Selamat Hari Wanita buat semua wanita gigih yang menjadi inspirasi
buat wanita yang lain.
This song dedicated khas untukmu...sweet sistah.
:)
Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu
Di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan
Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela
Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istemewa
Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
gitu la lirik lagu Shiela Majid berkumandang di tv semasa aku menaip di sini.
Lagu ni betol betol mengambarkan seorang sistah yang aku kagumi melalui kerja kreatif dan sentuhan halus beliau memperindahkan baju dan selendang buat yang mengemari dunia seni manik....
cantek, kurus, tinggi lampai bergaya orangnya, kreatif bakat anugerah Ilahi ada dalam diri beliau, ibu penyayang kepada anak anak yang comel [walaupon aku tak pernah bersua muka dengan anak anak comel beliau, bak kata iklan apa tuh " kalau nak tengok anaknya comel ke idak, tengokla ibunya...auw!" ] dan
wanita berkerjaya di company terkemuka negara.
Walauwei.
Sukar nak di bayangkan masa yang di agihkan untuk mencapai kejayaan di genggami beliau hingga
ke tahap hari ini.Terima berita gembira beliau mendapat jemputan dari WHI...masok tee bee sistah kite ni.
Woweeeeeeeeeeee
Melihat beliau keudara di kaca tv, rasa admire dengan kegigihan beliau semakin membara dalam dada.
Dia menjadi sumber inspirasi di kala rasa lemah dan kemalasan menerjah dalam diri.
bak kata pepatah lama, yang BULAT tak mungkin datang BERGOLEK,
yang PIPIH tak sekali kali datang MELAYANG.
Berkat usaha gigih dan kerajinan bersengkang mata memenuhi hasrat dan impian pelanggan.
Aku dah lama mengintai kekreatifan kerja tangan beliau bermain dengan manik.
menyulam angan angan memiliki sehelai layah sebagai koleksi peribadi..aku semat dalam hati.
hingga akhirnya aku berjaya memiliki hasil sentuhan halus dan mengkagumkan beliau di layah pernikahanku hujung tahun lalu. huhu..Gumbire dalam hati, Tuhan saje yang tahu.
kalau ada adik adik, kakak ipar adik nak kawen ke...aku recommend sangat sangat tempah jahitan manik di baju or layah dengan sistah ni...harga pun berpatutan dengan gaya sulaman yang amat la halusnya dan keunikannya yang tersendiri.
sempena hari Wanita Sedunia hari ni.
Kuucapkan Tahniah terhebat buatmu,
semoga kamu terus melangkah lebih tinggi esok hari dan terus menjadi Lagenda dalam hati dan sanubari yang memuja kreativitimu.
Ikhlas dari ...
No comments:
Post a Comment