Semalam...
jalan raya menuju ke office sangat lengang...kereta tak banyak.Woweeee. Memandu dalam suasana aman tenang dan menenangkan jiwa. Suke!
Office sangat kosong, aku pergi breakfast dengan teman teman, kemudian pergi lunch juga dengan teman teman. Pulang dari lunch aku mintak sahabat singgah di Spa... berdekatan dengan office aku ialah....SeputehKapasSpa. Dari mana aku tahu pasal Spa ni...ahaaa semasa aku melompat dari blog ke blog ada terserempak dengan blog seorang cik adik mengenainya...aku pun apa lagi mesti la nak mencuba kan. Cuba jangan tak cube ;))
Seorang penyambut tetamu tersenyum manis menyambut kehadiran aku dan sahabat sahabat. Aku soal dia dengan macam macam soalan...maklomla 1st time customer. Bahagian bawah ku lihat pelbagai jenis pakaian wanita di susun kemas untuk jualan. Kain pelbagai jenis pun ada...
si 1st time datang spa :: "ada terima tempahan baju ke kat sini ?"
penyambut tetamu ::" dulu ada...skrg ni tailor sambong belajar balik so tak ada la tailor nak menjahit buat masa ni"
si 1st time datang spa :: "kalau i nak buat facial bape ek...nak buat itu buat ini nak nampak cerah nak nampak kulit glowing nak nak nak..."
penyambut tetamu :: "sile naik tingkat atas la untuk penjelasan sejelas jelasnya dengan empunya spa"
Penyambut tetamu suruh aku ke tingkat atas untuk mengajukan soalan secara direct kepada empunya Spa...Terkedek kedek aku memanjat tangga ...si comey adik manis empunya spa ada rupanya di sebalik kaunter. Comel lotey dan lemah lembot serta muda rumaje lagi yea orangnya. Bagos bagos..muda muda dah ada perniagaan sendiri.
Aku pasti bagi sokongan...support jangan tak support ;))
Adik manis terang kan satu persatu pakej kecantekan di miliki spa...macam macam ada. Harga mampu milik gitu. Aku teruja nak mencuba salah satu rawatan muka di sediakan lepas waktu balik kerja. Set date, set time...satu temu janji dah tertulis diary empunya spa...eh diary ke tu...macam cebisan kertas je. Ehem ehem...kamu lupa date akak. Siap! hahahaaha. Gurau je.;))
Petang nanti jumpa lagi...kataku ringkas.
530pm, awan nampak gelap sebijik macam hujan akan turun. Aku sampai di Spa seperti di janjikan tengahari tadi. Sampai saje aku di Spa hujan turun selebat lebatnya membawa aku parking kereta hingga ke bawah bumbung rumah aka Spa...nasib baik mereka baik hati. Lega den...dah la dlm kerete ku tiada payong...ehekz!
Tibe tibe aku rasakan Genieku menunjukkan perangai pelik...lampu hazzardku on sendiri tiba tiba tanpa ku tekan punat hazzard. Aneh tapi benar. Genie ku buat perangai...adusss. Beberapa kali ku cuba offkan lampu hazzard yang berkelip kelip tapi gagal. Aku tekad ku biarkan sahaje dan meneruskan niat aku mendapatkan rawatan yang aku inginkan.Aku di berikan kain batik, untuk persalinan. Aku di selimuti rapi agar tidak sejuk di kaki. Si tangan halus bergerak pantas di seluruh wajah dan kulit mukaku. Satu persatu lotion dan sabun di sapu ratakan ke wajah. Aku paling tak gemar ketika steaming..panas! nak cantek, kena tahan la panas sekejap kan. PUFF PUFF! Aku bertungkus lumus bernafas melalui idung dan molot. Hik...jakons. Aku juga tak gemarkan mask muka..sungguh merimaskan. Suasana kenderaan di luar spa menganggu kedamaian aku menikmati suasana releks ketika menunggu mask di muka ku kering. Kalau bilik rawatan jauh sikit dari jalan raya mungkin tidak menganggu lena petangku.
Opsss terlebih sudah...saya beri cadangan 10 sen saya saje yek Seputeh.
Selesai rawatan crystal peeling dimuka, aku ke kaunter untuk pembayaran. RM60 sahaja untuk 1 jam.Ting!M. Insyallah saya akan datang lagi untuk rawatan kecantekan body pulak. Ahaks. Masa berlalu ku rasakan pantas sekali.
Keluar dari spa ku masokkan kunci kereta ku dan ku start enjin macam untuk pulang. Genieku tak mahu start. Confirmed battery kong. Genie demam. Haih!
Rekod :: Genie buat perangai kali pertama buat tahon 2010.
Malam...aku baru terima message text dari junior seuniversity ku. DFNusantaraspa soft launch 27 Feb 2010. Fulamokkk! 40% discount. wink wink*