macam mana payahnya beliau menjaga Abg Mansor di hospital, sekali gus membesarkan 3 orang anak daranya.

Aku gagahkan hati mencari ruang masa cuba untuk melawat keadaan Kak Ai minggu lalu, taku dah nyatakan hasrat nak pegi melawat pada encik suami, tapi atas desakan kerja. Aku tangguhkan ke minggu ini.

Pagi ni aku terima pesanan ringkas dari kakak no 2 ku, "suami Kak Ai ....Abg Mansor telah meninggal dunia".

Inna Lillah wa Inna Ilayhi Raji'oon

Al fatihah

No comments:

Post a Comment