Kalau tak jadi Pengantin, tak bahagia kah? Hurmmm...
Pagi pagi la aku dah ke dapur...roti telor campor bawang aku sediakan untuk sarapan pagi.
Pastu aku basuh cadar. Tukar cadar, tukar sarung bantal.
Pastu aku call encik tunang tanye khabar.
Encik tunang jemput ajak makan tengahari bersama sama di bandar baru Bangi.
Selepas balik dari makan tengahari aku mengemas bilik.
Aku beli dan simpan majalah Pengantin setiap bulan tau, kemas punya kemas ... Januari 2010 punya mana?Aiseyman...
Aik???
Tak deeeeeeeeeee la weh. Ini tak bole jadi ni....aku garu garu kepala yang tak gatal...
Siapa jadi cover page untuk bulan Januari??...
check cepat check ...
Pheeeeeeew. Nasib baik ada Pesta Buku.
Kalau bukan si wajah tampan kacak manis bergaya angkasawan negara, hot, bijak, bermata kuyu ni jadi cover page...Aku idak la nak berhempas pulas, bersusah payah keluarkan air liur ni suruh Linda carikkan di Pesta Buku baru baru nie kan. Heee...
Hilang akal la wei kalau koleksi wajah si mata kuyu ni terlepas dari simpanan peribadi hamba.Auw!
Petang aku masok dapur masak nasi goreng telor.
Malam aku mengadap berita jam 8 sambil makan nasi goreng telor.
Lepas makan malam aku masok bilik menjahit manik tabur di tangan kanan baju Zan.
Selesai jahit sebelah tangan, aku cuba lelapkan mata tapi takbole, aku rasa dada aku sakit. Angin.
Macam mana gaya paling menarik untuk keluarkan angin dari badan?
Menonggeng kah?
Mula membaca ke tiga tiga majalah ini setiap bulan. Aku sibuk membaca.
Kebahagian bermula di sini kan. :))
No comments:
Post a Comment