Tadi aku teman encik tunang makan tengahari. Tempat kegemaran encik tunang bukan la tempat kegemaranku.
Aku tidak gemarkannya...kerana :-
1. tempat makan tu dekat dengan office aku, aku kerja di situ makan tengahari hujong minggu pun di situ. Aku bosan.
2. tempat makan tu aku dengar dengar cerita mengamalkan santau...aku bimbang. Aku dengar dengar cerita pun dari orang tua, aku tak pasti sahih ke tidak...aku lebih suke berhati hati.
3. tempat makan tu kadang kadang berbau sampah, mungkin bekas tempat buang sampah sebelom di jadikan tempat makan. Aku tak suke tempat berbau BUSUK.
Nak tak nak, aku terpaksa...dalam hati memang tak de rasa gembire langsong. Di tambah pula..selesai aku habis makan, aku bangun untuk ke sinki mencuci tangan. Tibe tibe...
Ada benang berwarna puteh melingkari keseluruhan beg tangan kuletakkan di pehaku semasa makan tadi. Aku sangka benang...bile encik tunang belek belek,
gula gula getah yang melekat di handbag akuuuuu
Hati aku panas, Allah sahaje yang tahu...Aku diam keras membisu.
Pembantu kedai bersusah payah menghulurkan tisu padaku. Hati aku masih panas...aku diam seribu bahasa...aku tak mampu mengangkat wajahku untuk senyum apa tah lagi terima kasih...
Aku terus terusan mendiamkan diri...
Manusia jenis apa melekatkan gula gula getah di bawah meja makan di kedai makan?
1.
2.
3.
4.
5.
Manusia keji...sile pergi jauh dari bumi ini.
Pergi.
No comments:
Post a Comment